Archive for the ‘fair’ Category

Fairuz Hafeez Special Album - Launching on 4th. September 2008, insya-Allah !

Tuesday, August 26th, 2008

(Pre-Cover : Just for a while)

My Special Album will be launching on 4th. September 2008, insya-Allah! I try to sell a “Artistics Philo-sofy” or “Mesej yang menghiburkan”.

Sell ? Wait …

Dude.. Here’s the good news !
This track is free for download & distributed !!!
(Hope u don’t mind to give me some bulk if you agree to have another tracks)

It’s just 9 days from now !
So ! Keep waiting, The Sweep is Dancing !

Salam Cinta !

—————————————————————————

Satu Peperangan Belum Terlewat ! (A Never Late War !)
- Fairuz Hafeez

Di sebuah pulau sepi
Tiada penghuni

Ratu-ratu berperang
Sesama sendiri

Satu jentayu, satu garuda
Pantang merayu, adukan saja tenaga

[chorus]
Menikam sama-sama menerkam
Tak tau hitam, pitam lebam manikam
Bergentayangan bawah bulan dan bintang
Putra waja mendetik istana bayangan

Terpancut darah-darah
Menyembah kemucut

Keris karat mengecut
Segera terlucut

Cut!!!

Song    :   Fairuz Hafeez
Word   :   Fairuz Hafeez / Amar Route
Music  :   itU / Amar Route
Music co-ordinator  :   Fairuz Hafeez

Bloggers : Bagaimana mahu membuatkan anda lebih slim pada gambar ?

Sunday, August 17th, 2008

Salam cinta !

Maaf… oleh kerana tak mo memecahkan kepala dengan artikel yang berat-berat maka tampillah edisi khas versi santai. Kali ini saya kan memberi sedikit tips bagaimana untuk menampakkan anda lebih kurus dalam gambar-gambar di internet.


Blogger Tips : Slimmer then ever !
Cara-cara ‘halal’

1. Bergambar dengan sesiapa sahaja yang lebih gemuk dari anda. Anda juga boleh gunakan kaedah ini dengan bergambar dengan orang-orang yang rendah-rendah sahaja untuk menampakkan anda tinggi. Pernah anda lihat Ella & Mila di televisyen ? Jika anda temuinya di alam realiti teramatlah kecilnya… kecik molek !

2. Carilah objek-objek yang montel seperti pasu bunga besar. Bergambar mesra dengan haiwan-haiwan yang comel pun okey gak cuma elakkan posing di belakang haiwan-haiwan yang boleh menendang perut anda dan menguruskan anda serta-merta !

3. Pakailah baju yang berbelang halus dan saiz yang sesuai (tidak terlalu besar) tapi janganlah pula sendat semacam sehingga menonjolkan apa-apa yang terlarang.

4. Bagi nampak sebahagian je badan anda. Kalau sukar sangat, boleh la bagi nampak muka je.

5. Ambil dari posisi yang sesuai dan jangan lupa kempiskan perut.. he he ..

Blogger Tips : Slimmer then ever !
Cara-cara ‘tak halal’

1. Edit guna photoshop tak pun kecutkan gambar guna paint je (mudah ya amat).

2. Guna photoshop juga tapi kali ni guna badan orang lain pulak.

3. Ada lagi ke cara lain ? Oh ya … cilok gambar orang lain kat myspace atau friendster kemudian mengaku gambar sendiri.

4. Ada lagi ek cara lain ? Malas dah nak fikir…

Sekian sahaja untuk pedoman kita semua. Semoga terhibur !

ps    :  jangan ikut yang tak halal tu, menipu namanya.
ps2  :  sesiapa nak copy atau edit balik kemudian letak nama sendiri untuk artikel ni, silakan.
ps 3 : ps3 tu versi terkini photoshop ! he he …

Dunia Siber : Bebas Memaki Hamun ?

Wednesday, August 13th, 2008

Apa reaksi tuan puan bila mendengar perbualan di cafe seperti berikut :

  • “Aku rimas la bila terbaca sumpah seranah kat internet!”.
  • “Kebanyakannya yang bagi komen penuh dengan maki hamun”.
  • “Dohlah IQ tak tinggi, EQ pun tahap kanak-kanak juga !”

Dunia siber ! Dunia tanpa sempadan yang boleh dimasuki walaupun dengan hanya berkain pelikat. Dunia siber menyediakan banyak kemudahan bagi penggunanya supaya mereka dapat berkongsi maklumat namun siberian mestilah menggunakannya secara bijaksana dan berhemah.

Cuma, saya lihat, semakin ramai yang tidak beretika dalam berforum. Ada yang melepaskan geram dan kemarahan (mungkin ketegangan) kepada orang lain menerusi serangan dan maki hamun. Mungkin kerana tidak perlu mendedahkan muka dan juga identiti sebenar maka mereka sesuka hati sahaja meremukkan hati dan perasaan orang lain. Mungkin dengan cara ini mereka lebih puas membuang segala ketidakpuasan hati mereka tentang dunia yang nyata.

