Archive for the ‘seni’ Category

Fairuz Hafeez Special Album - Launching on 4th. September 2008, insya-Allah !

Tuesday, August 26th, 2008

(Pre-Cover : Just for a while)

My Special Album will be launching on 4th. September 2008, insya-Allah! I try to sell a “Artistics Philo-sofy” or “Mesej yang menghiburkan”.

Sell ? Wait …

Dude.. Here’s the good news !
This track is free for download & distributed !!!
(Hope u don’t mind to give me some bulk if you agree to have another tracks)

It’s just 9 days from now !
So ! Keep waiting, The Sweep is Dancing !

Salam Cinta !

—————————————————————————

Satu Peperangan Belum Terlewat ! (A Never Late War !)
- Fairuz Hafeez

Di sebuah pulau sepi
Tiada penghuni

Ratu-ratu berperang
Sesama sendiri

Satu jentayu, satu garuda
Pantang merayu, adukan saja tenaga

[chorus]
Menikam sama-sama menerkam
Tak tau hitam, pitam lebam manikam
Bergentayangan bawah bulan dan bintang
Putra waja mendetik istana bayangan

Terpancut darah-darah
Menyembah kemucut

Keris karat mengecut
Segera terlucut

Cut!!!

Song    :   Fairuz Hafeez
Word   :   Fairuz Hafeez / Amar Route
Music  :   itU / Amar Route
Music co-ordinator  :   Fairuz Hafeez

Fairuz Hafeez’s Songs on Internet !

Monday, August 4th, 2008

Now i’m try to sell my songs in the intenet. Wait ya !
I’ll give the link after at least 11 visitors request for it !

This afternoon, I’m just shocking coz a local singer was behind me at Malaysian’s Chart (filted by World Genre : including reggae & traditional asian) ! Just thinking, is’t the ranking by the website are profesional and acceptable ? Here’s the scree shoot.


(Click to enlarge)

My another song was at rank #414 for the whole world for Pop (and the sub genre). Here’s the screen shoot. I feel like very motivated to work more on my creativity. And tq for the cari forum coz i found many friends there which talented in composing song and music arrangement.


(click to enlarge)

Okey my friends ….
If you wanna hear my songs then …
Let’s request ! See ya !

Que.. Sera .. Sera… !
Qasih Qaisara ?

 

SPECTACULAR 5 CARI IDOL 2

Sunday, August 3rd, 2008

Lelaki ingin menjadi perempuan manakala perempuan ingin menjadi lelaki ? Lelaki sasa nak nyanyi lagu perempuan manakala gadis ayu ingin nyanyi lagu lelaki macho ? Dunia dah nak terbalik ke ?

Rilexxxx !!! Jangan terkejut dan salah sangka… Itu hanyalah tugasan yang terpaksa dilaksanakan oleh peserta rancangan realiti internet Cari Idol 2 untuk spectacular 5 minggu ini. Episod kali ini menyaksikan kesemua peserta menyanyikan lagu-lagu yang penyanyi asalnya adalah berlainan jantina dengan mereka !

Hanya tinggal 6 sahaja lagi daripada 14 peserta setelah 4 minggu berlansung dan menyingkirkan 2 orang epserta setiap minggu.

Untuk sedut, dengar dan mengundi sila klik : -

>> SPEC 5 CARI IDOL 2 SYMT SUB-BOARD MUSIC-MUSIC FORUM CARI <<


Mereka yang masih tinggal adalah :-

1. Santeira
: : Who Wants to Live Forever
: :
(Freddie Mercury / Queen)

Sebab memilih lagu : I love this song (dedicated to cinta_ungu)

2. Underwoodrockz
: :
Gubrak (Intan Nuraini)

Sebab memilih lagu : Kadang2 gue gubrak juga dgn komen komentar2 awam n profesional…jd lgu ini gue tujukan khas utk komentar2 ya esp alyana….lagu ini catchy…. gue minat banget… enjoy….

3. Reez54
: :
Bubbly (Colbie Calliat)

Sebab memilih lagu : Kerana lagu ini sngat merdu dan sedap ,dan santai dan bes enjoyyyy

4. Fairuz_Hafeez
: :
Menaruh Harapan (Zaiton Sameon)

Sebab memilih lagu : Lagu ini kena dgn diri sendiri yang masih seorang ‘Putera Kesepian’… Chehhh… Jiwang la pulak .. Tetapi pasti rahmat Tuhanku di hadapan menunggu !

5. mizz_ford
: :
Burn (Usher)

Sebab memilih lagu : Ntah.. tetibe je rase nak nyanyi lagu nih..

6. iH82udEAth
: : Bleeding Love (Leona Lewis)

Sebab memilih lagu : sebenarnye dEAth x brp berkenan ngn lagu ni, tp ade satu peristiwa yg penting berlaku dlm hidup death yg berkait ngn lagu ni….so , harap korang enjoy ye….

Siapakah 2 orang lagi yang bakal mengikuti jejak langkah rakan-rakan seperjuangan mereka minggu ini ?

Nantikan Rabu ini, 9.00 malam dengan pengacara anda Houdini di SYMT, Forum Cari !

Hiburan Percuma Malam Ini di Rumah Pena !

Saturday, August 2nd, 2008

Untuk makluman, seorang peserta CI2 iaitu reez54 akan membuat persembahan bersama Ajami, (penaung GuitaReez : Kelab Penyokong Reez54) untuk MASKARA X bertempat di rumah PENA pada 2 Ogos ini. Peserta ini disebut-sebut oleh forumer akan menjadi juara. Suara yang mantap dan kehandalannya bermain gitar membuatkan setiap persembahanya unik dan betenaga.


Hanya Untuk Forumer Cari.com.my (terutama sub-bod SYMT)

Thursday, July 31st, 2008

Sambungan dari Forum Cari - Sub-Bod SYMT :Kami tidak mahukan penyingkiran, kembalikan 2 peserta yg tersingkir


Wahai insan-insan seni sekalian. Mengertilah, hiburan adalah mekanisme untuk membahagiakan hidup dan menenangkan jiwa. Muzik adalah santapan rohani utnuk melenturkannya menjadi insan yang bersemangat dan terus menjunjung langit di mana pun bumi dipijak. Melodi2 yang oktetis itu adalah anugerah Allah untuk manusia mengkaji, mengerti dan memperakui kebesarannya.

Fair tidak datang ke sini hanya untuk menelan sumpah seranah yang bisa menjadi doa dan paling bahaya jika dimakbulkan. Fair datang ke sini kerana melihat ada hujan cinta bila melihat ukhuwah dan kemesraan orang lama bila datangnya orang baru buat rumah. Fair tahu ramai pengkritik yang terkhilaf menggunakan frasa yang betul. Yang berlalu tak akan berulang, buang yang keruh, ambil yang jernih, pakailah kanta cinta, insya-Allah pahit akan manis akhirnya.

Kepada pengomen2 bukan pro yang lain jagalah perkataan anda. Kadang2 kata2 kita lebih banyak keburukan dari kebaikan. Insaflah saudaraku. seperti kata Ajami, yg Fair madahi kembali : kalau dunia seni Malaysia sudah kecik, dangau kita di CI2 ni lagilah kecik. Hargailah pengorbanan para sukarelawan yang ingin memastikan CI2 ini berjalan dengan lancar dan baik. Uolss ingat tak berpeluh ke ketiak diorang buat kerja ?

Nggak mengerti apa cerita ni & apa itu CI2 ?
Sila klik banner di bawah untuk penerangan !

