Archive for the ‘politik’ Category

Fairuz Hafeez Special Album - Launching on 4th. September 2008, insya-Allah !

Tuesday, August 26th, 2008

(Pre-Cover : Just for a while)

My Special Album will be launching on 4th. September 2008, insya-Allah! I try to sell a “Artistics Philo-sofy” or “Mesej yang menghiburkan”.

Sell ? Wait …

Dude.. Here’s the good news !
This track is free for download & distributed !!!
(Hope u don’t mind to give me some bulk if you agree to have another tracks)

It’s just 9 days from now !
So ! Keep waiting, The Sweep is Dancing !

Salam Cinta !

—————————————————————————

Satu Peperangan Belum Terlewat ! (A Never Late War !)
- Fairuz Hafeez

Di sebuah pulau sepi
Tiada penghuni

Ratu-ratu berperang
Sesama sendiri

Satu jentayu, satu garuda
Pantang merayu, adukan saja tenaga

[chorus]
Menikam sama-sama menerkam
Tak tau hitam, pitam lebam manikam
Bergentayangan bawah bulan dan bintang
Putra waja mendetik istana bayangan

Terpancut darah-darah
Menyembah kemucut

Keris karat mengecut
Segera terlucut

Cut!!!

Song    :   Fairuz Hafeez
Word   :   Fairuz Hafeez / Amar Route
Music  :   itU / Amar Route
Music co-ordinator  :   Fairuz Hafeez

Insiden yang lebih buruk akan berlaku di Permatang Pauh P044 ?

Tuesday, August 19th, 2008

(Gambar dari http://pinkturtle2.wordpress.com)

Carlah saya di tranungkite.net ya !

Saya menjangkakan akan berlaku insiden yang amat mengejutkan dan lebih hebat impaknya daripada insiden di Rusila semasa PRU 12 baru-baru ini. Saya harap semua penyokong, baik Pakatan Rakyat dan juga barisan Nasional janganlah emosional. Jaga kelakuan anda ! Jangan kerana kelakuan anda semua orang malu. Orang Melayu malu !

Jangka saya lagi, calon BN akan kalah seperti mana Chong Wei kalah straight set dengan Li Dan  di sukan Olimpik baru-baru ini. Anwar akan mendapat majoriti yang lebih daripada Wan Azizah perolehi semasa PRU 12 kecuali ada taktik yang tidak bersih digunakan semasa kempen. Tekaan saya, Anwar akan mendapat majoriti lebih 18, 000.

Kepada pihak polis, diharapkan meletakkan CCTV yang gambarnya jelas dan boleh dizoomkan di lokasi-lokasi panas agar memudahkan siasatan nanti.  Harap jumlah anggota polis yang mencukupi dibawa ke Permatang Pauh untuk memastikan sebarang kekecohan boleh diredakan lebih awal.

Kepada pemimpin BN di Permatang Pauh, inilah masanya anda semua meminta yang terbaik untuk kawasan Permatang Pauh. Jangan jadi seperti Kuala Berang yang tidak begitu bijak mempergunakan Pilihanraya Kecil untuk memacu kemajuan Kuala Berang.

Amat bertuah masyarakat di kawasan yang diadakan pilihanraya kecil kerana pelbagai janji-janji manis akan dihulurkan kepada mereka. Jadi gunakan PRK ini sebaik mungkin untuk menagih janji daripada pemimpin atasan. Cuma saya berharap janganlah janji dibuat hanya untuk menagih undi, berikan sahaja apa-apa yang patut diperolehi oleh rakyat Permatang Pauh tidak kira siapa pun yang menang.

Rakyat Permatang Pauh ! Adakah kamu semua berjiwa kental atau berubah prinsip sekelip mata ? Perubahan untuk rakyat Malaysia bermula daripada tuan-tuan dan puan-puan. Saya tidak pasti benar atau tidak akan ada perubahan selepas 16 September nanti tetapi mengikut perkiraan saya rakyat Sabah dan Sarawak mahukan perubahan setelah sekian lama tidak ada perubahan yang signifikan bagi saya.

Jika tuan-tuan dan puan-puan selesa dengan keadaan sekarang, tiada apa yang boleh saya katakan tetapi saya minta fikirkanlah masa depan Malaysia yang masih kelabu. Wawasan 2020 yang berbaki dua belas tahun lagi seolah-olah hanya tinggal angan-angan. Remaja kita tenggelam dalam hiburan yang melalaikan. Penduduk kampung terus tertekan apabila nilai wang terus mengecut. Saya cabar tuan-tuan dan puan-puan untuk merdeka dan berani membuat keputusan tanpa pancingan dan tekanan dari mana-mana pihak.

Kepada pemimpin Melayu UMNO, ramai-ramailah berhijrah ke PR untuk menyeimbangi agihan kerusi nanti. Lupakan dulu kedudukan yang tuan-tuan dan puan-puan ada sekarang sebaliknya fikirkan tentang rakyat. Seandainya ada nama-nama besar seperti Tengku Razaleigh, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Ahmad Said dan Shahril Samad turut berhijrah pastinya semua akan membuka mata dan terkejut. Apa pun, sudah namanya politik, segalanya tidak mustahil (saya amat mengharapkan mereka ini berhijrah walaupun seakan pengharapan yang merepek)!

Apa-apa yang terjadi pada September ini, diharapkan semua pemimpin Melayu bijak berpolitik selepas ini dan bukan dikuasai oleh emosi bila bercakap dan berhujah. Jika pemimpin di dewan parlimen yang mulia dikuasai emosi janganlah hendak disalahkan penyokong yang bertindak diluar batasan kerana geram dengan ketidakadilah.

Sebenarnya, sama ada BN atau PR yang memerintah, bangsa Melayu akan terbela sekiranya pemimpin Melayu pandai berpolitik dan tahu apa itu amanah dan tanggungjawab. Biar di mana anda berdiri, jadilah pejuang dan pemimpin yang adil. Masa depan agama, bangsa dan negara di tangan anda ! Masa depan anda di dunia dan di akhirat pula bergantung dengan kepimpinan anda !

Harap PRK kali ini tidak menjadi Pilihanraya yang membuatkan kita malu untuk mengikutinya atau bahasa omputihnya : Shy Pool.

Salam cinta !

Nota I : Artikel ini bebas dieksploitasi, disunting, ditukarnama penulisnya dan ditulis semula untuk disebarkan kepada sesiapa sahaja melalui apa-apa medium.

Nota II : Saya mengharapkan jangkaan saya mengenai keburukan  akan jauh meleset. Semoga PRK ini akan berlangsung secara anak jantan yang adil dan terkawal.

Mohd Fairuz Mat Zin
http://fairuzhafeez.com

Nik Aziz Terima Anugerah Nobel Asia

Sunday, July 27th, 2008

Haron Din kagum Mursyidul Am PAS terima Anugerah Nobel Asia
(Daripada Laman Rasmi PAS)

Oleh : Intan Abdullah
Saturday, 26 July 2008

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr. Haron Din melahirkan rasa kagum atas penganugerahan hadiah nobel keamanan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Gusi Peace Price Foundation.

“Saya berasa amat terharu kerana penghargaan ini datang pada waktu dan saat umat Islam di Malaysia dan Asia melihat suatu perkembangan baru umat Islam di rantau ini yang mula meniti kejayaan khasnya bagi pejuang Islam di Malaysia,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

“Sememangnya wajar tokoh itu diberi penghargaan, namun saya sangat yakin bahawa tuan guru tidak pernah mengharapkan anugerah itu kerana beliau lebih menghargai anugerah daripada Allah yang telah meletakkan beliau sebagai pejuang Islam yang beristiqamah, dedikasi dan komited dengan perjuangannya,” katanya lagi.

Kejayaan tersebut ujarnya tidak dapat dipisahkan dengan sumbangan besar ulama’ tersohor itu yang banyak menghasilkan karya, buku, mengajar, memberi pandangan yang kesahihannya menuju ke arah pembinaan ummah berteraskan Islam.