Walaupun portal, forum atau laman sembang hanyalah antara muka yang mewujudkan komunikasi maya, tidak seharusnya ia dinodai dengan bahasa kesat, cacian dan makian. Apa yang saya perhatikan, mereka seolah-olah puas apabila dapat melontarkan kata-kata “kurang ajar” dan seterusnya melupakan salah satu prinsip rukunegara iaitu “Kesopanan dan Kesusilaan”.

Jika tidak memaki hamun, mereka akan memilih untuk membuat orang lain rasa tidak selesa dengan tulisan mereka. Apakah mereka lupa bahawa yang membaca tulisan mereka mempunyai perasaan seperti mereka juga ? Dalam menimbulkan ketidakselesaan ada juga antara mereka yang membuat posting yang sama berkali-kali mungkin tidak puas hati (kerana mahukan postingnya di baca oleh semua orang ?).

Banyak juga cara-cara lain yang digunakan untuk melamgikan (melamputinggikan / menghighlightkan) tulisan (baca : makian) mereka. Saya tertanya-tanya, apakah yang mereka cari sebenarnya ? Adakah mereka sengaja melepaskan kemarahan mereka ke dunia siber ? Kemarahan berpunca dari masalah / ketidakpuasan mereka di dunia realiti ?
Sememangnya banyak kedapatan serangan terhadap individu lebih-lebih lagi dalam forum politik. Nama-nama ahli politik ditukar gantikan sesedap rasa.

Malu saya melihat kerenah manusia yang lebih suka kosmetik dan bukan cuba berhujah dengan fakta yang kukuh, tidak kiralah sebelah BN atau PR. Juga terdapat banyak siberian yang menulis tidak berdasarkan fakta yang kukuh dan hanya copy & paste fakta dari siberian yang lain tanpa mengetahui kebenarannya.

Bagi saya, berhubung dalam dunia siber adalah untuk mencari sahabat dan seterusnya berkongsi maklumat dalam suasana hubungan kekeluargaan yang penuh ceria. Jika sekiranya banyak kecelaruan yang menyelit, maka lebih baik saya bertukar haluan ke daerah siber yang lebih suci.

Terdapat juga komen-komen yang menggunakan nick yang pelbagai (multinick) yang seolah-olah lempar batu sembunyi tangan. Ada juga yang terikut-ikut dengan pandangan orang lain dan tidak yakin dengan pendapat sendiri. Ada juga yang mengikut rentak haluan angin, ketika terlihat puak mana yang menang, puak itulah yang diikuti. Yang berfikir menggunakan emosi tak usah cakaplah. Jika anda sudah muak dengan dunia sebenar, anda pasti akan lebih muak dengan dunia siber bila mengetahui kebobrokannya.
Bilakah rakyat Malaysia dapat menjadi golongan minda kelas pertama ? Apakah budaya memaki hamun ini semakin berbudaya dari budak sekolah hinggalah ke ahli parlimen, dari dunia realiti hinggalah ke dunia siber dan dari dalam rumah hingga ke liang kubur  ?

Kepada mereka yang bersemangat dan marah kepada sekumpulan orang sehingga menghamburkan carutan dan makian. Bertenanglah dan bermuhasabahlah. Tindakan anda itu hanya membuatkan golongan yang anda sayang / sokong semakin rebah dan tercalar kredibilitinya.

Tiada gunanya anda berpuas hati setelah memaki tetapi orang lain semakin memandang sinis dan jelik dengan tulisan anda dan seterusnya mengaitkan tindakan penyokong dengan kumpulannya. Orang yang atas pagar pun lemas dan rimas membaca sumpah- seranah yang tiada fakta dan kupasan ilmiah untuk dijadikan rujukan. Renungkan pepatah Melayu berkenaan “Nila & Susu”, “Kelambu & Nyamuk”, “Kurik & Saga” dan “Benang & Tepung”.

Sudah lupa kes Permatang Pauh P44 ? Kerana “penyokong” (berdasarkan baju yang dipakai), ada orang menuduh kita ganas ! Pernah baca kenyataan saya “Politik sekarang semakin complicated” ? Kita mestilah bijak berpencak bukan terus terusan rancak menginjak.

Fikir-fikirkanlah. Renung-renungkan. Ingat ! Bangsa kita ketika dahulu amat dihormati kerana kehalusan tutur katanya. Apakah kita memperjuangkan kebebasan bersuara sambil membuang mahkota keluhuran budi yang sekian lama dijunjung.  Apa pendapat anda ?

Masa sekarang ialah untuk “memancing” dengan “istiqamah” bukannya “mengencing merata-rata” hingga tidak perasan zip tidak “terkancing”. “Dacingilah” segala tingkah laku kita dan jangan sampai menjadi “Cacing yang kepanasan”.

Jangan sampai orang mengatakan “Kalau nak tengok sejauh mana akhlak orang PR tengoklah kat Tranungkite.net!”. Kalau ada yang membuat provokasi di sini, tanganilah dengan bijak.

Akhir kalam, maafkan hamba yang hina ini. Saya hanya mahu mereka di sana membuka mata kepada pihak kita. Kalau ada yang teras, hamba memohon kemaafan dengan penuh rasa rendah diri.

