Archive for August, 2008

Erti Sebuah Merdeka

Sunday, August 31st, 2008

Merdeka…

Bukan hanya ucap di mulut
Sedang hati lama berselut
Jiwa lara berkalut

Merdeka…

Bukan sekadar laungan ulang-ulangan
Sedang bangsa masih gelandangan
Semua saling berpandangan
Rentak masih entah apa gerangan

Marilah kita merdeka seluruh jasad dan jiwa
Bebas dari segala nista dan caci
Rasa bukan hambar

Mari kita nyanyikan
Irama perjuangan baru
Semoga syahdu dan barakah
Datang bertandang
Iltizam merdeka terang-benderang
Menguntum senyum anak kecil di permatang

Bangkitlah bangkit Merdeka sebenarnya !
Larilah terbang menjulang istiqamah kita !

Mohd Fairuz Mat Zin
31hb. Ogos 2008.
Kg. Buluh Batu Bersurat

Salam Merdeka dan Salam Ramadhan !

Bicara tangisan

Saturday, August 30th, 2008

Adakala kita melarik mimpi
Adakala mimpi kita tercarik
Tiada esok yang terbongkar rahsianya ini hari
Percayalah …

Tak usah kau lekatkan lukisan duka
buat perhiasan
Baiknya kau ciptakan gurindam yang lain
Biar dapat kau dodoikan malam yang kian suram

Andai kata bicara hati
entah mana ertinya
kau tak perlu malu untuk bicara lagi

Tak perlu habiskan air mata
Buat sesuatu yang bukan milikmu
Simpan … akan tiba masanya
kau menangis …

Cuma dalam dunia lain
Yang hanya bercerita tentang
air mata kebahagiaan

[Fair - Uniputra - 3/3/2002 ]

Fairuz Hafeez Special Album - Launching on 4th. September 2008, insya-Allah !

Tuesday, August 26th, 2008

(Pre-Cover : Just for a while)


—————————————————————————————

Album MyWulan Moon : Fairuz Hafeez

Trek 1 : GENERASI
…………(Trio with Muntz & Izz - Versi Merdeka : Genre Pop General)
- Alpha
Trek 2: Satu Peperangan Belum Terlewat -
……………A Never Late War ! (Genre Rock Techno)
- Alpha
Trek 3 : MyWulan Moon (Genre March) - Alpha
Trek 4 : Seloka Lancang Kuning (Acapella)
- Beta
Trek 5 : Melangkah Jauh (Pop Rock) - Beta
Trek 6 : Satu (Duo with Muntz - Etnic Creative)
- Beta
Trek 7 : Ramadhan : Kehadiran yang di Nanti (Genre Nasyid) -Alpha
Trek 8 : Bicara Tangisan (Sajak) - Beta
Trek 9 : Erti Sebuah Merdeka (Sajak) - Alpha
Trek 10 : Zikir - Alpha
Trek 11 : Azan - Gamma

Note : Subject to change

Remark

Status Alpha = Not Record Yet
Status Beta = Demo will be Released A.S.A.P
Status Gamma =
Full Version will be Released on 4th. Sept. 2008

—————————————————————————————

 

My Special Album will be launching on 4th. September 2008, insya-Allah! I try to sell a “Artistics Philo-sofy” or “Mesej yang menghiburkan”.

Sell ? Wait …

Dude.. Here’s the good news !
This track is free for download & distributed !!!
(Hope u don’t mind to give me some bulk if you agree to have another tracks)

It’s just 9 days from now !
So ! Keep waiting, The Sweep is Dancing !

Salam Cinta !

