Archive for May, 2008

Dia yang Ku Sayangi Telah Pergi Tak Kembali Semasa Hari-Hari Terakhirku di USJ 14 Court 7

Friday, May 30th, 2008

Salam semua, sebenarnya hari ini adalah hari terakhir sessi Penuntutan Ilmu dari Pusat Jaringan Siber Tanpa Had. Dan di hari terakhir ini aku dapat belajar PHP untuk membuat form Website.

Namun oleh kerana ada sedikit tugasan belum siap maka esok ku kerja juga dan mungkin beberapa hari lagi . Oleh kerana apokalips belum datang lagi maka sukar jugalah aku menyiapkan kerja-kerja aku ini.

Semasa aku menulis ini, Emak Saudara aku Mak De Nah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.  Dia amat menyayangiku. Bayangkan hanya beberapa tahun dahulu ketika aku berumur lewat 20-an dia Allahyarham masih lagi tega mencium pipiku.

Semoga Mak De Nah yang aku sayangi ditempatkan bersama para-para solehin dan solehah. Marilah kita sama-sama menyedahkan Al-fatihah untuknya.

TEH TARIK SATU, AKU TAK MAU SUSU

Wednesday, May 28th, 2008

TEH TARIK SATU, AKU TAK MAU SUSU

Di sebuah kedai mamak, shift 2 kali
Lampu-lampu dipasang, tiada berhenti

Maintenance bagus, bisnes pun kencang
Maintance hangus, bising pun lancang

Melayu, Cina, India, Serani pun ada
Duduk sebelah menyebelah, tak senyum juga

Ku buka lap top, wifi kan ada
Bateri tak tip top, kena fi juga

(Korus)

Oh mamak, bagilah tau rahsia
Camana kaya hingga ke lanjut usia
Berpuluh-puluh kali bisnesku lingkup
Pinjam beratus ribu tak pernah cukup

Minta maaflah mamak dudukku lama
Lebih 60 minit air suam saja

(Interceptor / Bridge)

[ Tiba-tiba Sempurna kawanku datang menyapa
Yeah boleh pau, boleh tapau ]

Duit memberku, duitku juga
Isi dompetku, 30 sen sahaja

(Korus)

Oh mamak, cepatlah ambik order
Kalau kau lambat, ku order kat Mi Burger
Nasi lemak satu, kuahnya ayam madu
Teh tarik satu, aku tak mau susu !

(Susu… susu…. susu…)
Dinihari dah ni, balaiklah Awang !

Lagu : Fairuz Hafeez
Lirik : Fairuz Hafeez

Restoran “Pemimpin”
USJ Court 7
26 Mei 2008

Maaf ya ! No Tagging here !

Monday, May 26th, 2008

Assalamualaikum dan selamat siang/malam ….

Maaf, begitu lama menyepikan diri. Bukan sengaja tetapi kesibukan memaksa. My Sifoo kat sini, Bro Ken Than, menasihatkan saya menangguhkan dulu cerita dalam blog agar saya dapat menumpukan sepenuhnya kepada pengajian dan memasteri “Pukulan Sebaran Timur dan Barat”. Post terakhir sebelum pos ini sebenarnya merupakan projek khas saya dan juga Infinity Cyber Point yang saya gelarkan DC1 serta merupakan post sulong atau pertama untuk siri tutorial PS.

Oleh kerana masa mencumbui saya maka saya kemungkinan besar tidak akan menjawab tagging. Harap maklum. Cuma kalau ada yang nak tagging juga, kena la jumpa face to face. Datang ke kampung saya.. ikuti program Homestay Kampung Buluh, he he …

Hubungi dulu Ismail (Mancawarna Enterprise) 09.6811.452 atau 012.955.1998 sebelum datang ya !

Salam Permisi !
U Luv You All !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tutorial Adobe Photoshop CS3 Extended (Bahagian 1)

Thursday, May 22nd, 2008

Tutorial Ekspres Adobe Photoshop CS3 Extended
oleh Fair - http://fairuzhafeez.com
_____________________________________________

Adakah anda ingin belajar Photoshop ? Jika ya teruskan membaca. Insya-Allah mulai hari ini saya akan mencurahkan ilmu saya tentang Photoshop untuk anda semua, pembaca yang setia.