Untuk yang suka hentam peserta seperti Ke******., sebelum terfikir nak kutuk peserta, dengar dengan teliti, adakah peserta-peserta ini hanya mengambil mudah pertandingan ini ? Bagaimana dengan yang menghabiskan masa berjam2 hanya utk edit lagu ? Terpaksa melalak macam tarzan yang mungkin membuatkan jiran sebelah ty “dia ni histeria ke?”. Bagaimana dengan yang disindir oleh rakan satu floor ? Bagaimana dengan yang terpaksa menghadapi exam dan mempunyai masa yang terhad ? Bagaimana dengan yang sanggup mengupah musician untuk membuat minus satunya ? Bagaimana pula dengan peserta yang hampir kehilangan suara semata2 kerana rakaman berulang kali untuk memberikan yang terbaik ? Uolss x nampakkan ? Tylah peserta CI1 akan pengalaman mereka.

Fair tahu ada yang perasan Fair nyanyikan lagu “Aku Takkan Bersuara” di forum ini kebelakangan ini (dah tentu uollsss takkan dengar). Fair bukan merajuk menunggu dipujuk tetapi Fair kecewa dengan mentaliti semua orang di sini yang kebanyakannya Melayu. Semuanya seakan nak lepas perasaan kat sini. Camooooooooooooon ! Nak lepas perasaan gi kat bod politik nung. Lepas la perasaan kat sana, mengapa dilepaskan di sini ? Sini kita nak enjoy dengan muzik, menyebarkan cinta melalui medium seni !

Cukuplah … nak sambung rakam demo pulak ni, hutang dgn pemuzik belum bayar lagi. So, semua dah besar2 kan ? (tak der la sebesar Tajah Oja.. wink! wink!). Kita yang kena ubah dunia ini menjadi laman kasih sayang bukannya dunia ini memaksa kita untuk mengikuti rentak-rentak survivor yang karnivor.

Ingat ! Kita di sini seperti satu keluarga. Cubit peha kanan, peha kiri sakit. Cubit peha Oja.. kena pijak dek Tajah dia laaa … ! He he he.

“Bersatu kita roboh, bercerai kita teguh !”

Menyanyi Demi Cinta
Fairuz Hafeez

Cari Idol 2 : Spectacular 4 “Realiti”

Tuesday, July 29th, 2008

Minggu ini tidak berapa mengujakan. Saya terpaksa menggunakan teknik cut & paste kerana lagu yang dipilih teramat sukar (genre rock akustik). Ada persembahan peserta yang jatuh ke tahap yang membimbangkan. Dua peserta pula lambat menghantar lagu mereka kerana masalah-masalah tertentu.

Siapakah yang bakal tersingkir selepas 6 orang meninggalkan persaingan ini ? Kuasa di jari anda ! Perlu diingat, anda akan mendapat kredit dan bukan mengeluarkan kredit. Klik pada poster atau terus ke sini untuk mendengar dan mengundi. Sila sediakan putik kapas secukupnya jika ada lagu-lagu yang bisa membingitkan telinga anda (saya punya la tu kot).

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, jangan undi saya kerana saya seorang bloggers, undilah dengan bijak dan berikan kritikan yang berhemah. Undi 6 orang peserta sahaja sebelum 10 pagi tengahari hari ini, Rabu, 30hb. Julai 2008 atau undian akan ditutup.

PS : Saya merasakan ada yang menyamar sebagai forumer baru untuk memberi komen yang ganas ala-ala k*nyahg** (bukan nyah tau). Saya pun tak pasti, tapi terasa macam tu la. Dan lepas tu banyak pula newbie yang masuk, adakah pembaca blog ini ? Mungkin tidak … Kalau ada yang masuk ke sana kerana membaca blog ini jangan segan-segan tinggalkan komen ya. Mungkin lepas ni harus saya juga menyamar ?

PS II : Insya-Allah satu Review Tentang Peperangan Antara Pengomen dan Yang Dikoomen akan dibuat di sini. Tungguuu …

Sebalik Lagu Haring yang Nyaring - aLi !

Friday, July 25th, 2008

Interpretasi ini (versi yang sebelum ini, iaitu versi 1.0) juga dipaparkan di blog RoslanMukhlis :
http://roslanmukhlis.blogspot.com/2008/07/sebalik-lagu-haring-yang-nyaring-ali.html

IKAN HARING

Umur: 37 hingga 54 juta tahun
Lokasi: Kemmerer, Wyoming
Formasi: Sungai Hijau
Zaman: Eosen

Ikan-ikan Haring dari masa 54 hingga 73 juta tahun silam tidak berbeda dengan yang hidup hari ini. Ini menyangkal pernyataan-pernyataan para evolusionis dan sekali lagi menegaskan fakta bahwa makhluk-makhluk hidup diciptakan Allah.
Sumber info & gambar : www.harunyahya.com

Assalaamua’laikum & Salam cinta…

Saya sekarang betul-betul ter”tekan” untuk memberikan yang terbaik untuk Cari Idol 2. Ini kerana ramai pengkritik-pengkritik tepi jalan yang ingin menjadi pengkritik level angkasa seperti Roslan Aziz. Itu baru realiti di internet yang bukannya komersial.

Pernah dengar lagu “Haring” atau Kenal tak aLi ? Pernah dengar dan kenal nampak ? Kalau tak tahu biasalah … aLi ni tak perlu gosip-gosip untuk popular. Tapi kalau sebut Roslan Aziz kenal tak ? Komposer yang menaikkan nama Sheila Majid, Zainal Abidin dan ramai lagi. Bekas pengetua Akademi Fantasia. A ah …. yang mana telah diperdebatkan tentang satu “quote” darinya yang agak kontroversi baru-baru ini. Alaa … kat Tranungkite.net pun kecoh ari tu. Perkara ini juga diceritakan di Blog R.A.P. (Blog Roslan Aziz Productions)

Baik, selepas mengupas “Aduh Saliha” dan “Jentayu”, kedua-dua karya daripada pelirik “penulis lirik” yang telah meninggalkan kita, maka, dengan beraninya saya akan mengupas lirik lagu kumpulan aLi (duo Roslan Aziz & Mukhlis Nor) iaitu Haring yang liriknya ditulis oleh Mukhlis Nor (Lagu “Hijau” nyanyian Zainal Abidin juga di tulis olehnya).

Menggunakan genre muzik yang masih “aneh” pada segolongan orang di Malaysia, lagu ini pada saya berjaya memberi satu ideologi baru ke dalam dunia seni tanah air. Saya pasti lagu ini tak akan mengungguli carta radio kerana pendengar lebih sukakan melankolik dari artistik & realistik. Walaupun ia bukan muzik metamorfosis yang sepenuhnya namun ia pasti membuat anda ingin berayun-ayunan. Karya ini bagi saya bukan sekadar “Hiburan yang bermesej” tetapi “Mesej yang menghiburkan”.

Saya tinggalkan dulu liriknya, dan insya-Allah akan saya kupas malam ini (*Baru sahaja dikupas tengahari 29 Julai sesudah mengedit beberapa jam lagu untuk CI2). Saya ingin ke Warung Kopi Mak Teh untuk meminum Teh yang berharga 50 sen secawan sambil bersembang dengan otai-otai kampung saluran satu. Kelas pagi ni terpaksa ponteng lagi kerana tidak mampu untuk membeli minyak dan EX5 belum diperbaharui cukai jalanannya. Saya terpaksalah jadi orang tepi jalan kerana saya juga belum memperbaharui lesen memandu. Oh ya ! Tahun 2020 saya ingat cam best je nak amik lesen memandu roket. Dah bosan duk kat dunia yang buat ku hampir muntah hijau dan nak jadi orang bulan pulak.

Permisi !
Silakan hayati, tasiran “Haring” :


Klik gambar untuk membeli “Haring” secara online ($0.75)

Haring (The Album Version”)

Peringatan : Ini hanyalah interpretasi saya dan mungkin tidak melambangkan maksud sebenar penulis lirik ini. Interpretasi ini juga tidak boleh dikaitkan secara terus dengan mana-mana kejadian sehingga ada bukti kukuh yang menyokongnya.