—————————————————————————

[ Track I ]

GENERASI (Versi Merdeka : Genre Pop General)
Vokal : Mz, Iss & Fairuz Hafeez

Di sini bermula
Segala terencana
Ikhlas dan tulus di jiwa
Menyingkap segala

Gabungan yang tercipta
Di bawah satu nama
Sedia mencapai cita
Yang belum terlaksana

Utuh keyakinan
Penuh kekuatan

(Korus)
Secitra Sekata
Sehati dan sejiwa
Ikatan yang terbina
Kan kekal selamanya

Senada seia
Tiada sengketa
Rintangan menerpa
Rempuhi bersama

Di sini bermula
Segala terencana
Ikhlas dan tulus di jiwa
Menyingkap segala

Utuh keyakinan
Penuh kekuatan

(Mini Solo & Bridge)
Kami generasi
Bangsa Merdeka
Ku junjung namamu selalu
Setiaku padu

(Korus)
Secitra Sekata
Sehati dan sejiwa
Ikatan yang terbina
Kan kekal selamanya

Senada seia
Tiada sengketa
Malaysia tercinta
Sentiasa di jiwa
Milik kita semua

Song : Fairuz Hafeez
Word : Fairuz Hafeez
Music : X-san (NRG)
Music co-ordinator : X-San


[ Track II ]
Satu Peperangan Belum Terlewat ! (A Never Late War !)
- Fairuz Hafeez

Di sebuah pulau sepi
Tiada penghuni

Ratu-ratu berperang
Sesama sendiri

Satu jentayu, satu garuda
Pantang merayu, adukan saja tenaga

[korus]
Menikam sama-sama menerkam
Tak tau hitam, pitam lebam manikam
Bergentayangan bawah bulan dan bintang
Putra waja mendetik istana bayangan

Terpancut darah-darah
Menyembah kemucut
Keris karat mengecut
Segera terlucut

[solo & ulang korus]

Cut!!!

Song : Fairuz Hafeez
Word : Fairuz Hafeez / Amar Route
Music : itU / Amar Route
Music co-ordinator : Fairuz Hafeez

Kaitan Minyak dan Pilihanraya dengan angka 8, 15, 22 dan 13.

Sunday, August 24th, 2008

Mulai hari ni saya akan perkenalkan versi santai iaitu karya pendek kerana kadang-kadang saya tak sempat untuk menulis panjang.

Kaitan Minyak dan Pilihanraya dengan 8, 15, 22 dan 13.

Perasan tak ?

a. Umum 22 aribulan 8 (Purata 8 + 22 = 15)
b. Minyak turun antara 8 hingga 22 sen

KADAR TURUN   |  HARGA BARU
RON97  - 15 sen   |  RM 2.55 sen seliter,
RON92  - 22 sen   |  RM 2.40 seliter.
DIESEL -  8 sen    |  RM 2.50 seliter.

Ahli kabinet suka tengok cerita numb3rs ke ?
Tgu la PRU yang nomo 13 nanti.
da’ 13 atau d13 = die ?

Kebetulan je tuh … ! Jangan percaya sembrono.

Insiden yang lebih buruk akan berlaku di Permatang Pauh P044 ?

Tuesday, August 19th, 2008

(Gambar dari http://pinkturtle2.wordpress.com)

Carlah saya di tranungkite.net ya !

Saya menjangkakan akan berlaku insiden yang amat mengejutkan dan lebih hebat impaknya daripada insiden di Rusila semasa PRU 12 baru-baru ini. Saya harap semua penyokong, baik Pakatan Rakyat dan juga barisan Nasional janganlah emosional. Jaga kelakuan anda ! Jangan kerana kelakuan anda semua orang malu. Orang Melayu malu !

Jangka saya lagi, calon BN akan kalah seperti mana Chong Wei kalah straight set dengan Li Dan  di sukan Olimpik baru-baru ini. Anwar akan mendapat majoriti yang lebih daripada Wan Azizah perolehi semasa PRU 12 kecuali ada taktik yang tidak bersih digunakan semasa kempen. Tekaan saya, Anwar akan mendapat majoriti lebih 18, 000.

Kepada pihak polis, diharapkan meletakkan CCTV yang gambarnya jelas dan boleh dizoomkan di lokasi-lokasi panas agar memudahkan siasatan nanti.  Harap jumlah anggota polis yang mencukupi dibawa ke Permatang Pauh untuk memastikan sebarang kekecohan boleh diredakan lebih awal.