“Bahasa menunjukkan bangsa”

Mohd Fairuz Mat Zin
Menulis Demi Cinta
http://fairuzhafeez.com

———————————————————————————————————–

Artikel saya yang lain :

Sebalik Lagu “Haring” yang Nyaring - aLi (Roslan Aziz & Mukhlis Nor)

Interpretasi ini (versi yang sebelum ini, iaitu versi 1.0) juga dipaparkan di blog RoslanMukhlis : http://roslanmukhlis.blogspot.com/2008/07/sebalik-lagu-haring-yang-nyaring-ali.html

Antara sedutan tafsiran :

Orang bulan, orang tepi jalan
// Orang bulan : Orang yang mempunyai ilmu agama dan beramal soleh
Orang tepi jalan : Orang yang berniaga iaitu mempunyai premis perniagaan. (Mungkin juga orang yang suka dengar ceramah & juga orang yang suka berjalan kaki ?)

Dapat memahami keadaan ini
// Akan faham apa sebenarnya berlaku. Siapa yang benar? Orang beragama hatinya bersih dan senang menafsir sebalik kejadian manakala peniaga pula selalu berinteraksi dengan pelanggan yang terdiri dari guru, peguam mahupun penggubal undang-undang.

———————————————————————————————-

Silakan juga untuk membaca interpretasi lirik yang lain :

Interpretasi : Lirik “Jentayu” - Tongkat Warrant
&
Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi lirik “Aduh Saleha”

Fairuz Hafeez’s Songs on Internet !

Monday, August 4th, 2008

Now i’m try to sell my songs in the intenet. Wait ya !
I’ll give the link after at least 11 visitors request for it !

This afternoon, I’m just shocking coz a local singer was behind me at Malaysian’s Chart (filted by World Genre : including reggae & traditional asian) ! Just thinking, is’t the ranking by the website are profesional and acceptable ? Here’s the scree shoot.


(Click to enlarge)

My another song was at rank #414 for the whole world for Pop (and the sub genre). Here’s the screen shoot. I feel like very motivated to work more on my creativity. And tq for the cari forum coz i found many friends there which talented in composing song and music arrangement.


(click to enlarge)

Okey my friends ….
If you wanna hear my songs then …
Let’s request ! See ya !

Que.. Sera .. Sera… !
Qasih Qaisara ?

 

Mutiara Kata I

Monday, August 4th, 2008

Love to cry when I was a baby
If I still cry at this moment
there are only two reasons
Either I am happy or I’m just freed form hell
Please destroy my weapon before I got it back!

Be nice to me, I will be very nice to you.
Be hypocrite with me, you’ll get it doubled

Hanya Untuk Forumer Cari.com.my (terutama sub-bod SYMT)

Thursday, July 31st, 2008

Sambungan dari Forum Cari - Sub-Bod SYMT :Kami tidak mahukan penyingkiran, kembalikan 2 peserta yg tersingkir


Wahai insan-insan seni sekalian. Mengertilah, hiburan adalah mekanisme untuk membahagiakan hidup dan menenangkan jiwa. Muzik adalah santapan rohani utnuk melenturkannya menjadi insan yang bersemangat dan terus menjunjung langit di mana pun bumi dipijak. Melodi2 yang oktetis itu adalah anugerah Allah untuk manusia mengkaji, mengerti dan memperakui kebesarannya.

Fair tidak datang ke sini hanya untuk menelan sumpah seranah yang bisa menjadi doa dan paling bahaya jika dimakbulkan. Fair datang ke sini kerana melihat ada hujan cinta bila melihat ukhuwah dan kemesraan orang lama bila datangnya orang baru buat rumah. Fair tahu ramai pengkritik yang terkhilaf menggunakan frasa yang betul. Yang berlalu tak akan berulang, buang yang keruh, ambil yang jernih, pakailah kanta cinta, insya-Allah pahit akan manis akhirnya.

Kepada pengomen2 bukan pro yang lain jagalah perkataan anda. Kadang2 kata2 kita lebih banyak keburukan dari kebaikan. Insaflah saudaraku. seperti kata Ajami, yg Fair madahi kembali : kalau dunia seni Malaysia sudah kecik, dangau kita di CI2 ni lagilah kecik. Hargailah pengorbanan para sukarelawan yang ingin memastikan CI2 ini berjalan dengan lancar dan baik. Uolss ingat tak berpeluh ke ketiak diorang buat kerja ?

Nggak mengerti apa cerita ni & apa itu CI2 ?
Sila klik banner di bawah untuk penerangan !

Untuk yang suka hentam peserta seperti Ke******., sebelum terfikir nak kutuk peserta, dengar dengan teliti, adakah peserta-peserta ini hanya mengambil mudah pertandingan ini ? Bagaimana dengan yang menghabiskan masa berjam2 hanya utk edit lagu ? Terpaksa melalak macam tarzan yang mungkin membuatkan jiran sebelah ty “dia ni histeria ke?”. Bagaimana dengan yang disindir oleh rakan satu floor ? Bagaimana dengan yang terpaksa menghadapi exam dan mempunyai masa yang terhad ? Bagaimana dengan yang sanggup mengupah musician untuk membuat minus satunya ? Bagaimana pula dengan peserta yang hampir kehilangan suara semata2 kerana rakaman berulang kali untuk memberikan yang terbaik ? Uolss x nampakkan ? Tylah peserta CI1 akan pengalaman mereka.