Tahniah ! Sama ada anda ingin menjadi seorang pereka grafik yang masyhur atau hanya sekadar memperindahkan gambar anda untuk tontonan rakan di blog anda, di sini anda akan dibimbing secara ekpres oleh saya, insya-Allah. Segala kandungan tutorial adalah bebas disiarkan kembali dengan apa-apa cara selagi ia bukan tujuan komersil. Terima kasih jika anda memberikan kredit kepada saya dengan cara meletakkan link rujukan. Tutorial ini akan dijalankan dalam suasana yang pelbagai; tenang, serius dan santai.

Baiklah, sudah sedia ? Jom, kita start.

PS adalah satu program membuat grafik yang boleh mengedit foto, membuat grafik baru, membuat imej gif yang bergerak dan juga banyak lagi jika anda mahir dan rajin menyelongkar PS. Jenis format gambar atau grafik yang boleh dihasilkan adalah seperti JPEG, GIF, BMP, PNG dan banyak lagi.

Nah, sekarang cuba usha-usha sikit print screen di bawah. Ini adalah paparan pertama setelah anda membuka PS.

Nota : Buka le program PS tu. Kalau tak praktikal tak cepat tangkap beb.

Dah tengok puas-puas ? Jangan pening-peningkan kepala. Pedulikan butang-butang yang banyak di situ. Kita belajar satu persatu. Kalau anda gatal tangan untuk klik mana-mana butang untuk lihat kesannya, silakan cuma lebih baik tangan anda digatalkan selepas mengikuti tutorial pertama ini.

Lepas tu apa nak buat ek ? Kita kenalah buka fail baru. Ni saya kira ada yang tak tahu macammana nak start guna PS. Meh saya ajar camana nak buka fail baru.

Klik File >> New (Klik “File” lepas tu klik “New”)

Maka, akan terjadilah paparan ini (tapi sure u all tak dapat macam ni, kena isi la data-data yang diberi). Oh ya ! Lupa nak cakap. Untuk mula-mula ni saya nak ajar bagaimana nak buat banner untuk blog atau website anda. Saya juga mencadangkan anda menggunakan Adobe Photoshop CS3 Extended Version supaya dapat mengikuti dengan mudah dan tepat segala tutorial yang diberi.

Saya gunakan skala pixels. Untuk saiz, saya guna lebar 760 dan tinggi 180. Kalau nak letak kat blog ataupun skadar nak tengok guna monitor komputer guna je 72 ppi (pixels per inch) dan RGB Color sebagai pilihan Color Mode, dah cantik dah. Tapi, kalau nak print eloklah guna 300 ppi dan Color Mode “CMYK Color” baru tajam gambar tu.

Nota : Semakin besar nilai ppi semakin jelas gambar dan saiz fail pun besarlah juga. 72 ppi adalah resolusi yang sesuai untuk format digital manakala 300 ppi pula resolusi yang sesuai untuk printing.

Lepas tu klik text tool (ada banyak-banyak tool kat sebelah kiri tu). Isikan data-data untuk teks tersebut di bahagian atas skrin (seperti di bawah). Saya guna font “verdana”, saiz 48 pt, bold dan warna biru. Klik kotak warna dan pilihlah warna biru #000099.

Sekarang baru klik kat mana-mana bahagian skrin putih atau nama rasmi dia “canvas”. Taiplah nama yang anda mahu. Hasil saya seperti di bawah.

Jika kedudukan teks tidak center anda boleh gerakkan menggunakan tool ini . Drag pada teks dan gerakkan ke mana sahaja atau klik pada teks dan gerakkan guna arrow kat keyboard.

Tips : Ha, saya nak bagi satu tips, jika hendak gerakkan dengan lebih cepat tekan “shift” beserta dengan arrow (Tips boleh juga digunakan untuk software lain).

Baik, kita pergi kepada advance level sikit. Jangan takut, tak la susah pun. Cuba cari kotak seperti di bawah (sebelah kanan bawah skrin). Kalau nak tahu, PS ni menggunakan layer-layer di mana ada kita boleh membuat beberapa lapisan grafik yang boleh diedit satu per satu. Pada masa ini kita hanya mempunyai 2 layer iaitu layer background dan juga layer teks. Klik pada layer teks untuk aktifkan ia.

Sekarang kita akan gunakan teknik seperti “drop shadow” dan juga “emboss” untuk bagi power sikit teks kita (tak la power sangat pun! Saja nak bagi sedap cerita). Kita guna kuasa “fx”. Jumpa tak dengan butang ? Ada kat bahagian bawah diagram di atas (dua dari kiri selepas ikon rantai). Klik pada butang fx dan akan keluarlah pilihan seperti ini.