Baca lagi di http://pas.org.my


Fair : Tengok tu, Anugerah Nobel tu .. ingat senang ke mau dapat ? Inilah apabila pemimpin melaksanakan amanah Allah dengan sebaik-baiknya dan penuh istiqamah. Diharap lepas ini ramai pemimpin yang mengikuti jejak langkah Nik Aziz. Pada yang belum tahu sangat pasal Nik Aziz boleh search kat Youtube.

Saya sebelum ini pun ada mengupas mengenai Nik Aziz dan pentadbiran PAS Kelantan. Inilah sebabnya kenaa orang-orang Kelantan tidak mudah diberi segala apa untuk merampas Kelantan dari pemerintahan ulama.

Cuma saya terkilan kerana ada juga pihak yang ingin memburukkan nama Nik Aziz. Ramai pihak ingin mencari keburukannya.

Untuk apa ? Entahlah…

Apa pendapat anda yang cerdik pandai ?

Rasakan Ko Anwar ! Hero bela rakyat kunun !

Thursday, July 17th, 2008

Nota : Kalau nak komen pun sila baca sampai habis ye ! Jangan berlagak pandai nak bagi komen maki aku walaupun tak pernah hantar satu artikel pun kat Tranungkite.net. Untuk yang baca kat blog aku sila malam nanti ke Tranungkite.net untuk hantar komen. Cari je nama aku “fairuzhafeez” tapi kena tunggu sebab mungkin editor tak lulus. Blog aku tak de orang masuk. Kawan-kawan je.

————————————————————————

Assalamualaikum dan salam cinta semua !

Sekarang ni sure kecoh seluruh Malaysia dari lobi-lobi parlimen hinggalah ke warung kopi Mak Teh Kg. Buluh perihal Anwar ditangkap. Tranungkite.net pun pasti berdozen artikel pasal Anwar ditangkap. Ni lagi satu artikel “sampah” buat tuan puan baca.

Anwar…. Anwar …. Anwar …. Kesian ko ye ! Rasakan ko Anwar ! Ko nak sangat jadi herokan ? Gentelmeng kunun. Sekarang ko merasa la akibatnya. Orang suruh ko bermuhabalh banyak pulak ko punya helah. Takut apa kalau ko tak salah. Berani kerana benar, takut kerana salah !

Bleh aku nak tanya satu soalan kat ko ? Apasal dalam debat pasal turun minyak tu ko lawan habis-habis ? Sikit-sikit dah la no. Ni nak menang jugak. Ko tahukan Si Shabery tu dah taruhkan jawatan dia sebagai Menteri Penerangan (baru je 100 hari lebih sempat rasa) untuk berdebat dengan ko ? Alih-alih … sedap pulak ko berhujah. Aku pun heran, ramai pulak yang tepuk tangan masa ko berhujah. Kalau dalam sembahyang jemaah, itu tandanya ko ada salah baca. Ko ade salah baca fakta ke ?

Aku pun lagi-lagi la heran, Shaberry tak suruh ke orang-orang dia jangan bagi “tiket” penonton studio banyak sangat kat pembangkang. Nasib baik RTM 1 tak siar secara langsung, ye la aku rasa (klu aku fikir guna akal singkat) orang-orang kampung ni mungkin cepat terpengaruh dengan sorakan dan tepukan di studio. Dulu masa aku tengok rancangan Muzik-Muzik carta Mingguan pun, ada sorang yang duduk kat tepi pentas minta kitorang tepuk kuat-kuat kunun nak bagi happening, nak tunjuk meriah kat studio, padahal dok la sangat. RTM aku tak tahu la ada ala-ala TV3 ke tak ?

Anwar, Anwar .. ko tak serik-serik ke duduk dalam penjara ? Tak ingat lagi ko kena telanjang, tumbuk sampai lebam biji mata, kurus kering cengkung ? Sampai sekarang pun aku tengok ko ni macam tak bermaya je. Nasib baik dapat gi berubat kat Oversea. Kena terima kasih kat Kerajaan Islam Hadhari pimpinan Pak Lah no. Dapat juga ko bersiar-siar cari ilham kat Oversea lepas kena bebas.

Dulu aku ingat mati-mati cam logik je apa yang Mahathir cakap : ko tumbuk diri sendiri kat mata ! Ye la .. Mahathirkan pemimpin genius. Takkan dia cakap main agak-agak je sedangkan Wawasan 2020 yang 30 tahun ke depan pun dia boleh agak (Errr .. sempat ke Najib amik masa 10 tahun dari 2010 -2020 untuk jadikan Malaysia negara Maju seiring Wawasan 2020 ?).

Aku ingat ko pakai make-up artis untuk buat kesan khas kat mata ko tu, ala-ala skil mekap artis Anak Pontianak yang ada orang tak takut pun tengok. Alih-alih bila Suruhanjaya Khas DiRaja siasat (tu pun dah berbuih mulut rakyat minta wujudkan), barulah aku tau yakni Otaimer, Bekas Ketua Polis Negara yang tumbuk ko.

Heheh ! Nasib baik ko tak mampus Anwar ! Tuhan masih redha ko hidup atas bumi Malaysia ni. Kalau ko kena pukulan TKO masa tu (bukan TranungKite Online tau!) kelam-kabut Mahathir nak jawab dengan orang kampung nanti.

“Save and sound” lagi ke ko kali ni Anwar ? Malam tadi ko tidur mana ? Atas tilam tanpa cadar atau atas simen ? Ke ko tak sempat nak tidur sebab banyak sangat soalan nak tanya kat ko ? Mungkin diorang rasa teruja kot… Ye la .. bende-bende begini… Ala .. dulu gambar kes polis adik Nurin yang klasifikasikan sebagai “sulit”, “tak tercapai akalmu” dan “mengguris perasaan” pun tersebar kat umum. Gambar-gambar Allahyarham Nurin yang disiksa secara seksual. Err… dapat tahu ke siapa punya angkara ? Aku baca paper, otai polis cakap bahan bukti (gambar nedah siasat adik Nurin) tu dalam simpanan orang-orang yang ada akses ke bahan bukti.

Siapa yang ade akses selain dari polis ? Ntah la .. takkan Ah Seng tukang cuci gambar pun ada akses ? Bandingan je la … aku tak tahu la nak kata polis yang sebarkan. Kan fitnah pulak. Nantikan aku pulak kena bagi statement dan soal siasat sebab buat tuduhan tanpa bukti. Sibuk sangat pasal kes liwat ko. Sharlinie apa cerita ? Mawi pun tak tahu alkisahnya. Kadang-kadang aku terfikir lagi penting kes liwat ko je dari kes diorang. Ni aku terfikir-fikir je. Korang jangan la ikut aku.

Macam ko Anwar pelik sikit, selalu ko je yang terkena. Kau report pasal orang lain pun kena, orang repot apsal ko pun ko terkena. Nasib ko lah Anwar. Nak jadi Hero mesti la sakit dulukan. Ko mesti suka tengok citer Tamil, hero kalah dulukan. (Ala aku tahu .. sebab tu ko tahu joget India sket depan kaum India masa berkempen di Ijok tu. Aku nak bagitau, setakat joget biasa macam tu, aku pun tahu!).

Nantilah aku sambung pula Anwar. Aku lepas geram cam ni pun bukan seluruh Malaysia baca pun. Kalau seluruh Malaysia baca pun, bukan semua boleh berfikir secara ilmiah. Ko paham-paham je la mentaliti sebahagian kecik orang Malaysia. Asal selesa je. Cukup makan tak pe la. Kekal je kerajaan yang ada. “Naik minyak pun tak pe, harga minyak seluruh dunia naik “, kata salah seorang pro kerajaan bila aku tanya setuju ke tak minyak naik. Tak pe la, keje gomen, pangkat tinggi, tak la kurang duit. Orang kampung cam aku nih gane la gamaknya. Aku nak isi minyak EX5 aku pun takut. Sebotol saiz botol cuka besar tu (x sampai 700 ml) pun RM 2.60.

Selagi orang Melayu bawahan tak pandai berpolitik macam orang Cina selagi tu la orang Melayu terus layu ! Nak harap siapa boleh ubah ? Belajarlah dari orang Cina. Jangan taksub sangat dengan politik sempit. Ingat! mengalah bukan kalah, bertegang tak semestinya menang.