Fair tahu ada yang perasan Fair nyanyikan lagu “Aku Takkan Bersuara” di forum ini kebelakangan ini (dah tentu uollsss takkan dengar). Fair bukan merajuk menunggu dipujuk tetapi Fair kecewa dengan mentaliti semua orang di sini yang kebanyakannya Melayu. Semuanya seakan nak lepas perasaan kat sini. Camooooooooooooon ! Nak lepas perasaan gi kat bod politik nung. Lepas la perasaan kat sana, mengapa dilepaskan di sini ? Sini kita nak enjoy dengan muzik, menyebarkan cinta melalui medium seni !

Cukuplah … nak sambung rakam demo pulak ni, hutang dgn pemuzik belum bayar lagi. So, semua dah besar2 kan ? (tak der la sebesar Tajah Oja.. wink! wink!). Kita yang kena ubah dunia ini menjadi laman kasih sayang bukannya dunia ini memaksa kita untuk mengikuti rentak-rentak survivor yang karnivor.

Ingat ! Kita di sini seperti satu keluarga. Cubit peha kanan, peha kiri sakit. Cubit peha Oja.. kena pijak dek Tajah dia laaa … ! He he he.

“Bersatu kita roboh, bercerai kita teguh !”

Menyanyi Demi Cinta
Fairuz Hafeez

Bicara Cinta (i)

Friday, July 25th, 2008

andai kau titiskan airmata di pipi
biarlah ku menangis sama
kita sama-sama rasa
pedih
duka
kecewa
marah

mungkin…
kitakan sama-sama puas
terlontar gala yang terpendam

nanti
bila semuanya hilang
semuanya pupus
tanpa kesan ..
akan ku dodoikan untukmu
lagu-lagu cinta yg baru
bila namaku kau seru
dan kau ku buru

Fairuz hafeez
2.15 am
13 Julai 2008
(edited from spontaneus poem for my sis, Nabila Aminur Rizna)
(this is not love song hokkay!)

Cari Idola 2 : Rancangan Realiti Nyanyian Internet

Wednesday, July 23rd, 2008


Klik pada poster untuk ke Kedai Kopi CI2 :
Tempat gosip murahan & mahalan.

Cari Idola 2 adalah rancangan realiti nyanyian internet yang dianjurkan oleh forum cari.com.my. Rancangan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru yang mungkin dapat diketengahkan untuk pergi lebih jauh.

Apa itu idola ? Idola boleh ditafsirkan sebagai yang amat dicintai / disayangi. Cuma anda jangan terkejut kedapatan maki hamun yang menjadi cili api komen/kritikan dari beberapa orang forumer di situ. Haaa… jangan ingat Akademi Fantasia sahaja bisa bikin kecoh. Mungkinkah itu bermakna kami tidak layak menjadi idola. Untuk jawapannya, anda boleh menilai sendiri. Sila ke sini (telah ditutup)

 

Klik pada poster untuk terus ke CI2 : Spectacular 3 (telah tutup).
Selamat mendengar & undilah dengan bijak.

Anda juga boleh mendengar nyanyian peserta di penyiar rasmi CI2, GOBBLOG.com dan mendengar kritikan / komen / review daripada Buiscasey, bintang Cari Idol musim pertama. Hmmm … masih belum cukup ? Baik, apa kata dengarkan kritikan versi suara dari pengkritik jemputan, yang juga seorang bintang kelahiran Cari Idol pertama iaitu Idolfan. Kritikannya amat saya tertunggu-tunggu setiap minggu. Memang tidak puas mendengar suaranya yang unik dan berslanga mat salleh sikit2 . Tak percaya ? Dengarlah sendiri suara / audio Idolfan, sila klik > Komen Audio Idolfan

Untuk makluman, seorang peserta CI2 iaitu reez54 akan membuat persembahan bersama Ajami, (pengasas GuitaReez : Kelab Penyokong Reez54) untuk MASKARA X bertempat di rumah PENA pada 2 Ogos ini. Peserta ini disebut-sebut oleh forumer akan menjadi juara. Suara yang mantap dan kehandalannya bermain gitar membuatkan setiap persembahanya unik dan betenaga. Mahkota kejuaraan Spec 1 & 2 adalah miliknya tanpa kebacaan satu protes pun !

Walaubagaimanapun harus diingat, lapan lagi peserta yang cukup dedikasi alam setiap tugasan tidak boleh dipencilkan kekuatan mereka. Ada antara mereka yang berpotensi untuk merampas takhta juara sekiranya berjaya memperlihatkan x-faktor dalam nyanyian mereka.