Pilih pilihan “Bevel and Emboss” dan cubalah bermain-mainlah atau try and error untuk mendapatkan kesan yang anda mahu. Ini adalah hasil yang saya dapat.

Ini pula adalah settingnya.


* Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Okey ? Dapat untuk sessi pertama kita ? Bagaimana kalau saya mencabar anda untuk mengubah warna background banner tersebut ? Cubalah…. nanti kita ketemu dalam tutorial yang akan datang. Insya-Allah.

Mohd Fairuz Mat Zin
ex-Graphic Designer
www.fairuzhafeez.com

Projek ini (untuk beberapa bahagian pertama) adalah dengan kerjasama k-long.com dan mykadcapture.com
Sila klik link sponsor untuk menyatakan terima kasih.

Dengarkan Ini Bicara - Selepas Piliharaya Umum ke 12 Berakhir

Monday, May 12th, 2008


Artikel ini juga boleh dibaca di http://tranungkite.net

Dengarkan Ini Bicara - Selepas Piliharaya Umum ke 12 Berakhir

Saya menyeru kita pihak Barisan Rakyat bijak menjaga tingkah laku kita. Biar kita menang dengan rasa wibawa tanpa mendabik dada. Kita kena bekerja lebih kuat sehingga PRU 13. Buktikan bahawa negeri-negeri lain yang dimenangi kita sedamai dan seteguh kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz.

Kepada kaum Cina, India dan kaum-kaum lain, marilah kita terjemahkan kesemuafakatan bersama kaum Melayu kepada semua di atas kapal-kapal baru kita. Pastikan kapal kita tidak karam biarpun ombak bergelora. Marilah kita buktikan bahawa barisan kita lebih akrab dan lebih erat dalam mewujudkan sinar baru kepada negara Malaysia yang kita cintai.

Kepada para pemimpin, tidak kira Barisan Nasional atau Barisan Rakyat, kekuatan yang lebih seimbang di dalam dewan rakyat boleh dipergunakan untuk membataskan diri dari bersikap sambil lewa dan mengenepikan amanah. BN adalah cerminan BR dan BR adalah cerminan BN. Beradulah dengan profesional dan kebenaran ke arah Malaysia yang Gemilang, Cemerlang dan Terbilang.

Pemimpin-pemimpin kami, bersama-samalah menanam iltizam dan tekad untuk menjalankan amanah rakyat dengan perjuangan sebenar yang pastinya akan disambut dengan linangan airmata kesyukuran kami, rakyat Malaysia.

Kepada Rakyat Terengganu, hamba menyeru agar kita sama-sama berani berubah seperti rakyat di negeri lain. Jika rakyat negeri lain berani berubah mengapa kita rakyat Terengganu harus masih menyimpan rasa bimbang dan ragu. Luaskan lagi penerimaan diri ke atas apa yang bakal dibuktikan oleh Barisan Rakyat di negeri-negeri yang telah berjaya dimenanginya.

Renungilah dan fikirkanlah apa yang terlintas di dalam benak Nik Aziz tatkala titisan airmatanya gugur kala berdoa.

Ayuh semua rakyat Terengganu sambutlah tangan Barisan Rakyat di PRU 13 ! Kami bukan ingin bermusuhan sesama kita tapi kami ingin kita bersama dengan keredhaan-Nya.

RAKYAT MALAYSIA ! Sambutlah cabaran kami, berani untuk berubah. Buktikan kita semua BERANI BERUBAH dengan memberi peluang kepada Barisan Rakyat di PRU 13 !

Ikhlas dari :
Seorang penyokong kerdil Barisan Rakyat

Nota : Seruan ini tidak mempunyai hakcipta dan bebas diubah nama dan diedarkan (kecuali gambar yang tidak diketahui pemilik asalnya).

Tuan Guru, airmataku mengiringi airmatamu, perjuangan kita belum selesai !
Namun ia semakin manis !

Kemelut Tengkujuh

Monday, May 12th, 2008

Selepas tengkujuh berlalu
tiada lagi gemuruh dikalbu
tiada lagi cuaca celaru

Selepas tengkujuh berlalu
kita sucikan permaidani
kita bebatkan tebing-tebing merekah
kita ubatkan umbang-ambing serakah

Sebelum tengkujuh bermula
Pilih kapal yang mana satu ?
Samudera mana dituju ?

Mohd Fairuz Mat Zin

Wanita Islam Penjual Nasi Lemak Takut Menjawab Salam !