Kepada pemimpin BN di Permatang Pauh, inilah masanya anda semua meminta yang terbaik untuk kawasan Permatang Pauh. Jangan jadi seperti Kuala Berang yang tidak begitu bijak mempergunakan Pilihanraya Kecil untuk memacu kemajuan Kuala Berang.

Amat bertuah masyarakat di kawasan yang diadakan pilihanraya kecil kerana pelbagai janji-janji manis akan dihulurkan kepada mereka. Jadi gunakan PRK ini sebaik mungkin untuk menagih janji daripada pemimpin atasan. Cuma saya berharap janganlah janji dibuat hanya untuk menagih undi, berikan sahaja apa-apa yang patut diperolehi oleh rakyat Permatang Pauh tidak kira siapa pun yang menang.

Rakyat Permatang Pauh ! Adakah kamu semua berjiwa kental atau berubah prinsip sekelip mata ? Perubahan untuk rakyat Malaysia bermula daripada tuan-tuan dan puan-puan. Saya tidak pasti benar atau tidak akan ada perubahan selepas 16 September nanti tetapi mengikut perkiraan saya rakyat Sabah dan Sarawak mahukan perubahan setelah sekian lama tidak ada perubahan yang signifikan bagi saya.

Jika tuan-tuan dan puan-puan selesa dengan keadaan sekarang, tiada apa yang boleh saya katakan tetapi saya minta fikirkanlah masa depan Malaysia yang masih kelabu. Wawasan 2020 yang berbaki dua belas tahun lagi seolah-olah hanya tinggal angan-angan. Remaja kita tenggelam dalam hiburan yang melalaikan. Penduduk kampung terus tertekan apabila nilai wang terus mengecut. Saya cabar tuan-tuan dan puan-puan untuk merdeka dan berani membuat keputusan tanpa pancingan dan tekanan dari mana-mana pihak.

Kepada pemimpin Melayu UMNO, ramai-ramailah berhijrah ke PR untuk menyeimbangi agihan kerusi nanti. Lupakan dulu kedudukan yang tuan-tuan dan puan-puan ada sekarang sebaliknya fikirkan tentang rakyat. Seandainya ada nama-nama besar seperti Tengku Razaleigh, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Ahmad Said dan Shahril Samad turut berhijrah pastinya semua akan membuka mata dan terkejut. Apa pun, sudah namanya politik, segalanya tidak mustahil (saya amat mengharapkan mereka ini berhijrah walaupun seakan pengharapan yang merepek)!

Apa-apa yang terjadi pada September ini, diharapkan semua pemimpin Melayu bijak berpolitik selepas ini dan bukan dikuasai oleh emosi bila bercakap dan berhujah. Jika pemimpin di dewan parlimen yang mulia dikuasai emosi janganlah hendak disalahkan penyokong yang bertindak diluar batasan kerana geram dengan ketidakadilah.

Sebenarnya, sama ada BN atau PR yang memerintah, bangsa Melayu akan terbela sekiranya pemimpin Melayu pandai berpolitik dan tahu apa itu amanah dan tanggungjawab. Biar di mana anda berdiri, jadilah pejuang dan pemimpin yang adil. Masa depan agama, bangsa dan negara di tangan anda ! Masa depan anda di dunia dan di akhirat pula bergantung dengan kepimpinan anda !

Harap PRK kali ini tidak menjadi Pilihanraya yang membuatkan kita malu untuk mengikutinya atau bahasa omputihnya : Shy Pool.

Salam cinta !

Nota I : Artikel ini bebas dieksploitasi, disunting, ditukarnama penulisnya dan ditulis semula untuk disebarkan kepada sesiapa sahaja melalui apa-apa medium.

Nota II : Saya mengharapkan jangkaan saya mengenai keburukan  akan jauh meleset. Semoga PRK ini akan berlangsung secara anak jantan yang adil dan terkawal.