Cukuplah dulu, nanti banyak pula bil api kena bayar ni. Kalau aku rajin aku sambunglah kat blog aku ye !

Salam permisi !

Minta maaf ye kalau ada yang terasa ..

Kak Zah, doa untuk Bang Nuar ye … kalau betul Bang Nuar tak salah, Doa orang terniaya amat makbul.

http://fairuzhafeez.com

“Hidup Melayu!”
“Cemelang, Gemilang, Tebilang!”

ps : Jangan saman saya, saya tak ada duit, tapi saya ada prinsip.

ps 2 : Sebut pasal komen dan maki cara tak berapa cerdik ni kat Cari Idol : Rancangan realiti Internet di Forum Cari pun aku kena, jangan tak percaya, aku pun peserta juga. Nak baca sila ke sini, tapi tak yah la undi aku sebab aku bloggers, undi secara adil ya! Biasa la manusia, suke berlagak bagus kot. Tapi ramai yang tahu tatasusila menulis.

PAS dipergunakan oleh DAP dan PKR ? (Bahagian 1)

Sunday, July 13th, 2008

Ada dakwaan yang mengatakan PAS telah membiarkan mereka dipermain-mainkan oleh DAP dan PKR. Slogan “Membangun Bersama Islam” yang dilaungkan dulu dilupakan oleh PAS semata-mata untuk “memadu ikatan” dengan DAP. Perjuangan PAS didakwa terpesong kerana telah meninggalkan agenda perjuangan asal mereka.

Sebelum kupas panjang-panjang, mari kita lihat dulu tafsiran “Negara Kebajikan”. Negara Kebajikan adalah negara yang menjaga rakyat dengan tidak membebankan rakyat dan memastikan rakyat dapat hidup dengan bahagia walaupun mungkin hanya sederhana. Negara Kebajikan tidak perlu berlumba-lumba untuk gah pada nama sedangkan rakyat marhein tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Apa pula maksud “Negara Islam” yang diwar-warkan dulu oleh PAS yang dulunya dikecam hebat oleh Karpal Singh ? Adakah sama dengan pengisytiharan Malaysia sebagai “Negara Islam” (baca “Negara Islam Hadhari”) oleh Najib sebelum ini yang nyata tidak dikecam langsung oleh DAP/Karpal. Apakah bezanya, adakah “Negara Islam” PAS amat merbahaya kepada orang bukan Islam dan “Negara Islam” UMNO sebaliknya ?

Karpal, saya tahu dan faham anda adalah peguam undang-undang pinjaman British yang tinggi ilmunya dan disegani tapi sejauh manakah anda faham dengan undang-undang Islam ? Saya kira anda perlu segera menerima undangan Nik Aziz ke Kelantan untuk melihat bagaimana bangsa-bangsa yang berbeza atau lebih tepat lagi penganut-penganut agama yang berbeza dapat hidup harmoni antara satu sama lain.

Bersambung (jika ada permintaan)

“Goyang Inul” di Terengganu, Kapan akan Kembali ?

Monday, June 30th, 2008

Artikel ini juga boleh dibaca di tranungkite.net

Artikel ini juga boleh di  baca di tranungkite.net

Kehalusan, Kesenian dan Ketegasan Nik Aziz

Kelantan Darul Naim, sebuah negeri yang berada di bawah pemerintahan PAS selama 18 tahun. Negeri yang digelarkan Serambi Mekah ini masih tidak mampu dirampas kembali oleh BN walau dengan slogan “Tahun Merawat Kelantan” dan “Pade Doh 18 Tahun”.

Berbagai faktor yang menyumbang kepada penerusan pemerintahan PAS hampir 2 dekad. Apapun sebabnya, saya pasti faktor terbesar yang menyebabkan pimpinan Kelantan digugat ialah kerana kehalusan dan kesenian Nik Aziz tanpa meminggirkan ketegasan dalam hal-hal yang penting. Nik Aziz yang sudah matang benar berpolitik amat tegas dalam isu-isu yang melibatkan prinsip. Dia juga tahu bagaimana untuk menjawab isu-isu dahan dan ranting yang lain. Seringkali dilihat jawapannya bersahaja tetapi penuh makna dan “makan dalam”.


Perbankan Islam disambut Baik oleh Bukan Islam.

Sistem bank, pajak gadai dan hiburan semuanya diperbaharui versinya menurut konteks Islam oleh Nik Aziz. Mengejutkan, bukan sahaja orang Islam yang menggunakan sistem Islam ini tetapi orang-orang bukan Islam pun turut berminat. Tidak usahlah berputar otak hingga terkehel saraf tunjang untuk mencari jawapannya, bukankah cara yang dinyatakan mengikut al-Quran dan al-Hadis itu adalah yang sempurna ?

Tapi sayang, sejuta kali sayang, sistem perbankan warisan penjajah masih digunakan oleh kita walaupun selepas separuh abad merdeka. Apakah sistem penjajah lebih bagus jika hendak dibandingkan dengan sistem penjajah ? Mengapa kita masih dijajah untuk menjulang sistem riba yang nyata diharamkan oleh Islam ? Syukurlah kini sistem perbankan secara Islam tumbuh bak cendawan selepas hujan, setelah Nik Aziz bertindak memindahkan wang kerajaan negeri dari perbankan riba ke perbankan Islam.

Jika anda melihat cara kehidupan Tok Guru, sememangnya amat sederhana. Ada yang menyatakan Tok Guru sendiri yang membancuh air untuk tetamunya ! Jika anda tidak percaya tentang kesederhanaan Tok Guru bolehlah anda merisik daripada orang yang pernah berjumpa dengan Tok Guru atau saya cadangkan anda pergi sendiri bersama-sama Karpal Singh.


Hiburan Melaghakan Kembali Mewarnai Serambi Mekah ?

Cuma yang saya hairannya, mengapa BN masih lagi hendak merampas Kelantan. Biarlah Kelantan hidup alam suasana Islamiknya. Apakah tidak moden atau jumud bila tiada konsert-konsert hiburan yang mendedahkan dada atau tarian berahi ditambah pula dengan percampuran lelaki dan wanita secara bebas ? Apakah manusia akan tidak dapat menghilangkan tekanan hidup jika tidak dapat berjoget dandut atau berdansa salsa sehingga hampir Subuh ?

Kita telah tertipu sebenarnya. Nilai-nilai murni telah menjadi sesuatu pelik bagi kebanyakan orang. Bertudung labuh sehingga menutupi dada telah dianggap ketinggalan dalam berfesyen. Artis-artis yang seksi bagai nak mati dipuja dan dijadikan idola. Majoriti manusia menilai kejayaan hidup dari segi material dan wang. Agaknya wang dan emas berlian boleh dibawa masuk ke dalam lubang kubur kot ?

Apakah perancangan BN sekiranya Kelantan berjaya dirampas kembali ? Adakah rakyat akan didodoikan kembali dengan konsert-konsert hiburan seperti yang berlaku di Terengganu Darul Iman ? Saya masih ingat di awal pertukaran kuasa dari PAS ke BN dulu, konsert nasyid disuakan kepada warga Hulu Terengganu. Di Padang Astaka bergemalah alunan nasyid serta suara Mat Over untuk sesi warm-up hiburan. Ahhh.. itu baru permulaan. Setelah beberapa tahun, Padang Astaka menjadi medan Hotlink untuk mempromosikan artis Akademi Fantasia. Gembiralah anak-anak dara Terengganu dapat bergambar mesra dan bersalam dengan artis lelaki.


Menyanyi dan Menari, Hiburan Hari ke Hari

Kedahagaan rakyat untuk hiburan telah diatasi oleh kerajaan pimpinan Idris Jusoh melalui slogan “Islam Hadhari, Terengganu Bistari”. Tidak cukup dengan itu, did alam pertandingan karaoke kecil-kecilan di kawasan sekitar bawah Jambatan Gaung, lagu “Goyang Inul” telah diperdengarkan oleh seorang peserta akhir dan juga seorang penyanyi undangan dan sudah tentu ada aksi goyangan ala Inul walaupun tubuh mereka tidak semontok Inul.