Mereka adalah (mengikut abjad):

1. Bakat (Bila Nak Saksi).
2. ih8u2dEAth (Ketulusan Hati).
3. evil_death78 (Warisan Wanita terakhir).
4. miss_anne (Biarlah Rahsia)
5. miss_ford (Babe),
6. p.caspian (Izinku Pergi),
7. Santeira (Tak Bisa Memilihmu) dan
8. underwoodrockz (Joget Kenangan Manis)

 

Pada saya, mereka juga bisa saja membuat kejutan pada bila-bila masa. Setiap dari mereka mempunyai keunikan yang tersendiri. Namun hakikat yang mereka tidak dapat pertikaikan adalah reez54 tetap unggul berada di takhta teratas untuk 2 spectacular sebelum ini.

Untuk spec ke-3, reez54 memberikan persembahan melalui lagu “Hanya Kau yang Mampu - Aizat “bersama gitar akustiknya dengan improvisasi yang menarik. Malahan ada pengundi yang megatakan “Hanya Kau yang Mampu” versi reez54 adalah lebih sedap daripada versi penyanyi asal, Aizat. Saya percaya takhta spec 3 juga adalah miliknya.

Baiklah, mungkin ada yang ingin bertanya kepada saya : “Kenapa saya memasuki pertandingan ini ?” Untuk jawapannya, sila hayati baik-baik lirik lagu yang saya nyanyikan setiap minggu. Untuk Spec 2 saya menyampaikan lagu favorit saya, ‘Memburu Impian’ (Kaza/Kristal). Berminat untuk melepaskan geram kepada saya ? Kalau anda berani hadapi risiko serangan Kamikaze, silakan ! Saya memang mengimpikan kelab anti-Fairuz Hafeez di situ. Ha ha ha !

Ini adalah berita yang baru kami terima. Menurut sumber-sumber yang dipercayai, seorang peserta telah menimbukan rasa yang tidak berkenan pada beberapa orang forumer (terutamanya otaimer) kerana tindakannya yang dilihat beremosi dan suka menjawab. Peserta ini juga dikatakan tidaklah semegah mana suara dan bakatnya setakat ini. Untuk mengetahui siapakah peserta yang berlagak bagus itu silalah ke KEBUNCIT (Kelab Anti Budak Cari Idol Two).

Pada yang senang dengan kehadiran saya sebagai seorang blogger di alam siber ini, dengarkan pesanan saya :

“Undi dengan bijak dan jangan undi saya kerana www.fairuzhafeez.com tetapi undilah saya hanya jika saya layak ! Undi yang bijak dan adil akan menentukan pemenang yang sepatutnya.

Oh ya ! Untuk Spectacular 3, anda perlu mengundi sebelum 12.00 tengahari ini ! Cepat ! Sebab ada sepuluh peserta yang anda perlu dengar sebelum membuat keputusan mengundi. Apa tunggu lagi ? Ayuh kita santap mesej yang menghiburkan ! Cepat klik !!!

My CI2 Tagline :
Wacintalu !

Fairuz Hafeez
Nyanyian Demi Cinta

Monolog Sepi I

Tuesday, July 22nd, 2008

kekunci, keyboard

Image: FreeDigitalPhotos.net


Monolog Sepi I

saat ku renung skrin monitor ini
ku rasa sepi di tepi
tanganku masih berkokok
tak pernah tak-ok,
tak pernah takut,
kerna tak pernah ku takuk
cuma bimbang rantai di tengkuk
beratnya hingga diri di sama takuk
kebebasan pun meringkuk

andai kata,
nama ku terhapus dari pandangan
tak mengapa,
pasti jika sepi kalian tiba
akan bertandang hiba
di riba-riba

saat itu,
akan ada versi-versi terkini
monolog sepi II, III, IV dan eteche, eteche
tapi bukan sekuel milikku

tinggal dulu
sambut salam sayang
yang tak perlu ku dengar jawabnya !

Fairuz Hafeez
11.21 am, 22 Julai 2008
Kampung Buluh, Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman

Fair Perasan Jadi Pelirik 1

Monday, July 21st, 2008

Image: FreeDigitalPhotos.net


Dendang Mantera Sejahtera

Jangan dengar khabar angin
Nanti nasi menjadi dingin
Perut kembung masuk angin
Kempunan ayunan pohon beringin

Jangan lihat kepada aurat
Kesannya nanti tersiksa urat
Bacalah ayat yang cukup sifat
Baru keramat tidak melarat

Hidup penuh pusing
Dunia tak henti berpusing
Dulu karipap sekarang tambah pusing
Yang kekal berdesing hanyalah gasing

(korus)

Doa tak mati dulu
Sebelum kita tahu
Apa dalam perahu
Apa perlu di bahu

Doa kita sejahtera
Tiada mara tentera
Mesra pada putera
Tara terus tertera

Jangan lihat hanya tersurat
Kesannya nanti bersaksi karat
Tafsirkan ayat yang cukup sifat
Baru
selamat dunia akhirat

(solo & ulang korus)

Jangan dengar sekali lalu
Biar dengar bertalu-talu
Pandang dengar peka selalu
Biduk pasti berlalu

Jiwa fikir tajam selalu
Geduk yang sama
Sama dipalu

Lagu : belumlagila (Cadangan Muzik Etnik+World+Progresif)
Lirik : Fairuz Hafeez

Hakcipta Terpelihara
2008 © FairuzHafeez Production (Khoyal sahaja)

 

Menyambung Pelajaran ke UDM ?