Ku usik kenangan lama
\\ Membuka kembali lembaran sejarah
Bermusim yang hujan dan kering
\\ Semasa senang dan susah
Helang seraya membisik kepadanya
\\ Ketua lanun memberikan arahan kepada orang bawahannya (Identiti Ketua lanun masih lagi tidak diketahui)
Adapun ini khabar yang penting
\\ Tugasan ini amat penting untuk keterusan kelanunan kita

Kemuning berbunga
\\ Kemuning adalah sejenis pokok herba untuk mengubat penyakit kelamin & lain-lain. Bunganya tidak digunakan untuk perubatan, mungkin hanya untuk hiasan. Cuma perlu diingat, tanpa bunga tidak dapat dibuat proses pendebungaan dan seterusnya pensenyawaan.

Di musim dedaunnya kering
\\ Sinis menyindir bagaimana boleh berbunga (dapat duit) sedangkan orang lain yang dilanuni teraniaya, merempat dan sengsara.
Helah ku bertanya tetapi mengah
\\ Ada suara protes tetapi sesiapa yang bersuara jelas pasti akan dicantas pantas dan untuk dapat bertanya perlu berhempas pulas kerana banyaka halangan dan prosedurnya.
Mengapa yang ku terbau haring?
\\ Terbau akan penipuan/penganiayaan/kezaliman yang berlaku (Haring juga adalah nama burung pemangsa)

Lain ayunan
\\ Ayunan adalah benda yang selalu diulang-ulangkan. Bila selalu diulang-ulangkan, orang ramai biasanya akan terpesona. Boleh juga dikira sebagai alasan untuk menutup kelemahan diri-sendiri. Perlu diingat, sesuatu yang berayun juga sukar dipastikan “apokobondonyo” kerana mata kasar manusia sukar untuk melihatnya secara jelas (tidak statik).
Terjadi lagi
\\
Plot dan strategi yang sama dipergunakan lagi.

Orang bulan, orang tepi jalan
\\ Orang bulan : Orang yang mempunyai ilmu agama dan beramal soleh
\\ Orang tepi jalan : Orang yang berniaga iaitu mempunyai premis perniagaan. (Mungkin juga orang yang suka dengar ceramah & juga orang yang suka berjalan kaki ?)

Dapat memahami keadaan ini
\\ Akan faham apa sebenarnya berlaku. Siapa yang benar? Orang beragama hatinya bersih dan senang menafsir sebalik kejadian manakala peniaga pula selalu berinteraksi dengan pelanggan yang terdiri dari guru, peguam mahupun penggubal undang-undang.

Ku usik kenangan lama
Bermusim yang hujan dan kering
Helang seraya membisik kepadanya
Adapun ini khabar yang penting

Kemuning berbunga
Di musim dedaunnya kering
Helah ku bertanya tetapi mengah
Mengapa yang ku terbau haring?
\\ Haring juga merujuk pada ikan Haring yang ditemui fosilnya puluhan juta tahun yang silam tetapi tidak pernah berevolusi. Maka nyatalah Teori Darwin hanyalah sampah (aLi menyindir teori ini melalui grafik manusia beruk pada kulit album terawalnya).
\\ Juga terbukti DNA tidak pernah berubah walau berjuta tahun berlalu kerana saintis telah mengkaji DNA dinasour menggunakan DNA dari fosil yang pastinya berusia jutaan tahun.

Lain ayunan
Terjadi lagi
Orang bulan, orang tepi jalan
Dapat memahami keadaan ini

Lain ayunan
Terjadi lagi
Orang bulan, orang tepi jalan
Dapat memahami keadaan ini

Lain ayunan
Terjadi lagi
Orang bulan, orang tepi jalan
Dapat memahami keadaan ini
\\ Korus yang sama diulang kerana menekankan bahawa hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat menggunakan hati dan akal mereka untuk keadilan.
\\ Dan oleh kerana ia menceritakan ayun-ayunan makan mestilah diulang-ulang. Err… agak-agak bosan tak ? Cubalah dengar lagunya atau lebih baik terus beli secara online atau dapatkan di kedai (dilancarkan pada 08.08.08)
\\ Oleh kerana ia panas maka ayun di sini mungkin disalahertikan menjadi “mangkuk tingkat”…  Oopss .. “mangkuk hayun”.. He he ..

S & J : Orang bulan itu Sheikh Muzaffar ke ? Bukan .. “Ultraman & Superman” ! “Sheikh Muzaffar tu pelancong angkasa ..” kata kawan saya.

Nota I : Berminat untuk membeli “Haring” secara on-line ? Tak mahal $ 0.75 - $ 0.99 sahaja ! Sila ke blog aLi the album untuk membeli <klik>

Nota II : Pentafsiran versi 2.0 pada 22hb. Ogos 2008.

Nota III : Silakan juga menggali apa yang diutarakan di dalam lagu “Nonterro” yang menceritakan kisah “lubang” di blog RoslanMukhlis (Jumpa tak profile Anwar kat sana ?). Kalau ada permintaan-permintaan yang mendorong, insya-Allah saya akan kupaskan pula Nonterro. <klik>

Silakan juga untuk membaca interpretasi saya yang lain :
Interpretasi : Lirik “Jentayu” - Tongkat Warrant
Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi lirik “Aduh Saleha”

 Haring - Satu Kelainan Penafsiran (versi 2.0) oleh :
www.fairuzhafeez.com

Disglamer : Artikel ini bebas untuk diforwardkan / diterbitkan di dalam mana-mana blog atau forum.
Terima kasih kepada yang mengekalkan keseluruhan artikel dan memberikan kredit.

Bicara Cinta (i)

Friday, July 25th, 2008

andai kau titiskan airmata di pipi
biarlah ku menangis sama
kita sama-sama rasa
pedih
duka
kecewa
marah

mungkin…
kitakan sama-sama puas
terlontar gala yang terpendam

nanti
bila semuanya hilang
semuanya pupus
tanpa kesan ..
akan ku dodoikan untukmu
lagu-lagu cinta yg baru
bila namaku kau seru
dan kau ku buru

Fairuz hafeez
2.15 am
13 Julai 2008
(edited from spontaneus poem for my sis, Nabila Aminur Rizna)
(this is not love song hokkay!)

Cari Idola 2 : Rancangan Realiti Nyanyian Internet

Wednesday, July 23rd, 2008


Klik pada poster untuk ke Kedai Kopi CI2 :
Tempat gosip murahan & mahalan.

Cari Idola 2 adalah rancangan realiti nyanyian internet yang dianjurkan oleh forum cari.com.my. Rancangan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru yang mungkin dapat diketengahkan untuk pergi lebih jauh.

Apa itu idola ? Idola boleh ditafsirkan sebagai yang amat dicintai / disayangi. Cuma anda jangan terkejut kedapatan maki hamun yang menjadi cili api komen/kritikan dari beberapa orang forumer di situ. Haaa… jangan ingat Akademi Fantasia sahaja bisa bikin kecoh. Mungkinkah itu bermakna kami tidak layak menjadi idola. Untuk jawapannya, anda boleh menilai sendiri. Sila ke sini (telah ditutup)

 

Klik pada poster untuk terus ke CI2 : Spectacular 3 (telah tutup).
Selamat mendengar & undilah dengan bijak.