Beberapa bulan yang lepas, UMNO Kuala Terengganu juga tidak mahu ketinggalan dengan menganjurkan pertandingan karaoke yang bebas disertai pemuda mahupun pemudi bagi menjulang martabat hiburan di Terengganu. Oh ya, lupa nak bagitau, di satu pertandingan karaoke Kelab Peminat artis realiti pula memaparkan aksi goyang Inul melalui seorang kanak-kanak perempuan yang saya kira berumur 9 tahun. Pendek kata, cukup banyak majlis hiburan waima pertandingan karaoke ataupun persembahan artis. Terubatlah “sengsara” rakyat Terengganu semasa di bawah pemerintahan PAS (setahu saya, tidak ada persembahan artis atau pertandingan karaoke).

Sekarang, zaman Idris Jusoh telah berlalu, bagaimanakah pula corak hiburan sebagai makanan rohani rakyat Terengganu di bawah teraju Ahmad Said ? Adakah A. Said membuat pendekatan yang berbeza ? Anda lihatlah di dinding-dinding warung, kain-kain rentang dan lain-lain, ada atau tidak hebahan tentang hiburan ? Sekadar pengetahuan anda, pada Sabtu lepas, 28hb. Jun 2008, Hotlink telah datang lagi ke Kuala Berang dan semestinya dengan hiburan.

Kita tunggu dan lihat, konsert apa lagi yang akan datang ke DARUL IMAN !

( Fakta dari : Bekas Johan Pertandingan Karaoke )

Dengarkan Ini Bicara - Selepas Piliharaya Umum ke 12 Berakhir

Monday, May 12th, 2008


Artikel ini juga boleh dibaca di http://tranungkite.net

Dengarkan Ini Bicara - Selepas Piliharaya Umum ke 12 Berakhir

Saya menyeru kita pihak Barisan Rakyat bijak menjaga tingkah laku kita. Biar kita menang dengan rasa wibawa tanpa mendabik dada. Kita kena bekerja lebih kuat sehingga PRU 13. Buktikan bahawa negeri-negeri lain yang dimenangi kita sedamai dan seteguh kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz.

Kepada kaum Cina, India dan kaum-kaum lain, marilah kita terjemahkan kesemuafakatan bersama kaum Melayu kepada semua di atas kapal-kapal baru kita. Pastikan kapal kita tidak karam biarpun ombak bergelora. Marilah kita buktikan bahawa barisan kita lebih akrab dan lebih erat dalam mewujudkan sinar baru kepada negara Malaysia yang kita cintai.

Kepada para pemimpin, tidak kira Barisan Nasional atau Barisan Rakyat, kekuatan yang lebih seimbang di dalam dewan rakyat boleh dipergunakan untuk membataskan diri dari bersikap sambil lewa dan mengenepikan amanah. BN adalah cerminan BR dan BR adalah cerminan BN. Beradulah dengan profesional dan kebenaran ke arah Malaysia yang Gemilang, Cemerlang dan Terbilang.

Pemimpin-pemimpin kami, bersama-samalah menanam iltizam dan tekad untuk menjalankan amanah rakyat dengan perjuangan sebenar yang pastinya akan disambut dengan linangan airmata kesyukuran kami, rakyat Malaysia.

Kepada Rakyat Terengganu, hamba menyeru agar kita sama-sama berani berubah seperti rakyat di negeri lain. Jika rakyat negeri lain berani berubah mengapa kita rakyat Terengganu harus masih menyimpan rasa bimbang dan ragu. Luaskan lagi penerimaan diri ke atas apa yang bakal dibuktikan oleh Barisan Rakyat di negeri-negeri yang telah berjaya dimenanginya.

Renungilah dan fikirkanlah apa yang terlintas di dalam benak Nik Aziz tatkala titisan airmatanya gugur kala berdoa.

Ayuh semua rakyat Terengganu sambutlah tangan Barisan Rakyat di PRU 13 ! Kami bukan ingin bermusuhan sesama kita tapi kami ingin kita bersama dengan keredhaan-Nya.

RAKYAT MALAYSIA ! Sambutlah cabaran kami, berani untuk berubah. Buktikan kita semua BERANI BERUBAH dengan memberi peluang kepada Barisan Rakyat di PRU 13 !

Ikhlas dari :
Seorang penyokong kerdil Barisan Rakyat

Nota : Seruan ini tidak mempunyai hakcipta dan bebas diubah nama dan diedarkan (kecuali gambar yang tidak diketahui pemilik asalnya).

Tuan Guru, airmataku mengiringi airmatamu, perjuangan kita belum selesai !
Namun ia semakin manis !

Kemelut Tengkujuh

Monday, May 12th, 2008

Selepas tengkujuh berlalu
tiada lagi gemuruh dikalbu
tiada lagi cuaca celaru

Selepas tengkujuh berlalu
kita sucikan permaidani
kita bebatkan tebing-tebing merekah
kita ubatkan umbang-ambing serakah

Sebelum tengkujuh bermula
Pilih kapal yang mana satu ?
Samudera mana dituju ?

Mohd Fairuz Mat Zin

Karpal Biadap ? Mungkin tidak !

Tuesday, May 6th, 2008

Yang Tersirat

Ya … Sudah meletus kemarahan orang ramai. Di dada akhbar 2,3 hari ini akan sentiasa dipaparkan kupasan dan komen tentang tindakan Karpal yang “celupar” mempersoalkan kuasa Sultan. Peluang dah ada untuk dipolitikkan, apa lagi, serang je la.

Benarkah Karpal celupar ? Karpal sebagai seorang peguam yang tahu undang-undang sebenarnya memberitahu mengikut perlembangaan setakat mana kuasa Sultan-sultan di negeri masing-masing. Hmmm…. masa Pak Lah, peguam negara dan Idris Jusoh membantah raja, tidaklah pula kecoh. Alih-alih bila Karpal bercakap, kecoh pulak. Dulu pun berkobar-kobar mereka menyerang Kit Siang kerana mempertikaikan perlantikan Nizar sebagai MB Perak.

Cuba perhatikan cara Karpal mengeluarkan kenyataan. Bagi saya masih berlapik. Karpal hanya memberitahu perkara yang sebenar. Hakikatnya, siapa yang mengurangkan kuasa Sultan ? Adakah kedudukan Sultan dari dulu hanya sebagai penasihat ? (Karpal ni tahu 100% ke tentang undang-undang tubuh negeri ?).

Buka Minda Anda

Bila terjadi benda-benda macam ni barulah kita terfikir, oh begitu… oh begini… Sebelum ini kita tidak tahu keadaan yang sebenar. Menyedari kuasa Sultan yang terhad inilah, mereka bermati-matian pada awalnya untuk mempertahankan Idris sebagai MB Terengganu (pilihan Pak Lah) kerana mereka tahu mereka boleh menggunakan undang-undang.

Saya difahamkan jika Idris mahu juga menjadi MB, kerajaan negeri Terengganu mungkin akan tiada MB selama 90 hari sebelum MB dapat dilantik tanpa persetujuan Sultan. Ada juga yang mengatakan Sultan Terengganu berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri pada bila-bila masa walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri. Apa yang menghalang mereka ialah kerana kebangkitan rakyat yang tidak mahu kedaulatan Sultan diperlekehkan. Mungkin mereka yang menyokong Idris sedar, mereka hanya menyediakan “kubur” politik buat mereka jika masih mahu ingin menentang kedaulatan Sultan. Ini kerana rakyat Terengganu berdiri di belakang Sultan tanpa memikirkan soal politik.


Siapa yang menghakis kuasa Sultan ?

Baiklah, pertanyaan saya tadi, saya ulang kembali, siapakah yang bertanggungjawab mengurangkan kuasa Sultan ? Adakah semenjak merdeka, Sultan hanyalah penasihat ? Mungkin soalan ini boleh dikemukakan di blog chedet.com dan insya-Allah ada jawapan yang menyusul.

