Dia yang Ku Sayangi Telah Pergi Tak Kembali Semasa Hari-Hari Terakhirku di USJ 14 Court 7
Salam semua, sebenarnya hari ini adalah hari terakhir sessi Penuntutan Ilmu dari Pusat Jaringan Siber Tanpa Had. Dan di hari terakhir ini aku dapat belajar PHP untuk membuat form Website.
Namun oleh kerana ada sedikit tugasan belum siap maka esok ku kerja juga dan mungkin beberapa hari lagi . Oleh kerana apokalips belum datang lagi maka sukar jugalah aku menyiapkan kerja-kerja aku ini.
Semasa aku menulis ini, Emak Saudara aku Mak De Nah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia amat menyayangiku. Bayangkan hanya beberapa tahun dahulu ketika aku berumur lewat 20-an dia Allahyarham masih lagi tega mencium pipiku.
Semoga Mak De Nah yang aku sayangi ditempatkan bersama para-para solehin dan solehah. Marilah kita sama-sama menyedahkan Al-fatihah untuknya.
May 31st, 2008 at 6:14 am
Al-Fatihah …
Semoga roh nya dicucuri rahmat
June 5th, 2008 at 4:17 am
Takziah.. Al-Fatihah. semoga roh arwah dicucuri rahmat…