Sunday, May 11th, 2008

Petang semalam saya lepak bersama Awe di rumah sewa.

“Awe, best kalau kau belanja aku makan ni”, aku cuba memancingnya seraya bergurau.

“Aku nak pergi KL le kejap agi”

“Nak ikut boleh ?”, aku sengaja acah-acah separa serius.

“Mana boleh… Ini private la”, kata-katanya membuatkan aku tahu dia nak dating.

“Aku nak suruh ko beli nasi lemak tapi jauh la pulak”, dia mengofferkan sesuatu.

Selepas itu terus aku setuju dan mengambil masa selama kira-kira 10 minit untuk sampai ke gerai nasi lemak itu. Setiba di sana aku perasan yang gerai nasi lemak itu pernah aku ke temu sebelum ini dan aku tidak dapat mengonfirmkan yang akak itu adalah seorang Islam. Ini kerana cara pemakaiannya tidak menampakkan perbezaan dengan wanita bukan Islam.

Aku memberi salam.

“Assalaamua’aikum”, tiada jawapan, akak itu hanya memandang aku dengan rasa seperti kehairanan.

“Assalaamua’laikum”, aku memberi salam kali kedua dengan muka yang amat konfiden.

“Waa’aikummussalam”, barulah kedengarn suara akak tu menjawab salam.

Hahh… jawab juga. Aku hairan sebab salam aku yang pertama memang jelas. Takkan dia tak dengar.

“Adik mesti confuse akak ni orang mana.”
“Minta maaflah tadi akak tak jawab salam. Akak jawab dalam hati je. Sekarang ni macam-macam. Ada yang nak buat sesuatu kat kita”

“Pukau ?”, aku menduga.

“Lebih kurang macam tu la dik”

Aku tergaru-garu fikirku (walaupun tak garu kepala). Setelah berborak beberapa ketika aku membawa pulang 4 bungkus nasi lemak seringgit. Akak itu juga telah menunjukkan kad nama yang digantungkan di tiang payung yang sebelum itu terbalik (tidak nampak)

Peristiwa ini membuatkan aku terfikir. Masyarakat Islam sekarang tidak membudayakan salam. Salam seharusnya diberikan kepada orang yang kita kenal ataupun yang tidak kenal. Salam adalah senjata orang mukmin. Melalui salam kita menyebarkan cinta sesama saudara Islam. Kita saling mendoakan kesejahteraan kita bersama.

Oleh kerana tidak dibudayakan maka apabila ada yang memberi dalam situasi tertentu mungkin akan membuatkan mereka yang diberikan salam tertanya-tanya apakah tujuan tersebut.

Marilah kita sama-sama membudayakan salam dan menyebut salam secara betul ( [laa] 2 harakat dan [a’ dengan sebutan huruf ‘ain), jelas serta menanamkan dalam hati maksudnya “Selamat sejahtera ke atasmu!”. Ingat ! Salam amat penting bagi kita dan jangan biarkan ia hanya sekadar adat yang akan digantikan dengan “hello”, “hai”, “wei”, “woi” atau ” belum mampus engkau rupanya”.

Permisi,

Assalaamua’aikum !

Karpal Biadap ? Mungkin tidak !

Tuesday, May 6th, 2008

Yang Tersirat

Ya … Sudah meletus kemarahan orang ramai. Di dada akhbar 2,3 hari ini akan sentiasa dipaparkan kupasan dan komen tentang tindakan Karpal yang “celupar” mempersoalkan kuasa Sultan. Peluang dah ada untuk dipolitikkan, apa lagi, serang je la.

Benarkah Karpal celupar ? Karpal sebagai seorang peguam yang tahu undang-undang sebenarnya memberitahu mengikut perlembangaan setakat mana kuasa Sultan-sultan di negeri masing-masing. Hmmm…. masa Pak Lah, peguam negara dan Idris Jusoh membantah raja, tidaklah pula kecoh. Alih-alih bila Karpal bercakap, kecoh pulak. Dulu pun berkobar-kobar mereka menyerang Kit Siang kerana mempertikaikan perlantikan Nizar sebagai MB Perak.

Cuba perhatikan cara Karpal mengeluarkan kenyataan. Bagi saya masih berlapik. Karpal hanya memberitahu perkara yang sebenar. Hakikatnya, siapa yang mengurangkan kuasa Sultan ? Adakah kedudukan Sultan dari dulu hanya sebagai penasihat ? (Karpal ni tahu 100% ke tentang undang-undang tubuh negeri ?).