Apapun, cubalah kita menilai dengan realistik dan terbuka, adakah Karpal dan dulunya Kit Siang tidak menghormati Sultan Melayu. Cuba kita teliti, kemelut MB Perak dulu selesai dengan segera, kemelut pengarah JAIP pula lebih pantas diselesaikan (Karpal je sengaja bikin “kecoh” padahal dah setel). Kemelut yang berlarutan sebegitu panjang adalah kemelut MB Terengganu (saya cadangkan dimasukkan ke dalam Malaysian Book of Record.)

Bagi saya, Karpal dan Kit Siang hanya menyuarakan suara hati mewakili parti yang mereka wakili dan mereka sungguh pandai berpolitik. Mereka mesti bersuara kerana mereka berprinsip walaubagaimanapun mereka matang berpolitik. Cuba anda fikir, kenapa Karpal kecoh hanya selepas segalanya sudah selesai, setelah Nizam memohon ampun dari Sultan Perak ?

Adakah mereka biadap ? Jika ya, bagi saya ada yang lebih biadap iaitu orang Melayu sendiri yang menentang Sultan. Ini pendapat peribadi saya. Anda fikirlah sendiri.

Undang-undang Memperkukuhkan Institusi Raja

Sudah sampai masanya rang undang-undang dipinda untuk mendaulatkan kembali kuasa Sultan. Siapa yang berani mengusulkan cadangan ? Saya minta Khairy Jamaluddin atau Mukhriz mengusulkan cadangan ini. Bukankah UMNO memperjuangkan kedaulatan Raja Melayu. Cepat, siapa cepat dia dapat.

Masihkah kau ingat kata-kata bertuah Hang Jebat, “Raja adil Raja disembah (dipatuhi), Raja zalim Raja disanggah !”. Lupa ? Itulah, Melayu mudah lupa.. opssss … manusia mudah lupa !

Nota : Politik sekarang semakin complicated. Saya pasti ada yang tidak bersetuju dengan saya. Tidak mengapa, itu pandangan anda. Cuma saya minta, bacalah tulisan saya dari sudut positif. Kadang-kadang kita perlu reverse pshychology.

__________________________________________________

Artikel saya yang lain di www.fairuzhafeez.com : -

Artis Lelaki Berseluar Pendek Tanpa Baju 10 Tahun Lagi ?
Dakwah Allahyarham Loloq menerusi Aduh Saleha
Mahathir Kini Blogger - 1hb. Mei 2008
Lagu Istiqamah buat semua pemimpin Melayu
Insan-Insan yang Jiwanya Halus - Segera Berjuang !
Bedah Siasat PRU 2008 : 16 Sedekahku Buat UMNO

Mahathir Kini Blogger - 1hb. Mei 2008

Thursday, May 1st, 2008

Ya ! Antara percaya atau tidak, Mahathir sudah menyertai dunia blog yang tiada sempadan. Tokey Kasino Las Vegas boleh baca, Goerge Soros boleh baca, bekas pelajar MRSM Kuala Berang yang menunggu keputusan masuk U pun boleh, Pak Din dari Kampung Buluh yang bekerja kampung pun boleh dan Pak Teh yang menoreh getah pun boleh baca ! Semua boleh bacalah.

Saya juga tertanya-tanya kenapa tarikh 1 Mei dipilih untuk melancarkan blog tersebut ? Adakah kerana Mahathir ingin memberitahu bahawa dirinya masih bekerja untuk rakyat ? Mungkin juga Mahathir mahu mengurangkan bilangan pekerja yang akan berdemonstrasi pada hari tersebut dengan menyibukkan mereka membaca blognya (sekadar lawak).

Apapun, diharapkan Mahathir sentiasa ikhlas dan jujur dalam memblog. Jika ada yang tidak suka, boleh terus “berdebat” dengannya menerusi ruang komen atau terus membuka satu blog baru untuk anda. Saya juga berharap pembaca dibenarkan menghantar komen selagi blog tiu wujud.

Berikut adalah komen saya di blog Mahathir untuk post pertamanya (saya tidak pasti samaada telah diluluskan di blog tersebut).

Assalamu’alaikum. Selamat datang Uncle Mahathir (UM) ke dunia ketukan papan kekunci yang bisa mengalahkan kesan gegaran gunung berapi ! Harap UM sentiasa ikhlas dan sabar dalam memblog. Terus telus tidak seperti blogger politik yang lain yang terpaksa menutup komen selepas beberapa ketika membukanya.

Mengenai isu ini, hakikatnya memang telah nyata kerajaan itu lemah dan bukan hanya apabila kerajaan terpaksa “bekerjasama” dengan pembangkang dalam meluluskan apa-apa undang-undang.

Semua pihak kena berfikir secara terbuka. Mana yang baik, MP harus beri sokongan dan bukan hanya semata-mata “saya menurut perintah” atau keputusan parti.

Memang calon yang bertanding atas tiket parti tetapi ada juga yang diundi kerana personaliti mereka sendiri, oleh kerana itu mereka perlu bebas membuat undian.

Jika sekiranya kerajaan atau pembangkang perlu senada dengan keputusan parti masing-masing, itu bermakna selagi tiada pihak berjaya memenangi 2/3 kerusi parlimen, undang-undang tidak akan dapat diubah ! (lainlah kalau undang-undang yang sedia ada sempurna tiada cacat cela sepanjang zaman).

Sudah sampai ketikanya kita mesti lebih matang berpolitik, bijak berpencak.

“Berperang bukan bermusuh,
menahan bukan mematah,
selagi dibawah langit yang sama,
selagi masih bernyawa,
istiqamahkanlah jiwa!”

Mohd Fairuz Mat Zin
Satu Kelainan Pemikiran
http://fairuzhafeez.com

Sila ke http:/www.chedet.com

Lagu Istiqamah buat semua pemimpin Melayu

Wednesday, April 30th, 2008

Assalamualaikum,
Lagu ini telah lama saya cipta tetapi saya baru sahaja dapat idea untuk mengisi liriknya, khas untuk semua pemimpin Melayu.

ISTIQAMAH

Yang tertinggal hanyalah kasihku
Yang terkubur mungkinkah dendammu
Menghijau pohon yang ditanam
dikala kita bertemu
Dan layu bunga yang berkembang
mewangi sesuci cinta kala bersatu

[Korus I]
Santaplah santaplah
rindu dan cintaku
Rentaplah rentaplah
tangis dan gundahnya

Tataplah tataplah
suratan dirimu
Rataplah rataplah
khilafan dahulu

Bertamu tingginya harapan
Seiring pedoman azali ditentu
Bertemu jalan tak setuju
Terkupas rasa yang
hitam dan tak berpintu

[Korus II]
Santaplah santaplah
kurnia memburu
Rentaplah Rentaplah
jiwa nan cemburu

Getaplah getaplah
sejarah kelabu
Tetaplah Tetaplah
istiqamahkan kalbu

Santap Rentap Tatap Ratap
Santap Rentap Tatap Ratap

( Ulang Korus I & II]

Santap Rentap Tatap Ratap
Santap Rentap Tatap Ratap

Lagu : Fairuz Hafeez
Lirik  : Fairuz Hafeez
Jika ada yang inginkan penjelasan lagu ini, sila tinggalkan komen di
http://fairuzhafeez.com

BEDAH SIASAT PRU 2008 : 16 Sedekahku Buat UMNO

Monday, April 28th, 2008

(Daripada blog saya yang lama, post pada 13 Mac 2008)

Anwar Ibrahim Masih Relevan Malahan Makin Advance

Anwar masih dilihat sebagai bakal Perdana Menteri yang cukup karisma. Rakyat melihat beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat sementelah lagi beliau pernah dimalukan, ditumbuk, dihina, dipenjara dan di”telanjang”kan. Penderitaan yang dialami memberikannya gambaran relatif yang jelas terhadap nilai keselamatan, keamanan dan kemakmuran. Segala lumpur-lumpur di jasad beliau telahpun diBERSIHkan penderitaan yang beliau bisa maafkan.