Mohd Fairuz Mat Zin
http://fairuzhafeez.com

Bloggers : Bagaimana mahu membuatkan anda lebih slim pada gambar ?

Sunday, August 17th, 2008

Salam cinta !

Maaf… oleh kerana tak mo memecahkan kepala dengan artikel yang berat-berat maka tampillah edisi khas versi santai. Kali ini saya kan memberi sedikit tips bagaimana untuk menampakkan anda lebih kurus dalam gambar-gambar di internet.


Blogger Tips : Slimmer then ever !
Cara-cara ‘halal’

1. Bergambar dengan sesiapa sahaja yang lebih gemuk dari anda. Anda juga boleh gunakan kaedah ini dengan bergambar dengan orang-orang yang rendah-rendah sahaja untuk menampakkan anda tinggi. Pernah anda lihat Ella & Mila di televisyen ? Jika anda temuinya di alam realiti teramatlah kecilnya… kecik molek !

2. Carilah objek-objek yang montel seperti pasu bunga besar. Bergambar mesra dengan haiwan-haiwan yang comel pun okey gak cuma elakkan posing di belakang haiwan-haiwan yang boleh menendang perut anda dan menguruskan anda serta-merta !

3. Pakailah baju yang berbelang halus dan saiz yang sesuai (tidak terlalu besar) tapi janganlah pula sendat semacam sehingga menonjolkan apa-apa yang terlarang.

4. Bagi nampak sebahagian je badan anda. Kalau sukar sangat, boleh la bagi nampak muka je.

5. Ambil dari posisi yang sesuai dan jangan lupa kempiskan perut.. he he ..

Blogger Tips : Slimmer then ever !
Cara-cara ‘tak halal’

1. Edit guna photoshop tak pun kecutkan gambar guna paint je (mudah ya amat).

2. Guna photoshop juga tapi kali ni guna badan orang lain pulak.

3. Ada lagi ke cara lain ? Oh ya … cilok gambar orang lain kat myspace atau friendster kemudian mengaku gambar sendiri.

4. Ada lagi ek cara lain ? Malas dah nak fikir…

Sekian sahaja untuk pedoman kita semua. Semoga terhibur !

ps    :  jangan ikut yang tak halal tu, menipu namanya.
ps2  :  sesiapa nak copy atau edit balik kemudian letak nama sendiri untuk artikel ni, silakan.
ps 3 : ps3 tu versi terkini photoshop ! he he …

Dunia Siber : Bebas Memaki Hamun ?

Wednesday, August 13th, 2008

Apa reaksi tuan puan bila mendengar perbualan di cafe seperti berikut :

  • “Aku rimas la bila terbaca sumpah seranah kat internet!”.
  • “Kebanyakannya yang bagi komen penuh dengan maki hamun”.
  • “Dohlah IQ tak tinggi, EQ pun tahap kanak-kanak juga !”

Dunia siber ! Dunia tanpa sempadan yang boleh dimasuki walaupun dengan hanya berkain pelikat. Dunia siber menyediakan banyak kemudahan bagi penggunanya supaya mereka dapat berkongsi maklumat namun siberian mestilah menggunakannya secara bijaksana dan berhemah.

Cuma, saya lihat, semakin ramai yang tidak beretika dalam berforum. Ada yang melepaskan geram dan kemarahan (mungkin ketegangan) kepada orang lain menerusi serangan dan maki hamun. Mungkin kerana tidak perlu mendedahkan muka dan juga identiti sebenar maka mereka sesuka hati sahaja meremukkan hati dan perasaan orang lain. Mungkin dengan cara ini mereka lebih puas membuang segala ketidakpuasan hati mereka tentang dunia yang nyata.

Walaupun portal, forum atau laman sembang hanyalah antara muka yang mewujudkan komunikasi maya, tidak seharusnya ia dinodai dengan bahasa kesat, cacian dan makian. Apa yang saya perhatikan, mereka seolah-olah puas apabila dapat melontarkan kata-kata “kurang ajar” dan seterusnya melupakan salah satu prinsip rukunegara iaitu “Kesopanan dan Kesusilaan”.