Anda juga boleh mendengar nyanyian peserta di penyiar rasmi CI2, GOBBLOG.com dan mendengar kritikan / komen / review daripada Buiscasey, bintang Cari Idol musim pertama. Hmmm … masih belum cukup ? Baik, apa kata dengarkan kritikan versi suara dari pengkritik jemputan, yang juga seorang bintang kelahiran Cari Idol pertama iaitu Idolfan. Kritikannya amat saya tertunggu-tunggu setiap minggu. Memang tidak puas mendengar suaranya yang unik dan berslanga mat salleh sikit2 . Tak percaya ? Dengarlah sendiri suara / audio Idolfan, sila klik > Komen Audio Idolfan

Untuk makluman, seorang peserta CI2 iaitu reez54 akan membuat persembahan bersama Ajami, (pengasas GuitaReez : Kelab Penyokong Reez54) untuk MASKARA X bertempat di rumah PENA pada 2 Ogos ini. Peserta ini disebut-sebut oleh forumer akan menjadi juara. Suara yang mantap dan kehandalannya bermain gitar membuatkan setiap persembahanya unik dan betenaga. Mahkota kejuaraan Spec 1 & 2 adalah miliknya tanpa kebacaan satu protes pun !

Walaubagaimanapun harus diingat, lapan lagi peserta yang cukup dedikasi alam setiap tugasan tidak boleh dipencilkan kekuatan mereka. Ada antara mereka yang berpotensi untuk merampas takhta juara sekiranya berjaya memperlihatkan x-faktor dalam nyanyian mereka.

Mereka adalah (mengikut abjad):

1. Bakat (Bila Nak Saksi).
2. ih8u2dEAth (Ketulusan Hati).
3. evil_death78 (Warisan Wanita terakhir).
4. miss_anne (Biarlah Rahsia)
5. miss_ford (Babe),
6. p.caspian (Izinku Pergi),
7. Santeira (Tak Bisa Memilihmu) dan
8. underwoodrockz (Joget Kenangan Manis)

 

Pada saya, mereka juga bisa saja membuat kejutan pada bila-bila masa. Setiap dari mereka mempunyai keunikan yang tersendiri. Namun hakikat yang mereka tidak dapat pertikaikan adalah reez54 tetap unggul berada di takhta teratas untuk 2 spectacular sebelum ini.

Untuk spec ke-3, reez54 memberikan persembahan melalui lagu “Hanya Kau yang Mampu - Aizat “bersama gitar akustiknya dengan improvisasi yang menarik. Malahan ada pengundi yang megatakan “Hanya Kau yang Mampu” versi reez54 adalah lebih sedap daripada versi penyanyi asal, Aizat. Saya percaya takhta spec 3 juga adalah miliknya.

Baiklah, mungkin ada yang ingin bertanya kepada saya : “Kenapa saya memasuki pertandingan ini ?” Untuk jawapannya, sila hayati baik-baik lirik lagu yang saya nyanyikan setiap minggu. Untuk Spec 2 saya menyampaikan lagu favorit saya, ‘Memburu Impian’ (Kaza/Kristal). Berminat untuk melepaskan geram kepada saya ? Kalau anda berani hadapi risiko serangan Kamikaze, silakan ! Saya memang mengimpikan kelab anti-Fairuz Hafeez di situ. Ha ha ha !

Ini adalah berita yang baru kami terima. Menurut sumber-sumber yang dipercayai, seorang peserta telah menimbukan rasa yang tidak berkenan pada beberapa orang forumer (terutamanya otaimer) kerana tindakannya yang dilihat beremosi dan suka menjawab. Peserta ini juga dikatakan tidaklah semegah mana suara dan bakatnya setakat ini. Untuk mengetahui siapakah peserta yang berlagak bagus itu silalah ke KEBUNCIT (Kelab Anti Budak Cari Idol Two).

Pada yang senang dengan kehadiran saya sebagai seorang blogger di alam siber ini, dengarkan pesanan saya :

“Undi dengan bijak dan jangan undi saya kerana www.fairuzhafeez.com tetapi undilah saya hanya jika saya layak ! Undi yang bijak dan adil akan menentukan pemenang yang sepatutnya.

Oh ya ! Untuk Spectacular 3, anda perlu mengundi sebelum 12.00 tengahari ini ! Cepat ! Sebab ada sepuluh peserta yang anda perlu dengar sebelum membuat keputusan mengundi. Apa tunggu lagi ? Ayuh kita santap mesej yang menghiburkan ! Cepat klik !!!

My CI2 Tagline :
Wacintalu !

Fairuz Hafeez
Nyanyian Demi Cinta

MASKARA X

Tuesday, July 22nd, 2008


Nota :
Sajak nukil ku ini tiada kaitan dengan “Maskara” di dalam poster di atas dan juga “Maskara” di mata si Milah yang sedang bercinta !

Maskara I
(Masked Aksara : Huruf Cinta yang Terlindung)

Depan kaca aku pakaikan maskara
demi rebut cinta diri sebuah juara
Kalian mungkin sangsi
bikin persepi
kunun aku menjadi leka
memperhiasi mataku
tanpa logika

Dengar…
Maskara bukan sahaja buat perhiasan
jelmakan chantek pura-pura
tapi bisa saja jadi penapis
bimbang kaca depan kita
pecah tiba-tiba !

Saat itu
tak perlu lagi bermaskara
dahi sudah terluka
mata bermaskara
tidak cedera
tapi sudah berkaca !

Fairuz Hafeez
Kg. Batu Bersurat
11.51 am, 22 Julai 2008

Fair Perasan Jadi Pelirik 1

Monday, July 21st, 2008

Image: FreeDigitalPhotos.net


Dendang Mantera Sejahtera

Jangan dengar khabar angin
Nanti nasi menjadi dingin
Perut kembung masuk angin
Kempunan ayunan pohon beringin

Jangan lihat kepada aurat
Kesannya nanti tersiksa urat
Bacalah ayat yang cukup sifat
Baru keramat tidak melarat

Hidup penuh pusing
Dunia tak henti berpusing
Dulu karipap sekarang tambah pusing
Yang kekal berdesing hanyalah gasing

(korus)

Doa tak mati dulu
Sebelum kita tahu
Apa dalam perahu
Apa perlu di bahu

Doa kita sejahtera
Tiada mara tentera
Mesra pada putera
Tara terus tertera

Jangan lihat hanya tersurat
Kesannya nanti bersaksi karat
Tafsirkan ayat yang cukup sifat
Baru
selamat dunia akhirat

(solo & ulang korus)

Jangan dengar sekali lalu
Biar dengar bertalu-talu
Pandang dengar peka selalu
Biduk pasti berlalu

Jiwa fikir tajam selalu
Geduk yang sama
Sama dipalu

Lagu : belumlagila (Cadangan Muzik Etnik+World+Progresif)
Lirik : Fairuz Hafeez

Hakcipta Terpelihara
2008 © FairuzHafeez Production (Khoyal sahaja)

 

Interpretasi : Lirik Jentayu - Tongkat Warrant

Sunday, July 20th, 2008

Satu Interpretasi : Jentayu

Salam semua, saya akan cuba mengupas apakah yang ingin dinyatakan dari lagu Jentayu ini. Ini adalah interpretasi saya untuk semua dari satu kelainan pentafsiran, demi cinta untuk semua !

 

Lagu : Johan Nawawi
Lirik : Allahyarham Usman Awang (Tongkat Warrant)
Penyanyi : Shiela Majid & Nora
Penerbit (Published by): Musicworks
Produksi (Produced by) : Roslan Aziz Production

Jentayu

\\ Saya belum menggoogle sepenuhnya tentang burung Jentayu. Bila di”mabuk”kan fikiran, saya mendapat tiga tafsiran “karut-kerut” iaitu : Jentayu = Jentera Melayu, Jentera Ayu (Pejuang Wanita) dan Jeneral T’Akhir Melayu.

