Archive for September, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H

Tuesday, September 30th, 2008

Assalamualaikum semua pembaca yang disayangi. Tup.. tup.. Esok dah rayakan ? Semoga Hari Raya kali ini lebih bermakna untuk kita semua. Maafkan saya jika ada salah dan silap. Maafkan saya juga kerana hanya dapat meng”update” 2 kali sepanjang Ramadhan ini.

Kepada semua pembaca blog saya (walaupun hanya sekali berkunjung), saya ingin menjemput secara terhormatnya tuan-tuan dan puan-puan semua untuk berhari-raya ke rumah saya di No.2, Kampung Buluh, 21700 Kuala Berang, Terengganu (Telefon dulu, bimbang saya tiada di rumah - No. Telefon Rumah 09-6811452)

Maaf, baju Raya tak beli lagi, pakai je apa yg ada utk shoot !

Sebelum meninggalkan rumah anda, jangan lupa kunci pintu pagar betul-betul (mesti ada bunyi klik) dan pastikan kepala penyambung gas telah ditanggalkan (bimbang tikus gigit salur getah gas.

Haaa … pada yang mempunyai ramai anak, pastikan tiada yang tertinggal ya. Begitu juga pada yang ramai isteri. He he !

Pada yang akan pulang hari ini, jangan lupa periksa keadaan kenderaan anda dan yang paling penting keadaan diri pemandu. Jangan biarkan pemandu yang tidak bersedia untuk memandu (mengantuk, letih, pening, tidak sihat).

Pastikan co-pilot adalah seorang yang mulut becok untuk menghalang kemengantukan pemandu (tapi jangan sampai menambahkan ketensionan pemandu pulak). Kepada mereka yang mengambil ubat pastikan bekalan ubat mencukupi ya !Jangan lupa juga kelengkapan anak kecil seperti lampin, susu pastikan cukup.

Ingat !“Biar CERMAT asal SELAMAT !”

“Selamat Hari Raya Aidilfitri”

“Maaf Zahir & Batin”


Salam Cinta !
Mohd Fairuz Mat Zin

Pertukaran Kuasa

Thursday, September 18th, 2008

Anwar bohong ?

Ternyata Anwar gagal menunaikan “janji”nya untuk menubuhkan kerajaan baru pada 16 September lalu. Begitu ramai yang menghentam Anwar dengan mengatakannya “Menimbulkan huru-hara”, “menggalakkan perbuatan tidak bermoral”, “memulakan permainan pintu belakang”, “kepuasan peribadi” dan bermacam-macam lagi. Sebenarnya, apa yang dihajatkan Anwar tidak kesampaian dalam masa terdekat kerana “conuter back” secara halus dan terperinci sedang dijalankan oleh kerajaan BN.

Mengapa ramai yang letak jawatan dan keluar ?

Cuba lihat dan fikirkan kenapa ada menteri yang meletakkan jawatan ? Juga lihat seanrio yang ada sekarang. Tak perasan apa-apa ke ? Jika tidak ada angin bertipu masakan pohon bergoyang.

Zaid memberikan alasan bahawa dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana menteri kerana tidak bersetuju dengan ISA yang dikenakan kepada Petra (blogger), Teresa Kok (MP Seputeh) dan Tan Hoon Cheng (wartawan Sin Chew Daily). Parti SAPP keluar dari BN. Muhyiddin bersuara lagi sekali agar Pak Lah mempercepatkan pelan peralihan kuasa.

Semuanya ada sebabkan ? Fikirkan dulu … dan jangan lupa tinggalkan komen. Nanti saya akan sambung lagi, insya-Allah.

MyWulan Moon - Released !!!!!!!

Friday, September 5th, 2008

NOTA TAMBAHAN & TERKINI :
Saya terpaksa menangguhkan album saya kerana masalah-masalah yang tidak dapat diatasi. Trek yang sedia ada telah dipadamkan untuk capaian (kerana tidak mencapai mutu yang diperlukan). Saya memohon maaf atas ralat ini.