Jika tidak memaki hamun, mereka akan memilih untuk membuat orang lain rasa tidak selesa dengan tulisan mereka. Apakah mereka lupa bahawa yang membaca tulisan mereka mempunyai perasaan seperti mereka juga ? Dalam menimbulkan ketidakselesaan ada juga antara mereka yang membuat posting yang sama berkali-kali mungkin tidak puas hati (kerana mahukan postingnya di baca oleh semua orang ?).

Banyak juga cara-cara lain yang digunakan untuk melamgikan (melamputinggikan / menghighlightkan) tulisan (baca : makian) mereka. Saya tertanya-tanya, apakah yang mereka cari sebenarnya ? Adakah mereka sengaja melepaskan kemarahan mereka ke dunia siber ? Kemarahan berpunca dari masalah / ketidakpuasan mereka di dunia realiti ?
Sememangnya banyak kedapatan serangan terhadap individu lebih-lebih lagi dalam forum politik. Nama-nama ahli politik ditukar gantikan sesedap rasa.

Malu saya melihat kerenah manusia yang lebih suka kosmetik dan bukan cuba berhujah dengan fakta yang kukuh, tidak kiralah sebelah BN atau PR. Juga terdapat banyak siberian yang menulis tidak berdasarkan fakta yang kukuh dan hanya copy & paste fakta dari siberian yang lain tanpa mengetahui kebenarannya.

Bagi saya, berhubung dalam dunia siber adalah untuk mencari sahabat dan seterusnya berkongsi maklumat dalam suasana hubungan kekeluargaan yang penuh ceria. Jika sekiranya banyak kecelaruan yang menyelit, maka lebih baik saya bertukar haluan ke daerah siber yang lebih suci.

Terdapat juga komen-komen yang menggunakan nick yang pelbagai (multinick) yang seolah-olah lempar batu sembunyi tangan. Ada juga yang terikut-ikut dengan pandangan orang lain dan tidak yakin dengan pendapat sendiri. Ada juga yang mengikut rentak haluan angin, ketika terlihat puak mana yang menang, puak itulah yang diikuti. Yang berfikir menggunakan emosi tak usah cakaplah. Jika anda sudah muak dengan dunia sebenar, anda pasti akan lebih muak dengan dunia siber bila mengetahui kebobrokannya.
Bilakah rakyat Malaysia dapat menjadi golongan minda kelas pertama ? Apakah budaya memaki hamun ini semakin berbudaya dari budak sekolah hinggalah ke ahli parlimen, dari dunia realiti hinggalah ke dunia siber dan dari dalam rumah hingga ke liang kubur  ?

Kepada mereka yang bersemangat dan marah kepada sekumpulan orang sehingga menghamburkan carutan dan makian. Bertenanglah dan bermuhasabahlah. Tindakan anda itu hanya membuatkan golongan yang anda sayang / sokong semakin rebah dan tercalar kredibilitinya.

Tiada gunanya anda berpuas hati setelah memaki tetapi orang lain semakin memandang sinis dan jelik dengan tulisan anda dan seterusnya mengaitkan tindakan penyokong dengan kumpulannya. Orang yang atas pagar pun lemas dan rimas membaca sumpah- seranah yang tiada fakta dan kupasan ilmiah untuk dijadikan rujukan. Renungkan pepatah Melayu berkenaan “Nila & Susu”, “Kelambu & Nyamuk”, “Kurik & Saga” dan “Benang & Tepung”.

Sudah lupa kes Permatang Pauh P44 ? Kerana “penyokong” (berdasarkan baju yang dipakai), ada orang menuduh kita ganas ! Pernah baca kenyataan saya “Politik sekarang semakin complicated” ? Kita mestilah bijak berpencak bukan terus terusan rancak menginjak.

Fikir-fikirkanlah. Renung-renungkan. Ingat ! Bangsa kita ketika dahulu amat dihormati kerana kehalusan tutur katanya. Apakah kita memperjuangkan kebebasan bersuara sambil membuang mahkota keluhuran budi yang sekian lama dijunjung.  Apa pendapat anda ?