Di paruhmu kemilauan sinar

\\ Senjata yang digunakan baik mata pedang ataupun mata pena berdasarkan prinsip berprinsip yang “Haq” atau benar

Menyepuhi sejuta rasa
\\ Memulihkan jiwa semua

Kemuliaan di hatimu
\\ Niat dan perbuatan yang ikhlas : Kerana Allah

Bening budi terdampar di jagat raya

\\ Apa yang dilakukan masih belum terlihat sepenuhnya oleh mereka yang tidak mampu memandangnya

Di sayap taufan kau jelajahi
\\ Berani untuk berjuang walau dalam pentas / gelanggang pertarungan yang amat kejam

Awan gemawan membawa rindu
\\ Mereka yang dapat melihat ditafsirkan sebagai awan kerana sifatnya yang meneduhkan dan menangiskan hujan rahmat. Mereka ini adalah para-para solehin & solehah yang bibir tidak pernah kering melafazkan doa untuk perjuangan pejuang-pejuang Islam. Tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad S.A.W juga salah satunya dikaitkan dengan awan yang memayungi baginda.

Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan
\\Cintanya para pejuang demi untuk mempertahankan bangsa dan agama. Mereka melawan segala bentuk kezaliman (baca : ketidakadilan dalam membuat sesuatu keputusan = berat sebelah = meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya yang sepatutnya)

( korus )
Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
\\ Sayap : Jasad seluruhnya terutama kudrat 4 kerat (tangan dan kaki)
\\ Paruh : Kata-kata / tulisan / karya seni sepenuh ikhlas

Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
\\ Siku : Kudrat empat kerat yang masih tersisa

Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
\\ Dagu :
Kata-kata / tulisan / karya seni yang masih berbisa

Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku
\\ Kuku : Istiqamah hati. Senjata yang paling terakhir (juga paling ampuh : kuku adalah penting untuk spesies burung memantau dengan mencengkami dahan yang atas), maka apabila menggunakan kuku maka jasad Jentayu pasti telah mencecah tanah setelah bertarung di udara bebas penuh ikhlas.

\\ Uniknya lirik ini mempunyai frasa “Tongkat” seperti mana Nurbisa a.k.a. Loloq untuk lagu Berikan Nurbisa. Seperti lagu ini bagai mencerminkan perjuangan mereka berdua !

\\Tafsiran Korus Secara Pukal : Pejuang yang sebenar tidak akan gentar dan mengaku kalah, mempertahankan yang haq (untuk yang layak). Pejuang sebenar (terpilih) pasti dikurniakan ilham sejuta cara. Akhirnya jika ditakdirkan menitiskan darah terakhir, maka cintanya telah dijulang ke langit diraikan dan diiringkan oleh para malaikat bersama tasbih tiada tara.

Pinjamkanlah hatimu
Untuk semua
\\ Semoga sejarah pejuang yang tiada atau masih ada akan melahirkan pejuang-pejuang lain yang lebih hebat. “Fussion Reaction” / Rantaian Teori Domino.

( ulang korus 2X )

Pinjamkanlah syahdumu

\\ Bisakah kita merasai nikmatnya perjuangan mereka ? Tiada syahdu yang lebih agung dan damai di hati selain dari perjuangan kerana Allah S.A.W ! Syahdukan dirimu dengan ingatan yang sentiasa “echo” akan kasih sifat-sifat-Nya. Pelajarilah sifat 20 & carilah guru yang MURSYID.

Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Usman Awang & semua muslim yang hidup dan telah meninggalkan kita.

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan permata, cuma perlu digilap : pada mata kita agar terang menyaksikan keindahan permata itu. Mata nilai Permata”

Fairuz Hafeez
Mentafsir Demi Cinta

Nota : Masih belum diedit sepenuhnya, sikit lagi, harap maklum !

LAGU GENERASI : APAKAH SATU REALITI ?

Sunday, July 13th, 2008

GENERASI

Di sini bermula
Segala terencana

Ikhlas dan tulus di jiwa

Menyingkap segala

Gabungan yang tercipta
Di bawah satu nama
Sedia mencapai cita
Yang belum terlaksana

Utuh keyakinan
Penuh kekuatan

(Korus)

Secitra Sekata
Sehati dan sejiwa
Ikatan yang terbina
Kan kekal selamanya

Senada seia
Tiada sengketa
Rintangan menerpa
Rempuhi bersama

(Bridge)

Kami generasi
Penuh bervisi
Tak gentar menghadapi
Cabaran kini

Lagu : Fairuz Hafeez
Lirik : Fairuz Hafeez

TEH TARIK SATU, AKU TAK MAU SUSU

Wednesday, May 28th, 2008

TEH TARIK SATU, AKU TAK MAU SUSU

Di sebuah kedai mamak, shift 2 kali
Lampu-lampu dipasang, tiada berhenti

Maintenance bagus, bisnes pun kencang
Maintance hangus, bising pun lancang

Melayu, Cina, India, Serani pun ada
Duduk sebelah menyebelah, tak senyum juga

Ku buka lap top, wifi kan ada
Bateri tak tip top, kena fi juga

(Korus)

Oh mamak, bagilah tau rahsia
Camana kaya hingga ke lanjut usia
Berpuluh-puluh kali bisnesku lingkup
Pinjam beratus ribu tak pernah cukup

Minta maaflah mamak dudukku lama
Lebih 60 minit air suam saja

(Interceptor / Bridge)

[ Tiba-tiba Sempurna kawanku datang menyapa
Yeah boleh pau, boleh tapau ]

Duit memberku, duitku juga
Isi dompetku, 30 sen sahaja

(Korus)

Oh mamak, cepatlah ambik order
Kalau kau lambat, ku order kat Mi Burger
Nasi lemak satu, kuahnya ayam madu
Teh tarik satu, aku tak mau susu !

(Susu… susu…. susu…)
Dinihari dah ni, balaiklah Awang !

Lagu : Fairuz Hafeez
Lirik : Fairuz Hafeez

Restoran “Pemimpin”
USJ Court 7
26 Mei 2008

Kemelut Tengkujuh

Monday, May 12th, 2008

Selepas tengkujuh berlalu
tiada lagi gemuruh dikalbu
tiada lagi cuaca celaru

Selepas tengkujuh berlalu
kita sucikan permaidani
kita bebatkan tebing-tebing merekah
kita ubatkan umbang-ambing serakah

Sebelum tengkujuh bermula
Pilih kapal yang mana satu ?
Samudera mana dituju ?

Mohd Fairuz Mat Zin

Dakwah Allahyarham Loloq Menerusi Aduh Saleha

Monday, May 5th, 2008

Lagu : Aduh Saleha
Penyanyi : Mawi

Komposer :
M. Nasir

Penulis Lirik :
Rosli Khamis

ADUH SALEHA
// Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah
Mana rayuanku hendak ku sampaikan
// Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat
rindu berahiku pada kasih yang jauh
// Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya
jauh bukan jarak dan tempat
// bukan jauh jarak atau di mana aku berada
jauh nama dan pangkat
// tapi jauh dari segi amalanku dan kedudukanku di sisi-Nya

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
// Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung
dendam asmaraku pada cinta yang luruh
// Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad
luruh bukan daun dan bunga
// Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit
luruh jiwa dan badan
// tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad

Bertahun ku sandar percaya
// Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya
(adakah sekadar disandar bukan dikandar ?)
tak mungkin padam cahaya
// kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya
cintamu bagai rembulan
// Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada
hilang dipandangan
kala langit dilindung awan

// Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas
// Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedonisme berleluasa)
barulah ku sedar,fairuzhafeez.com
yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca

// Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya. Banyak benda-benda yang haram dan syubahah kita anggap halal dan baik. Benda yang sebenarnya memudaratkan kita tetapi kerana nafsu dan godaan syaitan kita lalai dan alpa.