Buka Minda Anda

Bila terjadi benda-benda macam ni barulah kita terfikir, oh begitu… oh begini… Sebelum ini kita tidak tahu keadaan yang sebenar. Menyedari kuasa Sultan yang terhad inilah, mereka bermati-matian pada awalnya untuk mempertahankan Idris sebagai MB Terengganu (pilihan Pak Lah) kerana mereka tahu mereka boleh menggunakan undang-undang.

Saya difahamkan jika Idris mahu juga menjadi MB, kerajaan negeri Terengganu mungkin akan tiada MB selama 90 hari sebelum MB dapat dilantik tanpa persetujuan Sultan. Ada juga yang mengatakan Sultan Terengganu berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri pada bila-bila masa walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri. Apa yang menghalang mereka ialah kerana kebangkitan rakyat yang tidak mahu kedaulatan Sultan diperlekehkan. Mungkin mereka yang menyokong Idris sedar, mereka hanya menyediakan “kubur” politik buat mereka jika masih mahu ingin menentang kedaulatan Sultan. Ini kerana rakyat Terengganu berdiri di belakang Sultan tanpa memikirkan soal politik.


Siapa yang menghakis kuasa Sultan ?

Baiklah, pertanyaan saya tadi, saya ulang kembali, siapakah yang bertanggungjawab mengurangkan kuasa Sultan ? Adakah semenjak merdeka, Sultan hanyalah penasihat ? Mungkin soalan ini boleh dikemukakan di blog chedet.com dan insya-Allah ada jawapan yang menyusul.

Apapun, cubalah kita menilai dengan realistik dan terbuka, adakah Karpal dan dulunya Kit Siang tidak menghormati Sultan Melayu. Cuba kita teliti, kemelut MB Perak dulu selesai dengan segera, kemelut pengarah JAIP pula lebih pantas diselesaikan (Karpal je sengaja bikin “kecoh” padahal dah setel). Kemelut yang berlarutan sebegitu panjang adalah kemelut MB Terengganu (saya cadangkan dimasukkan ke dalam Malaysian Book of Record.)

Bagi saya, Karpal dan Kit Siang hanya menyuarakan suara hati mewakili parti yang mereka wakili dan mereka sungguh pandai berpolitik. Mereka mesti bersuara kerana mereka berprinsip walaubagaimanapun mereka matang berpolitik. Cuba anda fikir, kenapa Karpal kecoh hanya selepas segalanya sudah selesai, setelah Nizam memohon ampun dari Sultan Perak ?

Adakah mereka biadap ? Jika ya, bagi saya ada yang lebih biadap iaitu orang Melayu sendiri yang menentang Sultan. Ini pendapat peribadi saya. Anda fikirlah sendiri.

Undang-undang Memperkukuhkan Institusi Raja

Sudah sampai masanya rang undang-undang dipinda untuk mendaulatkan kembali kuasa Sultan. Siapa yang berani mengusulkan cadangan ? Saya minta Khairy Jamaluddin atau Mukhriz mengusulkan cadangan ini. Bukankah UMNO memperjuangkan kedaulatan Raja Melayu. Cepat, siapa cepat dia dapat.

Masihkah kau ingat kata-kata bertuah Hang Jebat, “Raja adil Raja disembah (dipatuhi), Raja zalim Raja disanggah !”. Lupa ? Itulah, Melayu mudah lupa.. opssss … manusia mudah lupa !

Nota : Politik sekarang semakin complicated. Saya pasti ada yang tidak bersetuju dengan saya. Tidak mengapa, itu pandangan anda. Cuma saya minta, bacalah tulisan saya dari sudut positif. Kadang-kadang kita perlu reverse pshychology.

__________________________________________________

Artikel saya yang lain di www.fairuzhafeez.com : -

Artis Lelaki Berseluar Pendek Tanpa Baju 10 Tahun Lagi ?
Dakwah Allahyarham Loloq menerusi Aduh Saleha
Mahathir Kini Blogger - 1hb. Mei 2008
Lagu Istiqamah buat semua pemimpin Melayu
Insan-Insan yang Jiwanya Halus - Segera Berjuang !
Bedah Siasat PRU 2008 : 16 Sedekahku Buat UMNO

Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi Aduh Saleha

Monday, May 5th, 2008

Lagu : Aduh Saleha
Penyanyi : Mawi

Komposer :
M. Nasir

Penulis Lirik :
Rosli Khamis

ADUH SALEHA
// Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah
Mana rayuanku hendak ku sampaikan
// Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat
rindu berahiku pada kasih yang jauh
// Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya
jauh bukan jarak dan tempat
// bukan jauh jarak atau di mana aku berada
jauh nama dan pangkat
// tapi jauh dari segi amalanku dan kedudukanku di sisi-Nya

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
// Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung
dendam asmaraku pada cinta yang luruh
// Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad
luruh bukan daun dan bunga
// Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit
luruh jiwa dan badan
// tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad

Bertahun ku sandar percaya
// Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya
(adakah sekadar disandar bukan dikandar ?)
tak mungkin padam cahaya
// kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya
cintamu bagai rembulan
// Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada
hilang dipandangan
kala langit dilindung awan

// Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas
// Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedonisme berleluasa)
barulah ku sedar,fairuzhafeez.com
yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca

// Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya. Banyak benda-benda yang haram dan syubahah kita anggap halal dan baik. Benda yang sebenarnya memudaratkan kita tetapi kerana nafsu dan godaan syaitan kita lalai dan alpa.

Sesudah berdarah
barulah ku sedar

// Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala / musibah baru kita tersedar dari angan (mungkin bala itu akan menimpa kepada seluruh masyarakat)
jiwa ku tercalar ohhh..sakitnya
bukan kepalang

// Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saleha
// Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saleha
// Kita sudah kesepian (sepi dari keberkatan) kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh. Ramai yang gagal mencapai taraf mu’min (hanya sekadar muslim sahaja). Sekdar manusia tapi buakn insan (manusia yang mencapai taraf Ehsan).
kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saleha
// Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri. Selepas dibangkitkan di Padang Masyar abru kita tahu peribasaha “Jangan jaga tepi kain orang” adalah ratib yang salah.
ohh… saleha
// Tolonglah aku orang-orang yang soleh. Ingat !Gula tidak akan mencari semut, tetapi semutlah yangmencari gula. Jangan mengharapkan Ustaz datang mengajar di rumah tetapi kitalah yang kena cari Tok Guru dan belajar lagi. “Belajar hingga ke liang lahad” perlu dijadikan prinsip.

Nota :
Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti.
Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa (sudah tua) atau tiada kuasa
( sudah tiada)
.

Marilah bersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim ulamak yang solehin dan solehah. Kalau tidak tahu, bertanya pada yang tahu, Malu bertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu.

Izinkan aku bertanya , Sesudah Nabi besar junjungan kita dan para sahabat tiada, kepada siapa kita hendak berpaut dan mendapat bimbingan ?

Adakah kita semakin dekat dengan Nur atau semakin dalam kegelapan ?
Fikir dan jawab sendiri !!!

Satu Kelainan Penafsiran (Versi 2.1) oleh :
www.fairuzhafeez.com

Disglamer : Artikel ini bebas untuk diforwardkan / diterbitkan di dalam mana-mana blog atau forum. Terima kasih kepada yang mengekalkan keseluruhan artikel dan memberikan kredit. Sebelum ini saya telah mengforwardkan interpretasi ini kepada beberapa Yahoogroups dan mungkin ketika proses “forward-mengforward” itu telah berlaku beberapa cantasan.

Apa yang Fair buat di USJ ?

Monday, May 5th, 2008

Baiklah, mesti ramai yang tertanya-tanya gerangan apa buatku ke mari ? Ramai juga yang “geram” sebab apa Fair datang ke USJ. Sebelum tu Fair minta maaf dan ampun. Bukan sengaja nak kerek tetapi nak suruh u all korek. Yes ! Correct x 5 !

He he .. sempat lagi menyindir tu. Okeylah .. Fair datang USJ ni kerana belajar untuk membuat website dan printing (termasuk baju dan mug). So, lepas ni kalau ada yang nak tempah website tu bolehlah hubungi Fair ya. Sekarang pun boleh, tapi kena minta tolong orang lain la, belum khatam lagi.

Fair sebenarnya telah membuka satu syarikat multimedia di Terengganu bersama dengan seorang kawan, Hery atau Hair namanya. Asalnya kita merancang untuk membuka lebih banyak penyertaan dari kawan tetapi oleh kerana ramai yang nak kerja makan gaji maka kompeni tu tak ader kaki. Sebab itulah ku kemari.

Okey.. harap penjelasan ini memuaskan hati semua pihak. Bukan niatku untuk bersembunyi. Di kesempatan ini, Fair ingin mengucapkan terima kasih banak-banyak kepada yang mengunjugi blog ini terutamanya yang selalu datang menjenguk Fair. Kalianlah yang menguatkan semangat Fair untuk menulis.