Saturday, June 21st, 2008

Semalam baru sahaja saya memulakan sesi pembelajaran di dalam kawasan pembelajaran UDM di Gong Badak. Kelas diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu dan dipimpin oleh Sifoo yang bertauliah. Bayaran pendaftaran hanyalah RM 10 untuk seumur hidup dan RM15 untuk yuran bulanan. Perjalanan untuk sampai ke Gong Badak telah memakan masa kira-kira seminggu kerana masalah cuaca dan teknikal.

Belajar apa ya ? Saya ke mari untuk belajar tajwid untuk memperbetulkan bacaan agar dapat dimanfaatkan selama-lamanya. Jika ada yang berminat untuk mengikuti kelas al-Quran dewasa di UDM silakan mendaftar di pejabat pentadbiran Masjid UDM.

Ustaz akan mengajar dengan menyampaikan bacaan dan diikuti yang lain. Setiap pelajar akan membaca beberapa ayat dan ustaz akan memperbetulkan mengikut level pelajar tersebut.

Jika anda mahu keterangan lanjut silakan menghubungi saya melalui email atau bahagian “comment”.

Permisi.
Assalaamua’laikum dan salam percintaan.

Alhamdulillah …. Dah Sampai ke Kampung Halaman …

Friday, June 13th, 2008

Syukur kepada Tuhan kerana saya sudah selamat tiba ke pangkuan keluarga tersayang. Harapan saya agar dapat mencurahkan bakti kepada kampung dan pekan tercinta. Tunggu berita selanjutnya ! Ada projek bisnes ! Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan kongsi, sila e-mail saya di fairuzhafeez[at]gmail.com.

Selamat Tinggal USJ, Selamat Kembali ke Darul Iman.

Tuesday, June 10th, 2008

Setelah 2 bulan 8 hari di USJ, saya telah selamat sampai ke Terengganu dan kini berada di Paka. Baru sahaja menziarahi keluarga emak saudara saya, Untie Sue Kiah di Paka. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan pada sifoo Ken, Abg. Joe, Ekamil, Awe, Aris, Adi dan Ajim (Kronies Infinity). Terima kasih pada 2 pupu saya, Nazri bin Abdul Taib, “Syeikh” Nasir, Abby yang banyak membelanja saya. Tidak lupa pada semua yang pernah dijodohkan dengan saya dalam pertemuan walaupun singkat.

Segala kenangan di USJ akan dijadikan azimat dan pedoman. Walaupun singkat tetapi banyak yang saya pelajari di sana. Biarpun kadang-kadang terpaksa “berpuasa” hingga ke malam tetapi ilham mencurah-curah kerana otak tidak perlu berfikir untuk memproses makanan. Terima kasih juga pada “muazzin” yang hampir menampar saya tetapi akhirnya sampai juga cinta saya kepada dia. Maafkan saya atas kekhilafan dan segala khilaf pak cik saya jadikan sempadan.

Kepada Ken, Tim, Melissa, Kelly, Christ, Khew, Arjuna, dan juga “Nirmala” yang tidak sempat membelanjakan saya, semoga kamu semua beroleh hidayah dari Tuhan kita yang Maha Esa. Kepada Cinta @ Jasnita semoga anda akan ditolongi oleh sesiapa yang mampu untuk membebaskan anda dari penjara Sungai Buloh dan hidayah Allah sampai juga kepada anda.

Terima kasih pada Sofy yang tabah kerana menumpangkan saya hingga ke Dungun. Semoga Sofy sentiasa bahagia bersama keluarga. Kepada Syed Roslan, kamu semestinya sahabat yang istimewa dan akrab.

Pendek kata, terima kasih kepada cinta dan benci yang telah saya proses menjadi cinta yang haqiqi. Insya-Allah.

My Own Bookmarks - Ready To Buy !

Saturday, June 7th, 2008

Okay ! Maka dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan kempen “Fair’s Bookmark 4 Fair’s Notebook”. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan penanda buku ekslusif dari saya bolehlah menempah dengan membuat bayaran melalui akaun Maybank2u 1630 6411 1839 dan insya-Allah penanda buku akan dihantar melalui pos dalam masa 7 hari bekerja.


(Sila klik untuk gambar yang lebih jelas)

Sila letakkan pesanan ada pada komen di post ini atau gunakan fairuzhafeez[at]gmail.com sebagai benefiary e-mail semasa membuat bayaran menggunakan Maybank2u. Harap dapat e-mailkan sekali nama dan alamat anda dengan tepat ke alamat e-mail tersebut.

 

 

Harga adalah seperti berikut (temasuk bayaran pos):

5 keping = RM 5.00
8 keping = RM 7.50
11 keping = RM 9.00

Harga promosi ini adalah sah sehingga 31hb. Julai 2008.