Salam cinta !

Hari ini saya telah kemalangan kecil tapi tidak luka, hanya kaki kiri sedikit sakit. Gara-gara seorang Hamba Allah yang keluar tiba-tiba dari deretan kereta yang berhenti di lampu isyarat manakala saya mengejar masa untuk satu temuduga kerja. Temuduga ? Ya, temuduga setelah saya tertutup hati untuk memohon kerja alias bekerja dengan orang selepas kontrak tamat dengan sebuah anak syarikat yang berstatus MSC di Bandaraya Pesisir Air, Kuala Terengganu.

Saya terbuka hati untuk kerja ini kerana lokasi kerjanya hanya 5 minit bermotor dari rumah saya di Kampung Buluh, Kuala Berang. Bermakna saya dapat menjimatkan kos rumah sewa, bil api dan air, minyak petrol (yang masih mahal), masa di atas jalan dan yang penting, duit makan. Doakan semoga saya mendapat kerja ini. Mungkinkah tarikh temuduga yang jatuh pada Ulang Tahun Kelahiran saya ini seakan memberikan satu isyarat ?

Mulai hari ini saya bertekad untuk tidak menggunakan telefon bimbit. Kepada sahabat-sahabat saya nombor 017-9559109 serta telefon bimbitnya telah saya serahkan kepada saudara saya merangkap “PA” saya. Segala komunikasi dengan saya bolehlah dilakukan menerusi blog ini ataupun terus membuat panggilan ke telefon rumah saya, itupun jika ada hal yang mustahak.

Saudara seagamaku dan saudara beza agama yang ku sayangi,

Alhamdulillah, saya berjaya melancarkan album online saya “MyWulan Moon - Fairuz Hafeez” semalam, 4hb. September 2008. Kali pertama dilancarkan hanya bersama bonda tersayang manakala kali kedua ialah bersama remaja Kampung Buluh dengan bunyi “letupan” yang amat kuat (faham-faham je tau). Maafkan saya kerana belum dapat memberikan capaian kepada fail lagu-lagu/azan dan zikir tersebut semalam. Oleh kerana kemalangan kecil, temuduga dan persiapan dan juga petir yang telah menyambar komputer di rumah saya (modem dan monitor telah rosak), dengan bahasa popularnya, capaian ke album saya tergendala kerana masalah-maslah teknikal. (Nota: Capaian tersebut saya letakkan di blog saya ini pada hari ini - Satu trek percuma dahulu).

Pada seluruh warga negara Malaysia,

11 hari lagi kita akan menyambut Ulang Tahun Kelahiran Malaysia yang tercinta ! Ayuh kita sambut hari bersejarah tersebut yang dilupakan dan bertekad menjadi satu bangsa yang perkasa : Bangsa Malaysia !

Permisi, Salam cinta !

Hadiah Ulangtahun Kelahiran ke-33 yang diimpikan.

Wednesday, September 3rd, 2008

Saya mempunyai beberapa perkara yang diinginkan sebagai hadiah ulang tahun kelahiran saya esok. Harap-harap ada hamba Allah yang terbuka hati menghadiahkan saya salah satu dari perkara berikut (di susun mengikut kesukaan, yang di bawah paling diharapkan) : -

1. Coklat Bar Cadbury (Buatan Tempatan)
2. Belanja KFC atau Mc D
3. Stokin kain kapas + nylon.
4. Baju Pagoda atau t-shirt kain kapas warna biru muda, putih, kuning, hitam atau merah (plain colour).
3. Kain pelikat warna gelap.
4. Sejadah plain color (tanpa corak)
5. Baju Melayu saiz M warna biru muda, putih atau hitam (tanpa seluar pun tak pe).
6. Kopiah / penutup kepala ala Akhil Hayy.
7. Doakan saya beberapa minit sebelum berbuka agar cepat bertemu jodoh dan mempunyai cahayamata.

Ada yang berminat nak hadiahkan saya ? Syukran jazillah !