Oh ya ! Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Fair tidak meletakkan gambar yang terang untuk tatapan. Entahlah, rasa cam nak low profile pulak. Ke tak boleh ? Nantilah Fair buat survey kalau sempat. Macam-macam la …

Sehingga jumpa lagi ! Salam sayang !

Artis Lelaki Berseluar Pendek Tanpa Baju 10 Tahun Lagi ?

Sunday, May 4th, 2008

Antara Dada Faizal Tahir dan Dada Artis Wanita


Kenapa tindakan Faizal Tahir membuka bajunya di atas pentas       baru-baru ini kecoh ? Akibatnya dia didenda untuk membuat kerja-kerja amal dan sekembalinya ke pentas, dia menganggap seperti keluar penjara. Terpampang ekspresi wajahnya yang gembira yang amat dengan jari-jemarinya membentuk isyarat seperti rock atau   tanduk. Masalahnya, apakah garis panduan pakaian yang diguna pakai ?

Apakah aksi penyanyi luar yang membuka baju di atas pentas kita tidak melanggar budaya kita ? Adakah goyang punggung Inul Darastika tidak mengundang kegelisahan jiwa penonton tempatan ? Apakah artis-artis wanita kita yang membuak dadanya, berlekuk-lekak belakangnya menepati garis panduan pakaian apabila beraksi di pentas ? Itu belum kira lagi dengan aksi menghairahkan artis Islam kita berbaju mandi di dalam majalah hiburan tempatan. Agaknya, peserta ratu cantik yang ditangkap JAIS (yang menjadi kontroversi) satu ketika dulu lebih sopan dari Faizal Tahir. Mungkinkah Faizal dikenakan hukuman kerana geli dan tersiksa melihat dadanya tetapi ratu cantik dipertahankan kerana menjadi santapan jiwa yang dahaga ? (Siapa yang buat keputusan ? Bukankah lelaki ?)

Garis Panduan Semakin Longgar ?

Dulu, kita tidak membenarkan artis lelaki berambut panjang muncul di saluran RTM manakala TV3 mengaburkan subang jika artis lelaki yang bertindik telinga muncul. Kini, anda lihatlah sendiri. Jika anda menonton Anugerah Industri Muzik semalam menerusi NTV7, artis-artis lelaki boleh berbangga mempertontonkan subang mereka tanpa rasa bersalah. Paling mengejutkan boleh mencontengkan “tatu” di sekeliling mata dan memakai baju dengan gambar yang menakutkan (kelihatan seperti gambar gorilla tengah menjerit dengan taring-taringnya yang menggerikan).

Apa hendak jadi dengan Malaysia ? Artis-artis sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Melihat kepada senario sekarang, artis kita mendidik peminat dan masyarakat dengan nilai yang tiada ketimuran. Inikah tamadun yang ingin kita bina ? Beginikah perilaku yang kita hendak terapkan kepada generasi 2020 ? Stesyen TV lebih memikirkan populariti dari sensitiviti, wang dari haluan ?

Anda Bayar dan Anda Boleh Cium Pipi Saya

Saya sebenarnya amat meminati suara dan lagu Faizal Tahir yang dulunya merupakan vokalis kumpulan nasyid Nirvana opss …. tersasul la pulak.. kumpulan nasyid Mirwana. Saya juga meminati lagu-lagu tempatan yang sedap didengar tetapi tertanya-tanya apakah motif artis lelaki kita memakai subang, rantai, gelang dan mewarnakan rambut. Yang malunya, kebanyakannya adalah bangsa kita sendiri.

Sekarang ini kalau ada peminat perempuan hendak mencium pipi artis lelaki sudah boleh. Anuar Zain, yang terang-terangan mengeluarkan statement di akhbar tidak pula dikenakan hukuman. Owhh lupa.. mungkin itu bukan di atas pentas. Agak-agaknya lepas ini ada atau tidak artis kita membuat tawaran yang lebih ganas daripada merelakan dicium di pipi menerusi media massa ? Lambat-laun nanti tidak mustahil boleh mencium bibir pula. Mungkinkah akan datang budaya kita sama sahaja dengan budaya barat ?

Akhlak Remaja Makin Runtuh

Kita mencari-cari formula untuk mengurangkan jenayah rogol, sumbang mahram dan zina tetapi kita tidak sedar bahawa kita semakin menyuburkan budaya maksiat memusnahkan jati diri bangsa kita.