Tujuan jualan ini adalah untuk mengutip dana untuk membeli sebuah laptop bagi memudahkan saya memblog di mana sahaja.

Sekian, Berikan Sokongan dan Harapan Anda Agar Cinta Berkekalan !

Assalaamua’laikum & Salam Siber

Mohd Fairuz Mat Zin

HOW TO BE A SUPER BLOGGER (Part I)

Wednesday, June 4th, 2008

HOW TO BE A SUPER BLOGGER.

Congratulation ! Welcome to bloggersphere ! Here is no barrier, no limitation. So, you wanna go blog ? Here’s the 7’s rules to follow before you become a super blogger.

Do you really go for it ? Let’s start !

1. Writes in the power of love.
You’re now a love agent, so, you must spread the love and others who read your writing will spread the love to others and so on. So, if somebody ask why are you blogging, tell them you’re spreading the love.

2. Writing with your soul and heart.
Please make the writing reflect to who you are. Write with your soul and heart so the result will be miracle.

3. Attitude please.
Remember, you are writing about the attitude although you just write a story about mangoes and durians. When you spice your article with dirty word, please don’t angry when other say your are a dirty minded person.

4. Never writes for money and appreciation.
I believe majority of people think writing is how you deliver their knowledges and skills but wait if you believe that, you are wrong ! Writing also a part of art like the composer, musician and artiste do. You must deliver your knowledges and skills with the art of writing. Like the true art-man, they never ask for money and appreciation but when they make a good art, other pays and salute for it.

5. You’re responsible for what you wrote.
It’s free to writes anything but you must to responsible for what you are writing. If you are not sure about some facts don’t write it, but if you want to put it down please use “?” sentences.

6. Make research before you post the article.
Please make homeworks and check your article again and again. Avoid typing error so the readers know you are very perfectionist. Try to put new ideas and fresh info so it make others love to read your article.

7. Make your own branding.
Human always influence by their sifoo or idola. May be you can refer to any blogger’s writing style but it’s great when you have your own identity.

So, what are you waiting for ? Start blogging now and always implement all the 7’s rules. Let’s spread the love everywhere and anytime ! Remember, the love will come back to you ! Believe it !

[ HOW TO BE A SUPER BLOGGER (Part I)
by Mohd Fairuz Mat Zin - http://fairuzhafeez.com ]

Dia yang Ku Sayangi Telah Pergi Tak Kembali Semasa Hari-Hari Terakhirku di USJ 14 Court 7

Friday, May 30th, 2008

Salam semua, sebenarnya hari ini adalah hari terakhir sessi Penuntutan Ilmu dari Pusat Jaringan Siber Tanpa Had. Dan di hari terakhir ini aku dapat belajar PHP untuk membuat form Website.

Namun oleh kerana ada sedikit tugasan belum siap maka esok ku kerja juga dan mungkin beberapa hari lagi . Oleh kerana apokalips belum datang lagi maka sukar jugalah aku menyiapkan kerja-kerja aku ini.

Semasa aku menulis ini, Emak Saudara aku Mak De Nah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.  Dia amat menyayangiku. Bayangkan hanya beberapa tahun dahulu ketika aku berumur lewat 20-an dia Allahyarham masih lagi tega mencium pipiku.

Semoga Mak De Nah yang aku sayangi ditempatkan bersama para-para solehin dan solehah. Marilah kita sama-sama menyedahkan Al-fatihah untuknya.

Wanita Islam Penjual Nasi Lemak Takut Menjawab Salam !

Sunday, May 11th, 2008

Petang semalam saya lepak bersama Awe di rumah sewa.

“Awe, best kalau kau belanja aku makan ni”, aku cuba memancingnya seraya bergurau.

“Aku nak pergi KL le kejap agi”

“Nak ikut boleh ?”, aku sengaja acah-acah separa serius.

“Mana boleh… Ini private la”, kata-katanya membuatkan aku tahu dia nak dating.

“Aku nak suruh ko beli nasi lemak tapi jauh la pulak”, dia mengofferkan sesuatu.

Selepas itu terus aku setuju dan mengambil masa selama kira-kira 10 minit untuk sampai ke gerai nasi lemak itu. Setiba di sana aku perasan yang gerai nasi lemak itu pernah aku ke temu sebelum ini dan aku tidak dapat mengonfirmkan yang akak itu adalah seorang Islam. Ini kerana cara pemakaiannya tidak menampakkan perbezaan dengan wanita bukan Islam.

Aku memberi salam.

“Assalaamua’aikum”, tiada jawapan, akak itu hanya memandang aku dengan rasa seperti kehairanan.

“Assalaamua’laikum”, aku memberi salam kali kedua dengan muka yang amat konfiden.

“Waa’aikummussalam”, barulah kedengarn suara akak tu menjawab salam.

Hahh… jawab juga. Aku hairan sebab salam aku yang pertama memang jelas. Takkan dia tak dengar.