Sesudah berdarah
barulah ku sedar

// Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala / musibah baru kita tersedar dari angan (mungkin bala itu akan menimpa kepada seluruh masyarakat)
jiwa ku tercalar ohhh..sakitnya
bukan kepalang

// Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saleha
// Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saleha
// Kita sudah kesepian (sepi dari keberkatan) kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh. Ramai yang gagal mencapai taraf mu’min (hanya sekadar muslim sahaja). Sekdar manusia tapi buakn insan (manusia yang mencapai taraf Ehsan).
kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saleha
// Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri. Selepas dibangkitkan di Padang Masyar abru kita tahu peribasaha “Jangan jaga tepi kain orang” adalah ratib yang salah.
ohh… saleha
// Tolonglah aku orang-orang yang soleh. Ingat !Gula tidak akan mencari semut, tetapi semutlah yangmencari gula. Jangan mengharapkan Ustaz datang mengajar di rumah tetapi kitalah yang kena cari Tok Guru dan belajar lagi. “Belajar hingga ke liang lahad” perlu dijadikan prinsip.

Nota :
Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti.
Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa (sudah tua) atau tiada kuasa
( sudah tiada)
.

Marilah bersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim ulamak yang solehin dan solehah. Kalau tidak tahu, bertanya pada yang tahu, Malu bertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu.

Izinkan aku bertanya , Sesudah Nabi besar junjungan kita dan para sahabat tiada, kepada siapa kita hendak berpaut dan mendapat bimbingan ?

Adakah kita semakin dekat dengan Nur atau semakin dalam kegelapan ?
Fikir dan jawab sendiri !!!

Satu Kelainan Penafsiran (Versi 2.1) oleh :
www.fairuzhafeez.com

Disglamer : Artikel ini bebas untuk diforwardkan / diterbitkan di dalam mana-mana blog atau forum. Terima kasih kepada yang mengekalkan keseluruhan artikel dan memberikan kredit. Sebelum ini saya telah mengforwardkan interpretasi ini kepada beberapa Yahoogroups dan mungkin ketika proses “forward-mengforward” itu telah berlaku beberapa cantasan.

Artis Lelaki Berseluar Pendek Tanpa Baju 10 Tahun Lagi ?

Sunday, May 4th, 2008

Antara Dada Faizal Tahir dan Dada Artis Wanita


Kenapa tindakan Faizal Tahir membuka bajunya di atas pentas       baru-baru ini kecoh ? Akibatnya dia didenda untuk membuat kerja-kerja amal dan sekembalinya ke pentas, dia menganggap seperti keluar penjara. Terpampang ekspresi wajahnya yang gembira yang amat dengan jari-jemarinya membentuk isyarat seperti rock atau   tanduk. Masalahnya, apakah garis panduan pakaian yang diguna pakai ?

Apakah aksi penyanyi luar yang membuka baju di atas pentas kita tidak melanggar budaya kita ? Adakah goyang punggung Inul Darastika tidak mengundang kegelisahan jiwa penonton tempatan ? Apakah artis-artis wanita kita yang membuak dadanya, berlekuk-lekak belakangnya menepati garis panduan pakaian apabila beraksi di pentas ? Itu belum kira lagi dengan aksi menghairahkan artis Islam kita berbaju mandi di dalam majalah hiburan tempatan. Agaknya, peserta ratu cantik yang ditangkap JAIS (yang menjadi kontroversi) satu ketika dulu lebih sopan dari Faizal Tahir. Mungkinkah Faizal dikenakan hukuman kerana geli dan tersiksa melihat dadanya tetapi ratu cantik dipertahankan kerana menjadi santapan jiwa yang dahaga ? (Siapa yang buat keputusan ? Bukankah lelaki ?)

Garis Panduan Semakin Longgar ?

Dulu, kita tidak membenarkan artis lelaki berambut panjang muncul di saluran RTM manakala TV3 mengaburkan subang jika artis lelaki yang bertindik telinga muncul. Kini, anda lihatlah sendiri. Jika anda menonton Anugerah Industri Muzik semalam menerusi NTV7, artis-artis lelaki boleh berbangga mempertontonkan subang mereka tanpa rasa bersalah. Paling mengejutkan boleh mencontengkan “tatu” di sekeliling mata dan memakai baju dengan gambar yang menakutkan (kelihatan seperti gambar gorilla tengah menjerit dengan taring-taringnya yang menggerikan).

Apa hendak jadi dengan Malaysia ? Artis-artis sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Melihat kepada senario sekarang, artis kita mendidik peminat dan masyarakat dengan nilai yang tiada ketimuran. Inikah tamadun yang ingin kita bina ? Beginikah perilaku yang kita hendak terapkan kepada generasi 2020 ? Stesyen TV lebih memikirkan populariti dari sensitiviti, wang dari haluan ?

Anda Bayar dan Anda Boleh Cium Pipi Saya

Saya sebenarnya amat meminati suara dan lagu Faizal Tahir yang dulunya merupakan vokalis kumpulan nasyid Nirvana opss …. tersasul la pulak.. kumpulan nasyid Mirwana. Saya juga meminati lagu-lagu tempatan yang sedap didengar tetapi tertanya-tanya apakah motif artis lelaki kita memakai subang, rantai, gelang dan mewarnakan rambut. Yang malunya, kebanyakannya adalah bangsa kita sendiri.

Sekarang ini kalau ada peminat perempuan hendak mencium pipi artis lelaki sudah boleh. Anuar Zain, yang terang-terangan mengeluarkan statement di akhbar tidak pula dikenakan hukuman. Owhh lupa.. mungkin itu bukan di atas pentas. Agak-agaknya lepas ini ada atau tidak artis kita membuat tawaran yang lebih ganas daripada merelakan dicium di pipi menerusi media massa ? Lambat-laun nanti tidak mustahil boleh mencium bibir pula. Mungkinkah akan datang budaya kita sama sahaja dengan budaya barat ?

Akhlak Remaja Makin Runtuh

Kita mencari-cari formula untuk mengurangkan jenayah rogol, sumbang mahram dan zina tetapi kita tidak sedar bahawa kita semakin menyuburkan budaya maksiat memusnahkan jati diri bangsa kita.

Sudah sampai masanya garis panduan yang ketat diberikan kepada artis-artis kita dari segi berpakaian dan tingkah laku. Begitu juga dengan etika berpakaian di tempat awam. Jika anda ingin membawa anak-anak anda ke KLCC, anda perlu membawa payung untuk menutup mata anak-anak anda (dan juga anda sendiri). Apakah kita ingin menutup mata soal yang amat penting ini ? Ingat, kita yang akan dipersoalkan tentang keruntuhan akhlak generasi akan datang.

10 Tahun Akan Datang ?

Jika kita tidak melakukan sesuatu, tidak mustahil artis lelaki kita boleh berseluar pendek tanpa baju 10 tahun lagi di atas pentas dan cium bibir ke bibir bukan lagi taboo kepada masyarakat kita. Tidak percaya ? Percayalah !

Mohd Fairuz Mat Zin
Sentul Timur, Selangor Darul Ehsan
http://fairuzhafeez.com

__________________________________________________________

Artikel saya yang lain :

Mahathir Kini Blogger - 1hb. Mei 2008
Lagu Istiqamah buat semua pemimpin Melayu

Insan-Insan yang Jiwanya Halus - Segera Berjuang !

Bedah Siasat PRU 2008 : 16 Sedekahku Buat UMNO

Lagu Istiqamah buat semua pemimpin Melayu

Wednesday, April 30th, 2008

Assalamualaikum,
Lagu ini telah lama saya cipta tetapi saya baru sahaja dapat idea untuk mengisi liriknya, khas untuk semua pemimpin Melayu.