Rakyat masih memikirkan Anwar patut menerima “bayaran hutang” yang telah dinafikan walaupun tinggal setapak lagi. Bukti bahawa Anwar tidak bersalah amat jelas setelah dia dibebaskan dan pengakuan Dr. M bahawa dia pernah menganiaya Anwar di dalam YouTube (Dr. M kemudiannya menafikan di televisyen dengan memberitahu ucapannya itu hanya sinikal / sindiran)


Tiada Perubahan Yang Signifikan

Peniaga merasakan keuntungan semakin kurang. Golongan muda yang belum mampan ekonominya ingin satu lonjakan ekonomi. Penganggur pula dambakan pekerjaan untuk sesuap nasi. Yang fakir amat miskin kekal dengan dangau yang atapnya bocor dan lantainya reput.


Duit yang Mengecil

Duit yang semakin merosot nilainya menbebankan rakyat hampir keseluruhannya. Di kota-kota besar, mempunyai dua kerja adalah perkara yang biasa. Keluarga yang ramai anak yang masih bersekolah pula seperti diperkotak-katikkan apabila masih perlu menyediakan ratusan RM walaupun menteri mendakwa telah memansuhkan yuran persekolahan.

Kosmetik, Kosmo dan Kos

Kerajaan begitu ghairah dengan projek-projek mega yang tidak nampak akan menguntungkan rakyat untuk jangka masa panjang apatah lagi untuk jangka masa pendek. Kerajaan yang dulunya menganggap pembangkang seperti roket rindukan bulan akhirnya turut mengimpikan roket untuk ke bulan. Tidak dinafikan projek kosmo ini menjadi penyuntik semangat kepada generasi muda namun sebahagian rakyat menganggap belum sampai masanya untuk “indah khabar dari rupa”.


Diskriminasi dan Intergriti

MIC dan MCA dilihat gagal memainkan peranan untuk membela kaum yang diwakili. Intergriti yang dilaung-laungkan juga nampaknya masih jauh untuk direalitikan (mungkin ketara semasa orientasi IPTA sahaja). Sensitiviti kaum lain tidak dijaga apatah lagi pemimpin Melayu menghunuskan keris tanpa sarung sewenang-wenangnya.


Komunikasi yang Gagal

Walaupun Pak Lah mengatakan sudi untuk mendengar realiti walaupun pahit namun hakikatnya semua yang di bawahnya hanya berani memberitahu benda yang indah-indah sahaja. Ketidaktegasan Pak Lah dalam isu-isu besar dan kegagalannya mengawal orang-orang bawahannya menyebabkan rakyat melihat Pak Lah kurang kredibiliti. Pak Lah juga menganggap tidak perlu lagi mendengar nasihat dari orang yang menyerahkan kuasa kepadanya.

Kritikan pembangkang pula hanya didengar sebagai satu usaha untuk menyalahkan dan mengajar kerajaan sedangkan kerajaan sudah ada cerdik pandainya sendiri.Pucuk pimpinan UMNO juga tidak menghargai sepenuhnya pandangan veteran-veteran UMNO yang dianggap sudah “pencen” sedangkan mereka orang yang lama makan garam dan gula.


Rakyat Sudah Penat

Rakyat sudah bersuara secara aman tetapi suara mereka dianggap sebagai pencemaran bunyi. Apabila merasakan pemimpin bukan lagi menjadi wakil bagi rakyat maka rakyat menafikan BN melalui pilihanraya. Bagi mereka itu adalah cara terbaik untuk mengajar BN.

Layanan Tidak Memuaskan Semua Kaum

Kekurangcerdikan pemimpin utama BN dalam menyelesaikan isu-isu sensitif seperti Shi Ciu (Betulkan jika namanya silap) dan juga Hindraf menjadikan isu itu dilihat menggambarkan kelemahan layanan kerajaan terhadap golongan-golongan tertentu.

Media yang Meloyakan

Tiada ruang yang selayaknya untuk pembangkang malahan pembangkang dilanyak sebanyak-banyaknya. Iklan untuk memenangkan BN dan memalukan BR dimainkan saban jam. Kepimpinan bersih Kelantan diperburukkan. Tonggak utama PAS cuba diaibkan sebaik mungkin.

Segala “kesilapan” Nik Aziz dan Hadi dicari seterusnya proses cut & paste pun digunakan bersama olahan berita secukup rasa. Keterdesakan untuk mencari bahan untuk mengaibkan terlalu ketara. Gamaknya jika Nik Aziz terkentut satu rancangan khas tentang itu akan disiarkan di RTM selama sejam setiap malam mengantikan slot berita.

SPR yang Celaru

Sekejap mati setem, sekejap tidak. Masa untuk mematikan setem pun amat tidak logik apabila arahan diterima pembangkang pada hari Khamis sedangkan di sesetengah negeri, Jumaat merupakan hari cuti. Sekejap pakai dakwat, sekejap tidak. Setelah kabinet dan majlis fatwa membenarkan isu keselamatan digunakan apabila SPR mendakwa ada pihak yang membeli dakwat tersebut yang hingga ke hari ini tidak diketahui siapakah orangnya.

Satu perkara yang memeranjatkan apabila umur persaraan kakitangan kerajaan dinaikkan dari 55 kepada 56 tahun. Tindakan ini didakwa sebagai penerusan kuasa dengan melanjutkan kuasa kepada pengarah SPR untuk terus mengarah SPR. Kerahsiaan kertas undi yang mempunyai nombor siri dan telus relevannya undi pos terus diperkatakan.

Yakin Melampau dan Cakap Besar

BN dibuai mimpi indah setelah PRU 11 mencatatkan kejayaan yang lebih baik daripada era Mahathir. Mereka menganggap keputusan itu akan kekal selama bertahun-tahun sehingga PRU 12 dan ada di kalangan pemimpin mereka bercakap besar dengan kekuatan mereka.

Pemimpin Korup

Ini sebenarnya yang menjadi duri dalam daging dalam BN. Semangat Pak Lah menghapuskan rasuah selepas baru mendapat mandat hanya hanya tinggal kenangan. Najis rasuah atau bahasa lembutnya politik wang masih memainkan peranan dalam perebutan dan pengekalan kuasa pemimpin-pemimpin BN. Mungkinkah benar kata-kata “Kalau si ayah kencing berdiri, sudah tentu si anak kencing berlari”.

Manakala para MB, YB dan seterusnya JKKK dilihat seperti tidak memainkan peranan yang sejujurnya kepada masyarakat. Seringkali kepentingan politik diutamakan dari kepentingan rakyat keseluruhan tanpa mengira parti. Sikap ini terus menjengkelkan golongan pembangkang dan menyebabkan mereka geli untuk mendekati pemimpin kawasan mereka.


Rakyat Sudah Matang dan Berani Berubah

Apabila tiada ruang untuk pembangkang di media massa, rakyat mencari-cari maklumat pembangkang dari sumber lain seperti internet. Mencari maklumat berbeza dengan diberi maklumat kerana maklumat yang diberi kerana apabila sesuatu itu dicari, maklumat itu akan menjadi beharga bila dijumpai.

Boleh dikatakan majoriti kaum Cina dan India sanggup berubah dan menghadapi risiko dengan memberikan undian kepada pembangkang namun kaum Melayu masih lagi menganggap UMNO adalah warisan yang harus dipertahankan.


Protes Dalaman

Sudah menjadi budaya dalam UMNO apabila pangkat dicari maka tidak menjadi kehairanan apabila “musuh dalam selimut” sentiasa ada di mana-mana peringkat. Dendam berdendam demi politik survival adalah lumrah.

Politik Perkauman Tidak Relevan Lagi

Setelah 50 tahun merdeka, politik assabiyyah tidak lagi diterima kerana bila hipokrit di hadapan bangsa lain, bangsa sendiri mengata, bila jujur, bangsa lain akan boikot.Fahaman assabiyah telah ditolak oleh Islam. Contoh terdekat dan nyata ialah bangsa Yahudi yang tidak dapat menerima nabi daripada bangsa lain. Secara realitinya, seseorang tidak boleh mengubah status bangsanya tapi boleh mengubah status agamanya sesuka hati.