Sudah sampai masanya garis panduan yang ketat diberikan kepada artis-artis kita dari segi berpakaian dan tingkah laku. Begitu juga dengan etika berpakaian di tempat awam. Jika anda ingin membawa anak-anak anda ke KLCC, anda perlu membawa payung untuk menutup mata anak-anak anda (dan juga anda sendiri). Apakah kita ingin menutup mata soal yang amat penting ini ? Ingat, kita yang akan dipersoalkan tentang keruntuhan akhlak generasi akan datang.

10 Tahun Akan Datang ?

Jika kita tidak melakukan sesuatu, tidak mustahil artis lelaki kita boleh berseluar pendek tanpa baju 10 tahun lagi di atas pentas dan cium bibir ke bibir bukan lagi taboo kepada masyarakat kita. Tidak percaya ? Percayalah !

Mohd Fairuz Mat Zin
Sentul Timur, Selangor Darul Ehsan
http://fairuzhafeez.com

__________________________________________________________

Artikel saya yang lain :

Mahathir Kini Blogger - 1hb. Mei 2008
Lagu Istiqamah buat semua pemimpin Melayu

Insan-Insan yang Jiwanya Halus - Segera Berjuang !

Bedah Siasat PRU 2008 : 16 Sedekahku Buat UMNO

Mahathir Kini Blogger - 1hb. Mei 2008

Thursday, May 1st, 2008

Ya ! Antara percaya atau tidak, Mahathir sudah menyertai dunia blog yang tiada sempadan. Tokey Kasino Las Vegas boleh baca, Goerge Soros boleh baca, bekas pelajar MRSM Kuala Berang yang menunggu keputusan masuk U pun boleh, Pak Din dari Kampung Buluh yang bekerja kampung pun boleh dan Pak Teh yang menoreh getah pun boleh baca ! Semua boleh bacalah.

Saya juga tertanya-tanya kenapa tarikh 1 Mei dipilih untuk melancarkan blog tersebut ? Adakah kerana Mahathir ingin memberitahu bahawa dirinya masih bekerja untuk rakyat ? Mungkin juga Mahathir mahu mengurangkan bilangan pekerja yang akan berdemonstrasi pada hari tersebut dengan menyibukkan mereka membaca blognya (sekadar lawak).

Apapun, diharapkan Mahathir sentiasa ikhlas dan jujur dalam memblog. Jika ada yang tidak suka, boleh terus “berdebat” dengannya menerusi ruang komen atau terus membuka satu blog baru untuk anda. Saya juga berharap pembaca dibenarkan menghantar komen selagi blog tiu wujud.

Berikut adalah komen saya di blog Mahathir untuk post pertamanya (saya tidak pasti samaada telah diluluskan di blog tersebut).

Assalamu’alaikum. Selamat datang Uncle Mahathir (UM) ke dunia ketukan papan kekunci yang bisa mengalahkan kesan gegaran gunung berapi ! Harap UM sentiasa ikhlas dan sabar dalam memblog. Terus telus tidak seperti blogger politik yang lain yang terpaksa menutup komen selepas beberapa ketika membukanya.

Mengenai isu ini, hakikatnya memang telah nyata kerajaan itu lemah dan bukan hanya apabila kerajaan terpaksa “bekerjasama” dengan pembangkang dalam meluluskan apa-apa undang-undang.

Semua pihak kena berfikir secara terbuka. Mana yang baik, MP harus beri sokongan dan bukan hanya semata-mata “saya menurut perintah” atau keputusan parti.

Memang calon yang bertanding atas tiket parti tetapi ada juga yang diundi kerana personaliti mereka sendiri, oleh kerana itu mereka perlu bebas membuat undian.

Jika sekiranya kerajaan atau pembangkang perlu senada dengan keputusan parti masing-masing, itu bermakna selagi tiada pihak berjaya memenangi 2/3 kerusi parlimen, undang-undang tidak akan dapat diubah ! (lainlah kalau undang-undang yang sedia ada sempurna tiada cacat cela sepanjang zaman).

Sudah sampai ketikanya kita mesti lebih matang berpolitik, bijak berpencak.

“Berperang bukan bermusuh,
menahan bukan mematah,
selagi dibawah langit yang sama,
selagi masih bernyawa,
istiqamahkanlah jiwa!”

Mohd Fairuz Mat Zin
Satu Kelainan Pemikiran
http://fairuzhafeez.com

Sila ke http:/www.chedet.com