ISTIQAMAH

Yang tertinggal hanyalah kasihku
Yang terkubur mungkinkah dendammu
Menghijau pohon yang ditanam
dikala kita bertemu
Dan layu bunga yang berkembang
mewangi sesuci cinta kala bersatu

[Korus I]
Santaplah santaplah
rindu dan cintaku
Rentaplah rentaplah
tangis dan gundahnya

Tataplah tataplah
suratan dirimu
Rataplah rataplah
khilafan dahulu

Bertamu tingginya harapan
Seiring pedoman azali ditentu
Bertemu jalan tak setuju
Terkupas rasa yang
hitam dan tak berpintu

[Korus II]
Santaplah santaplah
kurnia memburu
Rentaplah Rentaplah
jiwa nan cemburu

Getaplah getaplah
sejarah kelabu
Tetaplah Tetaplah
istiqamahkan kalbu

Santap Rentap Tatap Ratap
Santap Rentap Tatap Ratap

( Ulang Korus I & II]

Santap Rentap Tatap Ratap
Santap Rentap Tatap Ratap

Lagu : Fairuz Hafeez
Lirik  : Fairuz Hafeez
Jika ada yang inginkan penjelasan lagu ini, sila tinggalkan komen di
http://fairuzhafeez.com

Insan-Insan yang Jiwanya Halus - Segera Berjuang !

Tuesday, April 29th, 2008

Perhatian :
Jika anda tidak dapat memahami bahasa-bahasa abstrak bermakna mesej ini bukan untuk bacaan anda. Jangan rugikan masa anda untuk membacanya. Terima kasih.

“Bukakan semua lampu-lampu yang ada !”
Foto : sayelar.fotopages.com

Assalamualaikum,

Saya menyeru kepada rakan-rakan seluruh negara yang inginkan kehidupan untuk semua yang lebih baik supaya bersama mengembling tenaga dan akal dalam meracuni (baca : memaduni) pemikiran semua yang lain. Marilah kita semua menyuntik elemen-elemen dengan rasa rendah diri dan kehambaan kepada Sang Pencipta.

Rakan-rakan seperjuangan kita di Indonesia sudah berani untuk “straight to the point” dan tidak berkias lagi. Sudah sampai masanya, kita rangsangkan penghijrahan daripada minda yang terjajah kepada minda yang merdeka 110 persen.

Ayuh ! Kita hidupkan karya seni dengan menghidupkan jiwa seni dan juga mempersucikan jasad dan jiwa kita sebagai medium peluncuran panah-panah bermadu dan penaburan benih-benih percaya yang pastinya dibalas dengan mahligai yang berganda. Mata dan hati saudara seagama kita pastinya lebih cepat menangkap nilai-nilai suci apabila penciptanya dan penghantarnya turut suci.

Terngiang kata ibuku “Masa dok tunggu kita”
Foto :
sayelar.fotopages.com

Sudah sampai masanya para pengkarya berjihad menyedarkan masyarakat. Berdakwah melalui medium seni. Alurkan sepenuhnya mesej dakwah melalui lagu, drama, filem atau apa sahaja.

Ubah sistem sedia ada. Mengapa perlu membazirkan karya seni dengan melacurkan dan memenuhkannya dengan isi yang melarakan dan melemahkan minda. Sampai bila insan seni harus membiarkan dan mendidik minda orang kita berada di tahap kelas ketiga ? Masih baru merdeka lagikah ?

Berjuanglah ! Sama ada kita berjuang habis-habisan sekarang atau kita harus tunggu pusingan seterusnya yang belum tahu kesempatannya ! Apa yang kita lakukan akan menjadi sejarah buat selamanya.

Surah 103

AL ‘ASHR - MASA

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih.

103:1. Demi masa!
103:2. Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
103:3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan
..nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati..supaya menetapi kesabaran.

Allah Maha Mengetahui !

Mohd Fairuz Mat Zin

Baiki Roket Nak Naik ke Bulan

Wednesday, April 16th, 2008

C E R P E N A L T E R N A T I F :(i)

Pulau Malar Hijau didiami oleh enam buah keluarga jurutera yang terselamat selepas kapal besar mereka musnah akibat tsunami melanda semasa family day. Sesampainya di pulau itu, tercengang-cengang mereka melihat telah tersedia sebuah pangsapuri sebelahnya air berani terjun. Dan takjub pula mereka mengenyeh mata memandang sebuah kondo, tengahnya kolam renang ala taman tema. Sudah tentu macam-macam tersedia. Ada yang terus jatuh cinta dengan kondo terus terjun main air kolam. Yang lain lebih kagumi air berani terjun sebelahnya pangsapuri.

Aman dan damailah mereka bertahun-tahun lamanya. Satu hari, dusun buah-buahan mereka dirompak tupai liar yang entah mana datangnya. Binatang ternak pula kerap menjadi habuan makhluk misteri bergigi buaya berbulu musang. Dulu mereka mewah, makan apa sahaja ikut suka, kini catu makanan dimakan semeja. Fikir punya fikir, diambil keputusan untuk ucapkan selamat tinggal pulau penderitaan.

Kedua belah pihak cuba mencari pokok besar yang bagus untuk dibuat kapal layar. Nak dijadikan cerita bak filem hindustan, kebetulan, warga kondo a.k.a Rich Bar (RB) bukan menjumpai pokok besar malahan mereka terkejut besar kerana terjumpa sebuah roket terpakai. Kelebek punya kelebek, nasib baik enjinnya baik dan cukai jalan serta insuran boleh pakai 4, 5 tahun lagi. Bolehlah terbang ke mana benua. Tak mahu dicop tamak dijemput warga pangsapuri a.k.a. Citizen Bar (CB). Pelancaran pertama berjalan lancar, bila dah terbang terasa gayat, lama-lama terasa loya, tak pasti pula ada yang muntah. Bila time landing tak konfiden, salahkan lapangan yang mana ada, tadipun asyik tersasar sahaja. Nak buat camana pilotnya mengantuk saja. Nak tak nak, berpatah balik, berkerat rotan, berpatah arang, minyak ditangki sudah kebocoran !

Pendek cerita (yang masih panjang), tidak lama kemudian, CB pula terjumpa roket yang bukan lama. Dalamannya bersih, cuma pintunya masih terselak bahagian dalam. Puas mereka mengajak, memanggil RB gabung tenaga untuk membuka pintunya namun manakan mungkin RB melayan. Buang masa saja, pakai saja roket yang lama, bantah mereka, terjegil matanya.

Akhirnya setelah Pak Baiki berjaya membuka pintunya begitu pantas CB mengajak RB join agar serasi bersama. Pujuk punya pujuk, cerita punya cerita, suara dah serak barulah hampir semua kerabat Shahrani si anak Uncle Boo Coo dan Change anaknya Uncle Mc Great join sekali. Ayah mereka Uncle Boo Coo dan Uncle Mc Great yang sudah uzur saja masih berdegil, masih “istiqamah” dengan roket yang lama. Anak beranak Pak Tau Ubah pula terbagi dua, separuh di roket baru dan separuh pula masih setia terpaku janji dengan Pak Tau Ubah. Yang banyak ke roket baru sebenarnya anak susuan yang mana dulunya ditatang oleh Dr. Tau Ubat, saudara sepupu Pak Tau Ubah. Kekadang berkunjung juga minum air yougurt. Sempat juga Dr. Tau Ubat menasihati Pak Tau Bah jangan memanjakan sangat anak-anak. Anak-anak adalah amanah, anak jahat orang kata kita juga, kita pemimpin mereka, kita yang dipertanggungjawabkan ! Khutbah Dr. Tau Ubat lai ini seperti dia telah menukar nama menjadi Dr. Taubat. Pak Tau Ubah denga, dengar juga, tapi bagi Pak Tau Ubah, Dr. Tau Ubat hanya kacau daun, dah bagi anak-anaknya kat aku tapi belum percaya. Dah bagi tu, bagilah ! Jangan ajar aku !