Bloggers

Jika anda membaca dari mula hingga ke bahagian ini bermakna peranan penulis blog tidak harus dipandang ringan. Mungkin ungkapan “Mata pena lebih tajam daripada mata pedang” bila diterjemahkan didalam versi siber menjadi “Ketukan papan kekunci lebih kuat dari letupan gunung berapi”.


KONKLUSI

Jika hendak dicari dan dihurai punca kekalahan BN, 7 hari 7 malam tidak mencukupi. Apa yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian daripada sebabnya. Bagi saya tidaklah perlu menampal bocor di kapal yang lama sedangkan kapal yang baru yang lebih laju dan cantik dapat menerima penumpang kapal yang lama dengan syarat dicuci lumpur di kakinya. Ingat, MCA dan MIC sudah tidak relevan untuk kaum Cina dan India cuma UMNO sahaja yang masih mendapat sebahagian sokongan kaum Melayu.

Sekali lagi diingatkan untuk orang Melayu, kalau tidak mahu “mabuk laut” sila naik kapal baru ! Jom sama-sama bercuti di tengah laut menyaksikan biru langit dan indahnya wulan !

Kita jangan buang masa,
bertindak masuk BA segera,
bukannya sengketa sesamalah kita,
langit dijunjung milik semua !

Ketukan Papan Kekunci
Mohd Fairuz Mat Zin
http://fairuzhafeez.com

Idris Jusoh masih lagi MB Terengganu ?

Tuesday, April 22nd, 2008

Saya ni memang suka buka dan baca mana-mana laman web / blog politik tak kira la BN ke PR. Baca semua. Kita ada akal. Kita seharusnya bijak menilai mana yang fakta, mana yang auta. Dalam sibuk mencari terjumpalah sesuatu yang amat pelik.

Hari ini, saya telah melawat laman web UMNO Terengganu yang dilancarkan oleh Idris Jusoh pada 19 September 2005. Apabila saya klik kat Menteri Besar masih terpampang wajah Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Macammana ni ? Lagi kelakar dalam laman web ni juga ada artikel “Laman Web Setiap DUN Dipantau”. Kalaulah laman web UMNO Terengganu pun tak kemaskini dan terpantau apa cerita pula laman web DUN ?

(Gambar tidak memuaskan - Maaf - Masalah teknikal-Akan diperbaiki)

Itu cerita UMNO Terengganu. Ini cerita Puteri UMNO pula. Sebelum ini saya suka melayari laman web Puteri UMNO lebih-lebih lagi apabila Ketua Puteri UMNO mengatakan Puteri UMNO akan memantau blog (Bagaimana cara pantau tu saya pun tak faham). Sedihnya, apabila saya buka laman web mereka, isi kandungannya tidak mampu mengujakan saya.

Tiada isu-isu besar dikupas. Berita seperti “Puteri UMNO Johor sumbang RM5,350″ dan “Program Konvoi Kebajikan Puteri Menyusur Akar Puteri Sungai Siput” banyaklah. Bahagian surat pembaca pula masih terpampang artikel mengenai pemilihan tarikh 8 Mac 2008 sebagai tarikh pilihanraya (Sila lihat snapshoot di bawah). Aduiii … Kemasikini la.. Tak lah susah saya nak cari berita yang terkini.

(Gambar tidak memuaskan - Maaf - Masalah teknikal-Akan diperbaiki)

Kasilah power lebih sikit. Baru la seronok nak berentap !

Wang Ehsan @ Dana Ehsan duit UMNO atau duit rakyat ?

Monday, April 21st, 2008

Anda orang Ganu ? Pernah dapat wang ehsan ? Sebelum ini ramai yang beranggapan hanya orang-orang yang menyokong sahaja yang dapat tetapi hakikatnya semua dapat lebih-lebih lagi sebelum pilihanraya yang lepas. Cuma, kena bersedia la mendengar “iklan” supaya menyokong UMNO atau ungkapan berbunyi lebih kurang seperti “Saya tidak redha tuan-tuan yang mendapat dana ini mengundi selain UMNO !”. Saya dengar sendiri dengan telinga saya !

Bersambung, insya-Allah

(maaf kebizian telah melanda)

I Lap U Bro Ahmad Said !

Monday, April 21st, 2008

Terkejut dan gembira ! Itulah yang saya rasakan apabila menatap muka depan Utusan Malaysia hari ini, Isnin, 21hb. April 2008 (Terus saya beli suratkhabar dan rasanya ini kali kedua membeli suratkhabar semenjak berada di Selangor bermula 31 Mac 2008). Bro. Ahmad Said yang saya kenal sebagai garang dan yakin dirinya benar telah secara berterus-terang meminta (bukannya berharap) Kerajaan Pusat untuk mengembalikan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Nilai anggaran wang royalti tersebut adalah RM 1,000,000,000.00 setahun.

Tidak sia-sia juga “rocker suci” Bro Akhil Hayy menyanyikan dengan cara tersendiri lagu “Sejati” dengan diberi nafas baru (ala-ala Akademi Fantasia) dan tajuk baru “Royalti“. (Errr.. semasa saya terdengar rakan sekerja saya memainkan lagu ini saya ingatkan ada muzik rupanya secara acapella.) Maaf, saya bercakap pasal lagu pulak. Maklumlah dah kegemaran saya.

Okey, so… apa yang berlaku ? Kenapa Ahmad Said tunjuk “garang” sekarang ? Besar sangat ke kuasa dia ? Tak besar apa, dah sah dia tu Menteri Besar. Kenapa dia tak cakap hal begini sebelum ni ? Alaa … Dulu Bro Ahmad Said sebagai orang bawah, tak bagus la bertindak melebihi orang atas. Sekarang dia yang duduk di atas dan rakyat nakkan perubahan. Maka, inilah perubahan yang dilakukan Bro A. Said demi untuk meneruskan perjuangan UMNO Terengganu.

Royalti ni selepas sahaja PAS ambil alih telah bertukar nama menjadi Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP). Mengikut persepsi sesetengah pihak, ada yang menganggap DKKP sebagai “Dari Kami Kepada Penyokong” walaupun tak dapat dinafikan boleh menjadi “Dari Kami Kepada Penyokong @ Pembangkang”. (Cerita tentang ni panjang, asalnya saya tambah kat sini, tapi akhirnya saya dah buang… mungkin ada kat post seterusnya kat blog).

Ada yang mengatakan royalti itu bertukar menjadi dana dan dana itu sebahagiannya telah diagih-agihkan menerusi Dana Bakti Remaja, Dana Warga Emas dan Dana Ibu Tunggal. Ada yang merasakan sebahagian dana itu telah bertukar menjadi “Kristal” dan “Piala” : yang ini saya tak pasti, kang jadi fitnah pulak. Mungkin ini yang Bro A. Said kata “projek yang kita tidak rancang” dan “tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat seperti buat jalan dalam hutan RM 50 juta hingga RM 60 juta.” Bro kita juga cakap wang royalti ini diuruskan oleh banyak pihak kerana telah bertukar status menjadi wang ehsan. Bro A. Said cakap lagi bahawa kementerian yang memilih projek telah melaksanakanya berasakan kepentingan kementerian terbabit tanpa ambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.

Apa yang Bro kita ni nak sampaikan ? Persepsi saya ialah kerajaan pusat telah melakukan kekhilafan (istilah lembut sikit.. he he) dan perlu mengembalikan hak rakyat negeri Terengganu jika tidak Duit Ehsan itu akan sentiasa dikhilafguna (baca : tersilap buat keputusan) oleh kementerian yang menguruskannya. Kalau bercerita tentang duit dana ehsan memang banyak ketidakpuasan dari segi pembahagian dana ehsan tersebut. Datanglah ke Terengganu dan tanya orang Terengganu tak kira UMNO atau PAS. Nak dapat wang ehsan mesti kena ambil borang dan nak dapat borang mesti dari JKKK. Mungkin ada orang yang berhak dapat tapi tak mboh (tak nak) meminta “sedekah” atau ehsan daripada JKKK. Tak apalah, anggapkan saja orang yang tak dapat ni malu sangat nak ambil borang, siapa suruh ? Tak isi borang camana nak dapat ? Kena tebalkan muka, duit tu…. !