Masa sekarang ialah untuk “memancing” dengan “istiqamah” bukannya “mengencing merata-rata” hingga tidak perasan zip tidak “terkancing”. “Dacingilah” segala tingkah laku kita dan jangan sampai menjadi “Cacing yang kepanasan”.

Jangan sampai orang mengatakan “Kalau nak tengok sejauh mana akhlak orang PR tengoklah kat Tranungkite.net!”. Kalau ada yang membuat provokasi di sini, tanganilah dengan bijak.

Akhir kalam, maafkan hamba yang hina ini. Saya hanya mahu mereka di sana membuka mata kepada pihak kita. Kalau ada yang teras, hamba memohon kemaafan dengan penuh rasa rendah diri.

“Bahasa menunjukkan bangsa”

Mohd Fairuz Mat Zin
Menulis Demi Cinta
http://fairuzhafeez.com

———————————————————————————————————–

Artikel saya yang lain :

Sebalik Lagu “Haring” yang Nyaring - aLi (Roslan Aziz & Mukhlis Nor)

Interpretasi ini (versi yang sebelum ini, iaitu versi 1.0) juga dipaparkan di blog RoslanMukhlis : http://roslanmukhlis.blogspot.com/2008/07/sebalik-lagu-haring-yang-nyaring-ali.html

Antara sedutan tafsiran :

Orang bulan, orang tepi jalan
// Orang bulan : Orang yang mempunyai ilmu agama dan beramal soleh
Orang tepi jalan : Orang yang berniaga iaitu mempunyai premis perniagaan. (Mungkin juga orang yang suka dengar ceramah & juga orang yang suka berjalan kaki ?)

Dapat memahami keadaan ini
// Akan faham apa sebenarnya berlaku. Siapa yang benar? Orang beragama hatinya bersih dan senang menafsir sebalik kejadian manakala peniaga pula selalu berinteraksi dengan pelanggan yang terdiri dari guru, peguam mahupun penggubal undang-undang.

———————————————————————————————-

Silakan juga untuk membaca interpretasi lirik yang lain :

Interpretasi : Lirik “Jentayu” - Tongkat Warrant
&
Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi lirik “Aduh Saleha”

Fairuz Hafeez’s Songs on Internet !

Monday, August 4th, 2008

Now i’m try to sell my songs in the intenet. Wait ya !
I’ll give the link after at least 11 visitors request for it !

This afternoon, I’m just shocking coz a local singer was behind me at Malaysian’s Chart (filted by World Genre : including reggae & traditional asian) ! Just thinking, is’t the ranking by the website are profesional and acceptable ? Here’s the scree shoot.


(Click to enlarge)

My another song was at rank #414 for the whole world for Pop (and the sub genre). Here’s the screen shoot. I feel like very motivated to work more on my creativity. And tq for the cari forum coz i found many friends there which talented in composing song and music arrangement.


(click to enlarge)

Okey my friends ….
If you wanna hear my songs then …
Let’s request ! See ya !

Que.. Sera .. Sera… !
Qasih Qaisara ?

 

Mutiara Kata I

Monday, August 4th, 2008

Love to cry when I was a baby
If I still cry at this moment
there are only two reasons
Either I am happy or I’m just freed form hell
Please destroy my weapon before I got it back!

Be nice to me, I will be very nice to you.
Be hypocrite with me, you’ll get it doubled

Hiburan Percuma Malam Ini di Rumah Pena !

Saturday, August 2nd, 2008

Untuk makluman, seorang peserta CI2 iaitu reez54 akan membuat persembahan bersama Ajami, (penaung GuitaReez : Kelab Penyokong Reez54) untuk MASKARA X bertempat di rumah PENA pada 2 Ogos ini. Peserta ini disebut-sebut oleh forumer akan menjadi juara. Suara yang mantap dan kehandalannya bermain gitar membuatkan setiap persembahanya unik dan betenaga.