Di pihak CB, setelah dikaji dan berdoa kepada Tuhan yang Maha Kuasa, pemberi rezeki, Tok Naiki telah berjaya menghack password control panel roketnya ini. Yang setia pada roket lama hanya tinggal Uncle Boo Coo, Uncle Mc Great dan Pak Tau Ubah bersama 4 orang anak-anaknya. Yang lain seramai 15 orang percaya roket baru lebih mampan membawa harapan berzaman tersimpan. Pejuang roket lama tetap petah berhujah sedaya upaya pengaruhi ahli keluarga yang berpaling tadah (baca : berpaling padah). Mereka sedar 7 orang yang masih berbaki sukar yang amat untuk memungkinkan roket lama dilujurkan sejujurnya. Masih membutuhkan 4 orang lagi anak kapal yang pintar dan kuat.

Berjayakah pejuang roket lama mengugut (baca : menghasut) atau mereka akan malu sendiri untuk mengakui kesilapan dan kealpaan ? Mungkinkah yang masih di sisi Pak Taubah iaitu S.A.M Doll, S.A.M Pah, S.A.MRah dan anak yang sulung OS.A.MAR mengikuti tindakan bijak 3 kekanda mereka bersama adik yang bongsu, Mamat ? (Nota : S.A.MRah anak yang tengah yang taat dan amat pintar manakala adiknya bergelar OS.A.MAR memang gagah perkasa tapi masih dilemma kerana dialah yang menyara keluarga.)

Mampukah mereka berpinda-minda laksana keluarga Tok Naiki, keluarga Abang Baiki (termasuk isterinya Kak One serta anaknya Nofear dan Cahaya) dan seterusnya Uncle Dapi dengan anaknya Tam Bah dengan roket baru yang lebih canggih dan bersih untuk naik ke bulan ?

Atau lebih rela dibujuk mengikut Pak Tau Ubah dan terus kecewa berpandu angan-angan Mat Jenin atau senasib dengan Lebai Malang ? Atau mereka rela dianggap Pak Pandir Klasik walaupun hakikatnya semasa remaja mereka tak ubah seperti datuk saudara, Pak Pandir Moden yang usai merekod berbuah-buah gurindam di piring hitam ? Lupakah mereka gurindam yang sering dinyanyi oleh datuk saudara mereka : “Minta Angguk.. Angguk.. Minta Geleng.. Geleng.. Yang leleh dan yang toleh berlegar di sekelilingmu …” ?

Lupakah mereka pada jiran mereka Asma (kini berada dipuncak) dan sering melaungkan “Aduh .. Soleh dan Solehah… kau tinggalkan kami” ? Gurindam itu juga yang Tok Naiki dengar dengan anak cucunya di atas pentas bangsal buluh. Semua penduduk kampung tahu mereka sembahyang Isyak berjemaah dulu sebelum dengar Asma menyanyi. Cuma yang mereka sedih, kampung-kampung lain seolah tidak berminat untuk mengikut format konsert suci kelolaan mereka.

Akhir soal, benarkah Tok Naiki dan Pak Baiki hanya seumpama “Saudagar Mim Pipi” yang pernah dipotretkan oleh ayah saudara mereka yang lahirnya di Inderapura ?

(ii)

Telah seratus hari berlalu, kedua-dua pihak cuba dan mencuba untuk merealisasikan tujuan mereka menuju ke bulan. Di sebelah sana, formasi pengendali roket Pak Tau Ubah telah berubah-ubah. Ada yang merajuk, ada yang terkejut, ada juga diam ikut sahaja. Semasa ekspedisi mencari damai sehari, program bercuti setelah penat membaiki roket, pernah juga mereka berkontra sesama sendiri setelah terjumpa ganu yang terang (terang ganu). Ada yang mahu pergi ke pangkal sebelah kanan separa bulatan ganu dan ada juga yang memilih pangkal sebelah kiri. Kurang pasti pula samaada mereka juga percaya dengar cerita penglipurlara yang mengatakan dipangkal ganu atau pelangi tertanam harta qarun yang telah dimakan bumi. Rasanya mereka bukan mencari harta setambun kerana mereka tahu, membawa emas perak itu bersama ke bulan akan menambahkan lagi peratus penggunaan bahan bakar roket mereka. Yang penting sekarang nyawa bukan harta.

Golongan CB pula sentiasa berusaha untuk menaik taraf roket baru mereka dan hasilnya terbukti apabila mereka berjaya menambahkan sistem pangkalan data dan menyediakan ruang yang selesa dan saksama kepada semua anak kapal. Tok Naiki sendiri menolak bilik perdana yang dihadiahkan sempena jasanya dulu. Baginya biarlah bilik Perdana itu menjadi Bilik Nursery yang pastinya berseri.

Semua tengah menunggu-nunggu dan tertanya-tanya roket mana yang akan naik ke bulan. Bagi Tok Naiki, dia lebih suka kalau semua naik roket baru CB. Dia lebih puas, baginya bukan nak berlawan siapa pandai dan siapa sampai dulu, yang penting sama-sama sampai. Bagi dia kalau masih ada seorang yang tak nak pergi ke bulan, itu bukan kemenangan yang sebenar dan menyeluruh bagi dia.

Satu pagi yang hening, semua terkejut apabila Tok Naiki tidak muncul-muncul dalam Majlis Santapan Mulia yang diadakan sebulan sekali. Majlis Santapan Mulia bukan seladar majlis suap-siapan tetapi juga majlis garap harapan semua warga pulau. Bila ditanya pada keluarga Tok Naiki barulah seluruh warga Pulau Malar Hijau tau bahawa Tok Naiki sekarang sudah tidak berapa sihat dan terpaksa berehat di rumah.

Berbondong-bondonglah mereka melawati Tok Naiki dan bertanya khabar, baik warga CB dan RB, semua ziarah tiada yang terkecuali. Saat semuanya mampir di katil Tok Naiki, perlahan-lahan Tok Naiki membuka bicara.

“Masaku hampir tiba dan aku tak mampu untuk bersama kalian untuk sama-sama naik ke bulan. Doa dan restu aku tetap bersama kalian. Bersatulah demi kemenangan semua. Fikirkanlah demi keterusan anak cucu kita. Aku lebih suka kamu menaiki roket yang satu itu. Walaupun aku tidak naik ke bulan bersama kalian tapi aku tetap akan ke satu destinasi yang abadi, lebih jauh dari ke bulan. Masanya hampir sampai … masanya hampir…”.

Tok Naiki tak mampu menyudahkan ayatnya. Airmatanya bercucuran. Bukan sekali dua airmatanya jatuh mengenangkan nasib anak cucunya dan agamanya. Semua dengar dan merasai kehibaan yang dirasai Tok Naiki. Semua pandang memandang antara satu sama lain seolah berbicara tanpa suara.

Dari jauh azan Isyak kedengaran, terus sahaja Tok Naiki bangun dikuti satu persatu yang lain dengan pipi yang basah.

“Marilah menuju kejayaan!”
“Marilah menuju kejayaan!”

TAMAT

Satu Kelainan Pemikiran - Fair
h t t p : / / f a i r u z h a f e e z . c o m

Hak Cipta Terpelihara.

Terangkan Bertandang Setelah Gelita Membuta

Monday, April 14th, 2008

Setelah gelita membuta
tidak kira hujan ribut
tidak kira taufan gila
masih tak terbuka matanya

Resah gelisah membelasah
mengasah makin susah
mengindah kian payah
maka, bicara apa lagi
bisa menghadamkan hitam azam
acara apa lagi
bisa meranumkan mimpi marhein

Separuh abad telah berlalu
tak perlu lagi lidah kelu
tak perlu lagi jiwa lesu

Ayuh semua !
Kita galas cabaran
berdepan tanpa gentar
berkorban dengan sinar
berani kerana benar

Moga benih yang tumbuh
pada musim mendatang
lebih subur berbunga wangi
bukan sepeti musim sudah
penuh padang ilalang

Tuhan,
dibumi bertuah ini
makbulkan doa kami
agar terangkan bertandang
Falah yang berkekalan !

(Sempena Gelita 14)

Mohd Fairuz Mat Zin
14hb. April 2008
USJ, Selangor Darul Ehsan