“Adik mesti confuse akak ni orang mana.”
“Minta maaflah tadi akak tak jawab salam. Akak jawab dalam hati je. Sekarang ni macam-macam. Ada yang nak buat sesuatu kat kita”

“Pukau ?”, aku menduga.

“Lebih kurang macam tu la dik”

Aku tergaru-garu fikirku (walaupun tak garu kepala). Setelah berborak beberapa ketika aku membawa pulang 4 bungkus nasi lemak seringgit. Akak itu juga telah menunjukkan kad nama yang digantungkan di tiang payung yang sebelum itu terbalik (tidak nampak)

Peristiwa ini membuatkan aku terfikir. Masyarakat Islam sekarang tidak membudayakan salam. Salam seharusnya diberikan kepada orang yang kita kenal ataupun yang tidak kenal. Salam adalah senjata orang mukmin. Melalui salam kita menyebarkan cinta sesama saudara Islam. Kita saling mendoakan kesejahteraan kita bersama.

Oleh kerana tidak dibudayakan maka apabila ada yang memberi dalam situasi tertentu mungkin akan membuatkan mereka yang diberikan salam tertanya-tanya apakah tujuan tersebut.

Marilah kita sama-sama membudayakan salam dan menyebut salam secara betul ( [laa] 2 harakat dan [a’ dengan sebutan huruf ‘ain), jelas serta menanamkan dalam hati maksudnya “Selamat sejahtera ke atasmu!”. Ingat ! Salam amat penting bagi kita dan jangan biarkan ia hanya sekadar adat yang akan digantikan dengan “hello”, “hai”, “wei”, “woi” atau ” belum mampus engkau rupanya”.

Permisi,

Assalaamua’aikum !

Apa yang Fair buat di USJ ?

Monday, May 5th, 2008

Baiklah, mesti ramai yang tertanya-tanya gerangan apa buatku ke mari ? Ramai juga yang “geram” sebab apa Fair datang ke USJ. Sebelum tu Fair minta maaf dan ampun. Bukan sengaja nak kerek tetapi nak suruh u all korek. Yes ! Correct x 5 !

He he .. sempat lagi menyindir tu. Okeylah .. Fair datang USJ ni kerana belajar untuk membuat website dan printing (termasuk baju dan mug). So, lepas ni kalau ada yang nak tempah website tu bolehlah hubungi Fair ya. Sekarang pun boleh, tapi kena minta tolong orang lain la, belum khatam lagi.

Fair sebenarnya telah membuka satu syarikat multimedia di Terengganu bersama dengan seorang kawan, Hery atau Hair namanya. Asalnya kita merancang untuk membuka lebih banyak penyertaan dari kawan tetapi oleh kerana ramai yang nak kerja makan gaji maka kompeni tu tak ader kaki. Sebab itulah ku kemari.

Okey.. harap penjelasan ini memuaskan hati semua pihak. Bukan niatku untuk bersembunyi. Di kesempatan ini, Fair ingin mengucapkan terima kasih banak-banyak kepada yang mengunjugi blog ini terutamanya yang selalu datang menjenguk Fair. Kalianlah yang menguatkan semangat Fair untuk menulis.

Oh ya ! Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Fair tidak meletakkan gambar yang terang untuk tatapan. Entahlah, rasa cam nak low profile pulak. Ke tak boleh ? Nantilah Fair buat survey kalau sempat. Macam-macam la …

Sehingga jumpa lagi ! Salam sayang !

My New Blog http://fairuzhafeez.com

Monday, April 14th, 2008

Assalamualaikum dan salam siber !

Alhamdulillah, hari ini 14hb. April 2008 saya telah berjaya melahirkan kembali blog saya setelah dipedajal oleh pihak-pihak yang mengsabotaj blog lama di blogspot.

Insya-Allah dengan keredhaan Tuhan, blog ini akan terus aman dan selamat daripada gangguan pihak-pihak yang tidak rasional. Selagi ada sokongan dan harapan, selagi itulah saya akan menulis. Semoga apa yang diusahakan oleh saya selaku penulis kerdil ini mampu menyuntik sedikit sebanyak kebaikan kepada masyarakat.

Anda berhak terus membaca dan bersiar di mana-mana ruang atau meninggalkan blog ini jika tidak dapat memerah apa-apa kebaikan dari blog ini. Jika anda memilih untuk terus anda membaca, anda berhak menerima atau menolak apa-apa yang dipaparkan di sini.

Blog ini merupakan blog peribadi saya tetapi akan diwarnai dengan pelbagai paparan seperti politik, seni, motivasi, artikel-artikel dan juga apa sahaja. Kepada yang ingin mengutarakan pendapat, pandangan, sokongan dan kritikan, dipersilakan dengan hormatnya. Cuma awas, jika anda tidak hormat atau kurang ajar maka sudah semestinya anda perlu diajar. Jika anda berpegang pada apa yang anda tuliskan sila nyatakan siapa anda bukan hanya menggunakan nama “anynomous”.

Baiklah, setakat itu sahaja dulu untuk post pertama kelahiran baru. Sehingga berjumpa lagi jika diizinkan Tuhan. Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang menyokong !

Mohd Fairuz Mat Zin