Permintaan Istimewa (harap-harap bukan “Permintaan Terakhir” - macam tajuk lagu la pulak) dari Bro A. Said ini adalah harapan pemerintahan PAS dulu. Mereka tahu betapa sakitnya menguruskan “anak-anak” apabila sebahagian sumber rezeki dinafikan. Bro A. Said bagi saya lebih ke depan dan tahu kalau dia tak meminta sebegini, dia juga akan mengalami kesukaran dalam memberi makan “anak-anak Ganu”.

Cuma saya tertanya-tanya, jika dikembalikan hak royalti dan kemudian PAS memerintah kembali, apa cerita ? Camana tu ? Sedangkan dalam tak berduit pun PAS mampu melangsaikan sebahagian hutang-hutang dan menguruskan kerajaan negeri dengan berjimat, fikirkan keadaannya jika PAS memerintah dengan duit royalti 100% diuruskan oleh kerajaan negeri. Silap-silap jadi macam rakyat Kelantan, tak boleh dipujuk sampai ke sudah.

Apapun, saya fikir Bro A. Said dah nampak beberapa langkah ke depan dan matang berfikir. Dia lebih nampak kepentingan rakyat daripada kepentingan parti. Orang macam ini yang kita cari. Orang yang macam ni yang kita tunggu. Bro. A. Said, teruskan perjuanganmu yang belum selesai ! Teruskan melakukan perubahan dengan betul-betul tau ubah. Jangan takut ! Kalau banyak tindakan-tindakan berani mati sebegini dilakukan, saya rela Tengku Putera (orang Ulu dan saya pun orang Ulu) memberikan laluan kepada Bro (sehingga Bro puas) untuk merawat Terengganu. So, yang tak pernah datang ke Terengganu, jom melawat Terengganu sempena “Tahun Merawat Terengganu 2008″ dan “Suka Maa 2008″. Opsss…. “Tahun Melawat Terengganu 2008″ dan “Sukma 12 Terengganu 2008″.

Kepada Najib atau Muhyidin, tolong ya bagi surat sokongan kepada pendekar baru kita ini. Akhir kata, “I Lap U Bebeh !” (baca : Saya sayangkan kepimpinan tuan dan saya sudi melapkan airmata tuan jika tuan menangis kerana rakyat).

Permisi !

http://www.fairuzhafeez.com

Ahli Umno bebas bersuara ? Betul ke ?

Monday, April 14th, 2008

Najib telah dilaporkan Berita Harian semalam bahawa Umno tidak menghalang ahli Umno untuk mengutarakan perasaan tidak puas hati kepada parti itu selepas kehilangan sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

TPM berkata bahawa larangan untuk ahli bawahan bersuara akan menyebabkan orang menganggap Umno tidak demokratik.

Hmmm … ahli bawahan atau akar umbi pun boleh bersuara. Maknanya Ketua Cawangan lebih lagi la kan ? Apakata kita lihat video youtube ini yang menyaksikan Sasnizam Adham, Ketua Pemuda di halau keluar setelah menyatakan ketidakpuasan dan pandangan di dalam satu majlis (maaf tak pasti pula majlis apa).

Ahli Umno bebas bersuara ? Mungkin tidak …Sila rujuk : Artikel Berita Harian

Rahsia Sebalik “Selamat Aman Makmur”

Monday, April 14th, 2008

Nota : Artikel ini tidak mempunyai sokongan fakta saintifik. Hanya berfikir secara abstrak. Kita tidak boleh menjangkakan perkara akan datang dengan kod-kod tertentu tetapi artikel ini saya isikan sekali dengan membawa anda berfikir tentang fakta yang telah ada. Hanya untuk kelainan.

Saya cuba kupaskan rahsia di sebalik “Selamat Aman Makmur” yang digunakan oleh BN dalam kempen pilihanraya baru-baru ini. Adakah rahsia yang ingin dikongsi di sini suratan atau kebetulan ? “Selamat Aman Makmur” jika dibentuk kembali boleh membentuk perkataan “Same la mak, Dr. M, AA, N U TR” seperti rajah di bawah. Apakah maksudnya ? Baik, untuk jawapannya, teruskan membaca.

 

Apakah ini bermaksud sama ada Dr. Mahathir, Pak Lah, Najib atau Ku Li kesannya sama sahaja. Pemerintahan yang tidak dapat menolong rakyat marhein ? Pemerintahan yang tidak dapat mengekang budaya politik wang atau nama tak manjanya - rasuah. Sudah sampai masanya rakyat menukar kepada yang baru. Sekejap sahaja, tak lama, 4 tahun sahaja. Kalau fikir-fikir tak bagus boleh tukar balik 4 tahun kemudian.

Ada juga pemimpin UMNO yang seolah-olah menakut-nakutkan pengundi supaya jangan mencuba untuk memberi kuasa kepada Pakatan Rakyat. Mereka mempertikaikan keupayaan PR untuk saling memahami antara satu sama lain. Jika mereka tidak boleh berada di dalam satu kapal masakan pemerintahan di Perak, Kedah dan Selangor sekarang ini berjalan seperti biasa ? Rakyat sudah matang benar. Semua telah membuka mata dan minda. Jika anda masih ragu-ragu, silalah datang ke Kelantan, Kedah, Perak, Selangor atau Pulau Pinang. Perhatikanlah cara bekerja dan cara hidup Nik Aziz dan Nizar. Saya pasti anda akan memahami sesuatu. Kalau susah nak dapatkan cuti tak apa, masih ada 4 tahun lagi menjelang PRU 13.

Sebenarnya hendak saja saya meletakkan nama insan yang bermula dengan “K” ke dalam senarai, tetapi rasanya tidak sesuai dibaca seperti berikut “Same la ma, Dr. M, AA, N, TR U K” (”U” bermaksud atau dalam matematik. Nama-nama yang diletakkan di situ adalah nama-nama yang layak untuk mengisi jawatan nombor satu negara dan saya berpendapat secara peribadi, “K” tidak layak di situ.

Saya juga terfikir juga adakah ia perlu dibaca “Sama Lemak, Dr. M, AA, N U TR” ? Atau mungkin juga AA itu boleh dipecahkan kepada Anwar dan Abdullah. “Sama lemak” bermaksud, siapa pun yang memegang teraju negara selagi kapalnya bernama BN tetap sukar untuk membuang lemak-lemak berkolestrol tinggi yang menyebabkan BN dipandang semakin tidak relevan.

Lemak ada yang baik, ada yang tidak baik, ada yang tepu, ada yang tidak tepu. Mungkin juga kerana sudah lama memerintah maka BN sudah “naik lemak” ? Sudah sampai masanya BN bersenam supaya lemak-lemak yang merbahaya itu dapat dikeluarkan setelah itu perlu kerap ke gim untuk membina kembali otot-otot yang dulunya pejal dan kemas. Selagi lemak-lemak tidak dikeluarkan usah bermimpi untuk membina otot-otot yang mantap.

Lemak yang dimaksudkan adalah perkara-perkara negatif yang menjahanamkan perjuangan asal BN khususnya Umno. Salah satu yang paling utama ialah rasuah yang berbudaya di situ dan masih belum dapat dihapuskan. Perlu diingat, saya tidak mengatakan nama-nama yang disebutkan di atas terlibat rasuah tetapi saya menegaskan siapa pun pemimpin BN sukar untuk membanteras habis-habisan rasuah. Kenapa ? Kerana rasuah telah lama dibudayakan dalam negara Malaysia yang tercinta ini.

Cuma perlu kita fikirkan. Kenapa kita perlu membentuk semula perwira yang telah banyak lemak dan amat lemah staminanya sekarang. Lebih baik kita tumpukan kepada perwira muda yang lebih bersemangat, penuh keazaman dan staminanya amat mengujakan. Kita tunggu dan lihat, apa yang akan terjadi dalam masa 4 tahun ini (atau mungkin dalam tahun ini).

Kami para blogger sedia menyerlahkan kekuatan Pakatan Rakyat ! Kami mengutarakan, anda yang memikirkan dan menimbangkan sama ada ia merepek atau perlu direspek !

http://fairuzhafeez.com